Thursday, August 31, 2006

 

Laungan Kemerdekaan 1957 d stadium merdeka

Image Hosted by ImageShack.us

Baru 3 jam 45 minit, kemerdekaan di sambut untuk kali ke 49. Dan imej/gambar kemerdekaan diatas akan di tonjolkan pada setiap kali kemerdekaan. Gambar ni dari aku kecik lagi dah di tunjukkan. Cuma yang aku nak tahu lebih lanjut, siapakh VIP yang duduk kat atas pentas.? nanti akan ku cari

Sunday, August 27, 2006

 

Penat dan insaf

Penat dan insaf minggu ni....At last besok kerja kembali, hari khamis yang lepas aku dan sekeluarga ke Melaka, ofis buat mesyuarat kat sana, maklumlah cuti sekolah - mesyuarat dan cuti-cuti malaysia ler. Anyway kami dok kat hotel dan dekat bukit rambai, aku rasa nilah kampung LanRambai. Sebenarnya arwah mak aku orang melaka - bukit baru, so aku tak lah kekok sangat melaka ni. Anyway kali ini aku bawak anak aku lihat kesan sejarah kat melaka ni sempena hari kemerdekaan yang akan datang, rupanya banyak muzuim kat melaka ni, banyak yang aku tak pergi lagi, dan aku syor/recomend kat pembaca blog aku ni bawa bercuti anak-anak kat melaka kerana banyak kesan-kesan sejarah yang ada - aku akan tulis dalam tulisan yang akan datang. Tapi walaubagaimanapun anak-anak aku nampak boring giler kalau pergi muzium, walaupun aku cuba menarik minat mereka, tapi gagal. Yang mereka ingat swimming pool dan taman permainan. Aku cuba gak carik-carik kertas-kertas cadangan muzium-muzium kat melaka sebab aku nak cadangkan supaya Muzium ni banyak kan aktiviti-aktiviti untuk budak-budak ie lukis bendera malaysia, tanyangan kartun sejarah ker, playground berbentuk sejarah dalam muzium ker dll sebab boleh aku baca satu persatu tulisan/penerangan yang ada pada setiap pameran yang dipamirkan kat muzium-muzium ni.

Penat - sebab penat jalan kaki dan drive dan meeting
insaf - sebab melihat perjuangan orang dahulu dari Sultan Muzafar Syah hingga ke Tunku Abdul Rahman

so pagi tadi aku pasanglah bendera kat rumah aku bagi meraikan hari kemerdekaan yang ke 49.

bendera tahun lepas yang lusoh

Image Hosted by ImageShack.us

bendera kecik di keliling pagar rumah

Image Hosted by ImageShack.us

megah berkibaran (aku dok cari bendera palestin nak letak kat sebelah, tapi tak jumpa-jumpa)

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Tuesday, August 22, 2006

 

Dato K dan Siti Norhaliza akhirnya di satukan





Alhamdullilah semuanya dah selesai. Dalam majlis perkahwinan, selalunya aku akan tengok bagaimana event tersebut dijalankan. Dah banyak kali aku pergi majlis perkahwinan ada yang ok, ada yang kelam kabut, ada yang well prepared, ada yang entertaining, ada yang boleh dibuat contoh. Bagi wedding Dato K dan Siti Norhaliza ni aku rasa selepas akad nikah berserabut gila. Protokol pun tak ikut, tak ada sesi perkenalan. Dato K pergi tempat lain, Siti pergi tempat lain. Dengar cerita bayaran wedding planner sampai 1 juta ? Hampeh....Anyway semoga berbahagia ke anak cucu. Dan ikatan kekeluargaan antara Siti dan TZ[bekas isteri Dato' K] boleh dijadikan contoh kepada semua.

 

Aktiviti keluarga last weekend - origami

Cuti weekend lepas lepas aku berkempatan untuk ke PSS sekolah anakku yang dibuka
pada hari sabtu dan ahad. Yang menarik pada hari tu ada aktiviti origami
membuat kapal terbang. Ia melibatkan kreativiti pelajar dalam memahami cara dan
kaedah lipatan. Tapi bagi aku ialah aktiviti ini lebih bersifat
'engineering' sebab lipatan atau pun membuat kapal terbang ini boleh dilihat hasilnya
samada betul atau tidak dengan cara membalingnya. Jika ianya dibuat
dengan betul maka kapal terbang tersebut akan meluncur dengan cantik dan baik. Ini termasuklah keseimbangan, aerodinamic, kelajuan angin an lain-lain lagi
Nama-nama kapalterbang seperti orient star, strato climber, sky cruiser dan boomerang jet. Tapi yang menarik perhatian saya ialah 'boomerang jet' iaitu pesawat yang boleh berpatah balik jika diluncurkan. Bawa balik nota dan buat kat rumah, pasal malu nak buat kat PSS nanti tak jadi nak buat. So kami adk beradik pun buatlah bersama-sama.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Monday, August 14, 2006

 

Filem GUBRA menang filem terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM-19)

Actually, aku tak tengok pun cerita ni, ada lah dengar tapi tak ambik kisah sangat sebab filem-filem macam ni memang tak ada nilai-nilai yang menarik bagi aku. Tapi tiba-tiba menang dan ramai pulak yang komen. So aku rasa kena carik kat tepi jalan dan nak tengok gak and then baru boleh bagi komen.....

Image Hosted by ImageShack.us

antara komen yang menarik minat ku

- filem yang cuba 'menghalalkan' dan 'menerima' dengan senang hati perbuatan maksiat, di samping menyinggung sensitiviti umat Islam dan kaum lain.

- unsur-unsur 'Islam liberal' yang cuba ditonjol dalam filem ini kerana ia dikhuatiri akan mengundang suasana tidak sihat, di samping membawa mesej bahawa agama dan sesuatu tindakan perlu dilihat dari sudut akal manusia semata-mata.

- Sesetengah penonton yang ditemui berpendapat bahawa filem ini mepunyai 'agenda tersirat' kumpulan tertentu dalam memperjuangkan ideologi yang menjurus ke arah kebebasan hak individu untuk melakukan apa saja tanpa sebarang halangan dan wajar diterima oleh semua pihak kerana perbuatan tersebut sudah merupakan satu cara hidup yang tidak asing lagi di mana-mana sekalipun.

- watak bilal dan isterinya dalam filem tersebut begitu ramah dan mesra dengan pelacur yang juga jiran sebelah rumahnya, menunjukkan bahawa ianya tidak langsung menepati ciri-ciri seorang bilal.

- Lain pula pandangan wakil 'Sisters in Islam' yang dipetik sebagai mendakwa filem ini tidak langsung menyinggung atau menghina Islam malah mempamerkan sikap toleransi dan ketulusan perasaan.

- Filem ini dipilih oleh panel juri FFM-19 yang diketuai Pansha selain Dato' Rahim Razali, Profesor Madya Dr Asiah Sarji selain dua juri luar negara iaitu Zairin Zain dari Indonesia dan Dr Liu Li Hsing (Taiwan). - lanh

Sunday, August 13, 2006

 

Israk dan Mikraj bersama Akil Hayy

Alhamdullilah ramai yang datang kat Surau Al-Hidayah, ramai juga dari taman berdekatan. Ceramah pun Alhamdullilah memberi keinsafan walaupun beliau tak berapa sihat. Kutipan derma lebih dari RM 1K

Suasana di dataran Al Hidayah

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


Sesi autografi sehingga lebih kurang 1/2 jam,

Image Hosted by ImageShack.us

Makan-makan kat rumah seorang sahabat

Image Hosted by ImageShack.us

Nasihat beliau kepadaku

Image Hosted by ImageShack.us


Semoga Ustaz Akil berjaya di dunia dan di akhirat

Image Hosted by ImageShack.us

 

Jahanam Yahudi Laknatullah

Image Hosted by ImageShack.us
Nota ucapan daripada draf yang aku buat sebelum ucapan menjahanamkan Israel di Surau Al Hidayah Saujana Utama.

Assalamualaikum warrahmatullah kepada sahabat-sahabat Islamku di Saujana Utama.

Salawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Pertama sekali saya ingin menyampaikan berita gembira kepada sahabat-sahabat sekalian.

1. Berita gembira pertama, setakat semalam Kerajaan Israel telah kerugian sebanyak USD 1.2 billion iaitu kos membiayai kesemua kelengkapan perang dan walaubagaimanapuan projek membenamkan tentera Hizbullah masih belum selesaikan
2. Berita gembira kedua, 11 ribu struktur Israel telah musnah dan ini semua tidak diceritakan dalam internet atau TV termasuk IsraelTV – internet. Perang saikologi yang sedang dibuat menunjukkan bahawa Lubnan sahaja yang hancur.
3. Berita gembira ketiga, sehingga semalam 122 orang Israel terbunuh, 88 daripadanya adalah tentera yahudi. Dikatakan Israel mempunyai kelengkapan pertahanan antara terbaik dunia. Begitu memalukan.
4. Berita gembira keempat - beberapa komando Israel dah masuk ke Lubnan kalau tak salah saya minggu lepas lagi dan sehingga hari ni tak berita lagi pun. Mungkin dah ‘go to hell’ agaknya.

Kenapa ianya berita gembira bagi saya?

1. Tentera Israel melawan tentera Hizbullah bukannya tentera Lubnan. Hizbullah hanya satu persatuan, parti politik yang kerdil di Selatan Lubnan. Macam gajah lawan tikus. Macam Singapura lawan ABIM. Dan sehingga hari ini dah 31 hari dah masih tak dapat lagi menawan selatan Lubnan.
2. Mereka ni diberi kekuatan oleh Amerika, Britain dan Negara celaka yang lain pun masih gagal lagi berlawan satu kumpulan kecil yang tak mendapat sokongan saudara-saudara Islam yang lain.
3. Hassan Nasrallah masih belum dapat dibunuh oleh Israel walaupun mereka mempunyai teknologi canggih bukannya nya jauh sangat Hassan Nasrallah ni –beliau berada di sebarang sempadan sahaja.
4. Israel mula mengakui bahawa tentera Hizbullah bukan senang dikalahkan walaupun bagi saya Israel berperang cara pondan iaitu tembak jarak jauh, dengan ini saya yakin kalau perang darat atau perang gerilla confirm Tentera Hizbullah menang.

Seterusnya saya ingin menjawab persoalan-persoalan yang dimainkan dalam media massa.

1. Peperangan di Lubnan bermula dari tentera Israel diculik, nak beritahu sikit, apakah dia orang faham apa yang dia orang ni cakap. Mereka ni dah menculik lebih 9000 rakyat palestin dan terus hilang ke mana, adakah Israel ni bukan penculik sama? kalau bukan apa dia ? Bangsat betul
2. Lubnan sarang pengganas.? Pernah kah kita dengar Hizbullah ni pergi bunuh orang awam, bunuh anak-anak kecil, bunuh orang-orang tua. ? Orang Israel kalau ada kat Saujana Utama ni tolong check sikit. Jangan nak tipu kami orang Melayu Islam Malaysia.
3. Tentera Hizbullah dapat bantuan Iran dan Syria. Wei celaka Israel yang kau dok persoal perkara ni buat apa. Itulah namanya ‘Whats friends for?’ Yang kau tu dok dapat bantuan Amerika, infact aku tengok dalam CNN, peluru berpandu kawalan jarak jauh tiba di port di Israel yang dihantar oleh Amerika tu abende ?
4. Cakap pasal genjata senjata konon. Pirahhhh. Last week dah ada ura-ura. Tapi dok-dok cakap pada masa yang sama bom lagi Lubnan tembak lagi Palestin. Yang lebih bangsat lagi konon-konon tertembak orang awam, yang lebih barua lagi konon-konon terbom pulak askar PBB, yang lebih kelakar konon-konon bom tersasar sehingga melepasi semapadan Syria. Come on lah.
Kalau nak lagi faham, konon-konon nak berhenti rokok, tak nak beli dah. Tapi pada masa yang sama. Mintak kawan sebatang mintak kawan sepam. Bull shit lah

Ni di peringkat Saujana Utama, ada pulak yang kata, apa yang kita buat ni boleh buat apa? Bukan boleh sekat Israel pun….yang ni saya nak jawab juga.

Tahukah anda, kita semua termasuk di saujana Utama ini pun sudah di kepung oleh Israel?

Yang pertama media – CNN kepunyaan Wolf Blitzer – (orang Yahudi), ABC News kepunyaan Barbara Walters – (orang yahudi), Editor in chief Time kepunyaan Henry Grunwald (orang yahudi), New york Times kepunyaan Max Frankel - (orang yahudi)

Yang kedua sponsor terkenal Yahudi – Polo kepunyaan Ralph Lauren - (orang yahudi), Levis Jeans kepunyaan Levis Strauss - (orang yahudi), Starbucks kepunyaan Howard Schultz - (orang yahudi), Dell computers kepunyaan Michael Dell - (orang yahudi), Dunkin Donuts kepunyaan Bill Rosenberg - (orang yahudi)

Yang Ketiga DVD atau film yang kita dok tengok pengarahnya seperti Stephen Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron spelling, Neil Simon semuanya Yahudi. Yang saya baru tahu pengarah RAMBO 1,2,3 ialah Andrew Vaina adalah orang Yahudi.

Yang Keempat dari segi perubatan jarum cucuk untuk perubatan ‘vaccinating needles’ direka oleh Benjamin Rubin, Vaksin polio di’upgrade’kan oleh Alert Sabin, Leukemia fighting drugs buat oleh Gertrude Elion, Vaksin untuk hepatitis B dijumpai oleh Baruch Blumberg, ubat untuk penyakit syphilis dibuat oleh Paul Erlich. SEMUANYA YAHUDI

Seterusnya technology yang ada sekarang dan akan datang seperti microchip processor dicipta oleh Stanley Mezor (Yahudi), Reaktor Nuklear dicipta oleh Leo Szilard (Yahudi), Fibre cable dicipta oleh Peter Scultz (Yahudi), sound movie di upgrade oleh Emile Berliner (Yahudi). Ini menunujukkan mereka ni berkeupayaan di masa hadapan.

Internet yang kita dok guna sekarang ni, Google – Sergey Brin (Yahudi) –
Operating system oleh Bill Gates pun orang Yahudi tapi Yahudi kelas kedua.
Bodohnya punya Yahudi, Yahudi pun ada grade 1, grade 2, grade 3 macam beras pulak bunyinyer. Itu pun belum saya menyenaraikan individu-individu berpengaruh di dunia hari ini.

Saya ingin mengingatkan orang Islam ada 1.5 billion orang dalam dunia manakala, orang Yahudi ada 14 juta orang dalam dunia,. Maksudnya 100 orang Islam hanya 1 orang Yahudi. Kalau di saujana Utama ni, kita ada 5000 orang mewakili 50 orang Yahudi sahaja.

Negara OIC sebanyak 57 negara mempunyai GDP bawah USD 2 trillion, Jepun satu negara saja mempunyai GDP sebanyak USD 3.8 trillion. Amerika syarikat mempunyai GDP 12 trillion dan siapakah dibelakang amerika syarikat.

Dengan erti kata lain, kita di Saujana Utama sekarang sudah dikepung tapi kita hanya angguk-angguk dan geleng-geleng sahaja.
[tambahan dari ceramah Utz Akil Hayy malam tadi] Saya tertarik dengan pertolongan seekor burung kecil yang membawa air dalam paruhnya yang kecil yang cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim.

Saya ingin menutup, dengan mengingatkan kata-kata Sallehuddin Al Ayubbi pada 1187 masehi ‘ Untuk menjadi umat Islam yang berjaya, kekuatan ekonomi, kekuatan politik dan kekuatan ketenteraan tidak memadai. Benteng paling kebal kepada Umat Islam untuk selamanya adalah kekuatan perpaduan dan kekuatan AKIDAH.

 

Terima kasih komen dari Mimosa

Berikut ada komennya dalam blog ku- jutaan terima kasih

Sekadar pendapat,

i. Kalau islam buatkan satu standard piawai bukankah ini bermakna seolah2 kita mengikut mereka juga. Bukankah kdg2 ketidakseragaman itu ada hikmah disebaliknya.

2. Sudah sedia maklum, dalam islam bukankah kita ada al-quran yg. lengkap dan boleh dijadikan piawaian juga.
(Contoh: Faraid/pembahagian harta pusaka)

3.Piawaian peringkat islam global mungkin lebih cabaran disbbkan spt. hal-ehwal mazhab, ketabsuban asal usul dan sosio-budaya misalnya.

4. Walaubagaimanapun, buat permulaan jika kita disini sudah dapat menyelaraskan bab2 keluarga islam bagi setiap negeri,pembahagian faraid (antara adat dan tradisi) dan keseragaman fatwa misalnya..itu juga adalah satu permulaan yg. baik.

JAWAPAN BALAS.
1. Apa salahnya jika 'MEREKA' buat perkara baik, kita ikut. Yang kita tak boleh ikut adalah membuat perkara yang tidak baik.

2. Al-Quran adalah piawaian yang teragung kita. Piawaian di sini adalah satu kefahaman yang diterimapakai oleh semua umat Islam tak kira kaum, bangsa, mazhab dan lain-lain. Contoh piawai yang diterima pakai ialah Hadith Sahih Bukhari dan Muslim. Piawaian yang boleh dibuat ialah perkara yang ada dalam Al-Quran dan perkara ini perlu diberi penjelasan lebih di zaman kita seperti Jihad, perkara-perkara sains seperti klon, menderma organ, riba dalam perniagaan, zakat, menunaikan haji.

3. Sangat setuju.

4. Sangat setuju, permulaan yang baik perlu mempunyai cita-cita yng tinggi. Di Malaysia banyak piawaian yang perlu dibuat seperti piawaian fatwa oleh semua mufti dalam malaysia, piawaian undang-undang kekeluargaan dan lain-lain

 

Anakku naik Al-Quran - Jumaat - 10.8.2006

Pertama sekali ayah nak ucapkan tahniah kepada ika [nama sebenar Anis Zulaikha] kerana telah berjaya naik Al-Quran pada hari Jumaat yang lepas. Impian ika selama ni yang ika dok bagitahu ayah nak naik Al-Quran telah tercapai.SubhanaAllah. Untuk pengetahuan ika, ayah dulu masa dajah 2 baru naik sedangkan Ika darjah 1 dah naik, ayah cukup berbangga dengan ika. Ayah harap ika belajar Al-Quran bukan hanya membaca, tapi menghayatinya. Maksud ayah, jika Qatam nanti, bila besar nanti, teruskan pemahaman ika terhadap Al-Quran, laksanakan apa yang tertulis di dalam Al-Quran. Ingatlah ika, ia adalah peninggalan yang penting oleh Nabi Muhammad untuk menjadi panduan dan aset kita di atas mukabumi serta mukjizat yang masih ada dengan kita. Jawapannya semua ada dalam Al-Quran. Genggamlah Al-Quran sekuat-kuatnya walaupun ika terpaksa memegang bara api sekalipun. Ayah doakan ika, adik, ibu, dan seluruh umat Islam bersama-sama kita semua meneruskan usaha memertabatkan Al-Quran di atas mukabumi Allah ini.InsyaAllah
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, August 10, 2006

 

Kesatuan globlaslisasi umat islam

Image Hosted by ImageShack.us

Hari ni dan besok aku menghadiri satu kursus tentang FRS - Financial Reporting Standard yang akan mengantikan MASB bagi standard perakaunan yang akan dan sedang dilaksanakan di Malaysia. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang standard perakaunan yang dijalankan di malaysia dengan standard yang diterima pakai oleh satu dunia. Di dalam kursus tersebut, facilatator menyatakan bahawa rasionalnya ianya dilaksanakan sebab kita perlu ada standard antarabangsa bagi menjadi kayu pengukur bagi satu-satu transaksi seperti juga penggunaan USD currency, ISO dan lain-lain. Bak kata Mawi kita ni sekarang dah 'WORLD'

Tiba-tiba terdetik dalam pemikiran aku. Satu kejayaan penjajah dalam konsep 'divide and rule' atau pecah perintah yang dilaksanakan terhadap umat Islam telah membuahkan hasil sekarang ini. Umat Islam mula berpecah dari segi negara dan benua. Dan amat malang sekali perpecahan ini menyebabkan tali persaudaraan orang Islam semakin longgar - tengok sahaja Palestin dan Lubnan yang dibedil bertalu-talu, orang Islam hanya bermesyuarat sahaja. Hari ni dah hari yang 28 Pelestin dan Lubnan di serang. Kalau tengok betul-betul tentera Israel bukan kuat sangat pun. Perang cara pondan, lawan Hizbullah bukannya lawan dengan tentera Lubnan dan dah masuk sebulan masih terkial-kial lagi. Dan ketika ini CNN mula memainkan sentimen Sunni dan Syiah untuk memulakan divide and rule lagi.

Maka untuk mengurangkan kejayaan 'divide and rule', banyak kata-kata yang kedengaran bahawa Umat Islam perlu bersatu. Persoalannya bersatu macam mana.

Berbalik kepada konsep 'standard/piawai' umat Islam kena memikirkan piawaian bagi umat Islam dari semua segi contohnya Fekah, Muamalat, Ketenteraan, Ekonomi. Sebab bila ada standard maka umat Islam akan ada 'SAME UNDERSTANDING' maka umat Islam akan bersatu.
Bila ada kefahaman bersama maka tolak ansur dan kerjasama boleh disemai bagi kebaikan bersama sepertimana berlaku semasa zaman khalifah sehingga ke empayar Turki yang terakhir.

Bak tema jejak rasul : BERLAINAN WAJAH, SATU AKIDAH

PERSOALAN SETERUSNYA SIAPAKAH YANG PATUT MEMIMPIN DALAM MEMBUAT STANDARD-STANDARD INI.?

 

Selamat Hari Lahir untuk anakku - 10.08.2001

Ayah ingin mengucapkan selamat hari lahir buat anakanda untuk ke umur 5 tahun. Semoga anakanda menjadi insan yang solehah dan yang penting jangan tinggal sembahyang yeee.

Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, August 08, 2006

 

Pencarum rugi RM600j -- Melibatkan 80 peratus pelabur KWSP dalam unit amanah

Image Hosted by ImageShack.us

Aku nyaris-nyaris keluarkan duit KWSP aku untuk invest dalam unit trust ni tapi nampaknya unit trust ni memang TAK BOLEH TRUST lagi


Pencarum rugi RM600j -- Melibatkan 80 peratus pelabur KWSP dalam unit amanah
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD


KUALA LUMPUR 5 Ogos – Kira-kira RM600 juta wang milik pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dilaburkan ke dalam unit amanah (unit trust) mengalami kerugian.

Mingguan Malaysia difahamkan menerusi satu sumber kesatuan sekerja, kerugian itu melibatkan kira-kira 80 peratus pencarum yang membuat pelaburan.

Maklumat yang diperoleh itu menunjukkan berlaku penyusutan daripada jumlah dana yang dikeluarkan oleh pencarum untuk membuat pelaburan tersebut.

Jumlah dana terkumpul yang dikeluarkan para pencarum KWSP sejak skim itu mula diperkenalkan pada 1996 ialah RM9.76 bilion. Bagaimanapun sehingga Disember tahun lalu, angkanya menyusut kepada RM9.15 bilion.

Menurut sumber itu, keadaan itu berlaku berpunca daripada ketidakupayaan institusi pengurusan dana (IPD) membuat pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada pencarum.

Sunday, August 06, 2006

 

Karnival buku Galeri Buku Nufair

Malam semalam selepas penat gantung banner, aku dapat SMS dari kawan lama tentang karnival galeri buku Nufair. Syarikat buku ni dah lama aku tahu pasal banyak menjadi penerbit kepada buku-buku yang berkonsepkan Islam. Since dah lama aku tak ke sana, aku pun berhasrat untuk pergi, ajak anak-anak aku, semua tak nak pergi. So aku pergi soranglah pagi tadi. Secara ringkasnya pelancaran disempurnakan oleh YB Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang. Presiden PAS. dan ianya terletak di belakang hospital tawakal.

Image Hosted by ImageShack.us

Bergambar orang-orang kuat Harakah
Image Hosted by ImageShack.us

Kedai HARAKAH yang bedekatan dengan Nufair
Image Hosted by ImageShack.us

Brochure Galeri Nufair
Image Hosted by ImageShack.us

Buku yang aku beli
Image Hosted by ImageShack.us

Buku yang aku beli kat anak aku
Image Hosted by ImageShack.us

Free Gift dari Nufair - million thanks
Image Hosted by ImageShack.us

wajah-wajah seronok dapat buku
Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

 

Bermain layang-layang d petang Sabtu 05.08.2006

Memenuhi janjiku pada anak-anak untuk bermain layang-layang kat selayang aku tunaikan semalam, dulu dah pernah pergi sekali, tapi lepas tu tak pergi pasal bapak jem kau nak ke sana, since MRR dah ok, so aku bawaklah dia main layang-layang. Terkenang masa aku sekolah dulu, masa sukan sekolah ada pertandingan wau, aku mewakili rumahku, masa practise ok, masa lawan tak naik pulak, gasak jatuh jerrrr...aaku carik gambar wau yang aku buat bersama kawanku malek dulu, tapi tak jumpa pulak pasal nak tunjuk kat anak ku....


Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

 

Map to Surau Al-Hidayah Saujana Utama

Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, August 05, 2006

 

Saudi: Minyak bukan senjata elak konflik

Saudi: Minyak bukan senjata elak konflik

RIYADH 3 Ogos – Pengeksport minyak mentah terbesar dunia, Arab Saudi menegaskan, minyak tidak sepatutnya digunakan sebagai senjata kerana ia merupakan punca ekonomi negara-negara Arab.

Ketika ditanya sama ada minyak boleh digunakan sebagai senjata jika konflik Lebanon dan Israel menjadi teruk, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud al-Faisal berkata: “Dua isu ini tidak boleh disamakan kerana minyak merupakan keupayaan ekonomi negara-negara ini... perlu memenuhi obligasi terhadap rakyat.”

“Jika kita tidak menghiraukan realiti ini dan menggunakan asas hidup kita, pihak pertama yang mendapat susah ialah rakyat dan tidak ada kerajaan yang bijak akan menerima ini,” katanya.

Arab Saudi dan sekutu-sekutu Amerika Syarikat (AS) di Teluk dan anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah menyatakan tidak akan menggunakan sekatan minyak seperti yang dilakukan semasa krisis Arab- Israel pada 1973.

Bagaimanapun Arab Saudi yang merupakan sekutu rapat AS di rantau Asia Barat mengkritik Washington kerana tidak memberi penekanan kepada gencatan senjata dan memberi amaran keganasan Israel akan menyebabkan konflik di Asia Barat merebak.

– Reuters

KOMEN : Nak seribu daya, tak nak seribu alasan. Formula strategi mengawal minyak pernah dibuat dulu oleh King Faisal pada tahun 1973 menyebabkan Amerika terpaksa berundur.

 

Surah Al-Mulk : Ihsan dari Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Tahniah dan Alhamdullilah diucapkan kepada PPZ kerana menerbitan "Tafsir al-Mulk : Terjemahan dan Huraian" - Penyusunan - Muhammad Ramzi Omar dan penyunting - Us Ahmad Shukri Yusoff. Kitab kecil ini diberikan kepada semua pembayar-pembayar kepada zakat.

Secara ringkasnya surah Al-Mulk mengandungi 30 ayat. Ia termasuk dalam surah Makkiyah yang berperanan menerangkan tentang akidah. Surah ini memfokuskan 3 perkara iaitu
1. kebesaran dan kekuasaan Allah untuk menghidup dan mematikan,
2. menegakkan dalil dan hujah tentang keesaan Allah tuhan semesta alam,
3. Menerangkan tentang akibat yang bakal melanda terhadap mereka yang mengingkari tentang hari kebangkitan.

Dalam huraian Surah ini, aku tertarik tulisan di muka surat 54 yang bertajuk "Kebangkitan semula sejajar dengan logik."

Dalam erti kata lain- kepada mereka yang tak percaya dengan Alam Barzakh, alam akhirat, cuba kita fikirkan bagaimana kita terjadi sebelum Alam Dunia, fikirkan bagaimana ruh kita ditiup/dimasukkan ke dalam jasad kita semasa dalam perut ibu lagi. Perkara ini Dr ataupun Professor juga tidak boleh menerangkan atau membuktikannya. Semua ini adalah kekuasaan Allah untuk kita berfikir. Maka jika percaya atas kejadian manusia dari air mani sehingga ditiupkan ruh, maka pemergian kita dari alam dunia ke alam barzakh adalah benar.

ada juga yang bertanya, kalau dah mati, tulang hancur macam mana kita boleh hidup semula?
Ini diterangkan dalam ayat surah Yassin ayat 80

Sesuatu boleh terjadi dengan sumber yang berlawanan dengannya. Api boleh terbit dari pokok yang hijau akibat pergesaran khusus, padahal api bukan berasal dari pokok. Begitu juga tulang yang reput bukan menjadi jawapan kepada kehidupan yang akan datang

Image Hosted by ImageShack.us

 

Israel memang kurang ajar-binatang

berita terkini, Israel mengebom semua jalan-jalan masuk ke lebanon, menyebabkan pihak PBB dan UNHCR mengalami kesulitan untuk memasuki lebanon

BABI ISRAEL! BABI ISRAEL! BABI ISRAEL !

Image Hosted by ImageShack.us

 

Pertama kali aku masuk gua

Semasa aku pergi Family day wife aku, aku berkesempatan buat pertama kalinya untuk masuk ke dalam gua. Aku ingat gua ni kecik jer macam batu caves tu, tapi peuhhh besar dan jauh ke dalam pulak tu lebih kurang 450 meter jauhnya. Terdapat lebih kurang 7 buah gua dekat dengan Tekam. Yang aku masuk ialah Gua Cahaya Bulan. Ia dinamakan demikian sebab cahaya yang masuk ke dalam gua tersebut hanya sedikit hasil dari cahaya pantulan dan biasan dari batu ke batu untuk sampai ke kemuncak gua tersebut. Tapi gua yang paling mencabar ialah Gua Sanding, untuk menghabiskannya mengambil masa 3 jam. Tapi gua ni aku tak sempat nak masuk. Overall interesting to see kekuasaan Allah. SubhanAllah

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

This page is powered by Blogger. Isn't yours?