Saturday, May 28, 2005

 

Company malaysia berjaya di luar negara

Hari selasa yang lepas aku telah dipanggil untuk membuat penilaian ke atas syarikat yang membida untuk projek kompleks perumahan dan pejabat di Sudan. Cukup menarik cara mereka mempersembahkan kewangan dan perakaunan mereka. Cuma apa yang aku bangga ialah dah banyak company Malaysia especially yang dalam bidang construction telah berjaya menapakkan kaki mereka ke luar negara terutamanya di kawasan Timur Tengah dan Afrika. Mungkin disebabkan projek di Malaysia ni agak slow kerana ekonomi tak memberangsangkan, maka strategi untuk ke negara lain dimulakan. Ini termasuklah salah satu syarikat dari Malaysia telah mendapat kontrak dalam membesarkan MasjidilHaram di Makkah. Yang lebih dibanggakan kerana syarikat Malaysia terpilih itu adalah kontraktor utama dalam projek terebut. Dan aku telah ditunjukkan lakaran arkitek tentang kawasan yang akan dibangunkan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Cukup canggih, moden dan futureristik. Apalagi aku cakaplah kat manager-manager projek ini, kalau ada jawatan kosong panggil lah aku sekali. Dahlah dapat income lebih, pahala membesarkan MasjidilHaram tiada bandingannya.
Dalam penilaianku terhadap kekuatan kewangan pembida-pembida Malaysia, antara kelemahannya iyang perlu dihalusi ialah :
A. Highly geared yang bermaksud banyak company di Malaysia bergantung kepada pinjaman jangkapanjang dalam menguruskan aset mereka. Secara purata 70% aset yang digunakan oleh syarikat dibiayai melalui pinjaman.
B. Loan repayment kurang dititikberatkan dan tidak menampakkan kesungguhan dalam pembayaran balik hutang. Loan tersebut akan menjadi mahal disebab bunga yang tinggi dikenakan secara cumulative.
C.Equity ratio yang rendah menunjukkan peratus aset semasa ke atas liability semasa adalah rendah.. Bermakna jika apa-apa terjadi kepada company tersebut, maka pembayaran hutang jangka pendek berisiko tinggi - kecairan rendah.[secara tak langsung ‘working capital’ juga rendah
D. Pengurusan perbelanjaan juga lemah. Peratusan kenaikan perbelanjaan adalah lebih tinggi dari peratusan kenaikan hasil[revenue] syarikat. Bermakna jika tahun 2002, Untung RM 100 perbelanjaan RM20, maka untung bersih RM 80. Pada tahun 2003, walaupun keuntungan naik hingga ke RM 400 tapi perbelanjaan RM 360, maka untung bersih hanya RM 40. Yang mana untung bersih 2003 lebih rendah dari 2002 walaupun hasilnya meningkat.
E. Asset turnover juga rendah bermaksud hasil [revenue] adalah sedikit dari jumlah aset yang digunakan. Bagi tujuan pengeluaran. Sebagai contoh jika total asset for the year is RM 100, dan revenue RM 110. Maka asset turnover hanaya 1.1 kali sahaja.

Akan tetapi ada juga syarikat yang saya lihat mengendalikan kewangan mereka dengan betul. Ini menyebabkan satu-satu pembida senang mendapat apa-apa saja projek.


Untuk semua syarikat yang membida / serta menjalankan operasi diluar Malaysia saya mengucapkan selamat berjaya kerana banyak faktor-faktor seperti cukai, perundangan, modal, exchange-rate, timing, interest rate yang sering dilupakan semasa sesuatu perancangan dibuat menyebabkan akhir sekali syarikat tersebut akan mendapat keuntungan tidak seperti dijangkakan. Dan saya ingin menasihatkan pengurus-pengurus kewangan bahawa pengurusan diluar Malaysia adalah sangat mencabar kerana ‘we are playing at the different ground and different situation’.

 

Tengok bola kat stadium Shah Alam

work in progress

 

Roti Ais kerim dan pasar malam

Baru-baru telah diadakan majlis Sambutan Maulidur Rasul kariah surau ku. Sekali lagi kami sekeluarga menjual aiskerim pada tahun. Disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada isteri saya yang menjaga kedai dari pagi hingga ke petang. Ini kerana aku sibuk kesana-kemari bagi memastikan kelancaran majlis. Alhamdullilah sedikit sebanyak membuahkan hasil.
Pengalaman ini mengingatkan aku semasa muda-muda dulu. Aku pernah bekerja di McDonald Gurney Drive, Penang, 7-Eleven, Tabung Haji Kelana Jaya dan menjual Air Manggo Nektar di pasar malam. Ini semua kerana ayahku sering menyuruh kami mencari pengalaman bekerja semasa cuti sekolah ataupun cuti semester termasuklah adik-adikku. Masa aku bekerja sementara inilah baru aku tahu niat ayahku mengajar susah senang hidup secara praktikal. Ayahku sering menceritakan kepayahan kehidupannya semasa kecil yang mana Tok aku menyara menyara mereka 10 beradik. Tok Wan aku kembali kerahmatullah di Mekah semasa ayah aku berumur 4 tahun. Ayahku pernah menceritakan bagaimana dia menjual kuih disekolah untuk menyara keluarga. Satu pantang ayah aku adalah melihat sapa-sapa makan tak habis. Cukup marah ayahku kpd anak-anaknya jika makan tak habis. Bertapa nilainya makanan kepada ayahku. Aku percaya ia adalah dari pengalaman hidup ayahku semasa kecil.

Berbalik kpd kerja sementara, aku ingin menceritakan pengalamanku menjual air di pasar malam kerana inilah pekerjaan ku paling mencabar. Ringkasan kerja lain ialah di Mcdonald aku menjaga station menggoreng burger [bigMac, cheeseburger, semua jenis burger- bertahan selama 3 minggu sahaja- tak larat. Kerja di 7-Eleven selama 3 bulan sebagai penyusun barang sehingga Cashier, di Tabung Haji Kelana selama satu bulan musim haji sebagai pekerja am - angkat beg, menjaga welfare jemaah sebelum berangkat, kemas bilik, menenangkan jemaah dll.
Cerita pasar malam bermula dari aku bekerja sementara sbg kerani akaun di Kointrade berdekatan dengan Mydin Selayang, Aku rasa dah tak ada sekarang ni koperasi tu. Kebanyakkan barangan yang dijual oleh koperasi tu diimport dari timur tengah. Sedang aku mengira-ngira stok pada satu hari, datang sesorang yang aku tidak aku kenali dan memberi businesscard dia. Seorang Dr PHD rupanya. Perbualan kami lebih kurang macam ni bunyi :

Dr : Apa khabar, awak keja apa kat sini ?
Aku : Baik. Saya kuli je kat sini, ada apa-apa saya boleh bantu
Dr. : Sebenarnya saya tertarik dengan Juice Manggo Nektar ni, untk pengetahuan adik air manggo ni di letakkan dalam flight flight Iran Air, Saudi Air, Pakisrtan air, Jordan Airline dll. [Manggo nektar ini, dihasilkan di Oman, buah manggonya ditanam di India kerana cuaca yang baik buat manggo ni] sambil memberi kadnya.
Aku : oh ye ker. Saya pun tak tahu pasal bende ni.
Dr : Untuk pengetahuan adik, saya ni PHD dalam pasar malam. Kalau adik jual air-air ni kat Pasar Malam Taman Tun, Pasar malam Bangsar dan pasar malam Damansara mesti laku punya sebab dekat situ hasil kajian saya secara purata oarang akan habiskan RM 50 sekali pergi.
Aku : yer ke, terima kasih atas info ni
Dr : Saya jalan dulu ada hal.

Minggu depannya aku mengorak langkah menjual dipasar malam yang disebutkan. Sebelum tu aku call kawan aku untuk pergi beli meja pasar malam kat chow kit - second hand - RM 30.00, aku rasa yang jual kat aku tu penagih dadah. Bermulalah penjualanku. Macam goreng pisang - lepas asar aku start , Maghrib dah habis. Average aku jual 12 karton lebih kurang 144 kotak dijual dengan harga 3kotak 1.5ml - RM 10. Yang paling laku kat Bangsar sebab banyak Mat Slleh dan Pak Arab, siap suruh aku hantar kat rumah. Tapi aku tak hantar -rugi beb.
Pengamatan aku semasa menjual dipasar malam
1. Kena ada lesen. Kalau tak ada jadi macam aku - kena halau dua tiga kali. Tak kira dari majlis bandaran serta penjual-penjual yang lain. Masa tulah kata nak carik duit sambung belajar, nak tolong maklah dll. Tapi dia orang kata ni alasan sama je dengan orang lain.
2. Kena baik dengan orang kiri kanan yang kita jual, nanti dia orang pun tolong promote barangan kita
3. Kena senyum selalu supaya orang senang nak beli.
4. Letak harga supaya tak banyak soal dan tahu pasal barang yang dijual. Orang lagi confident nak beli.
5. Tahan muka kena kutuk, dan balaslah dengan baik. Nanti dia malu alah.
6.Kalau ada yang mintak wang perlindungan ker, wang cukai ker bagi/bayar jer nanti susah kehidupan kat pasar malam.
7. Penjual lain ajar aku. Kalau kena tangkap dengan majlis. Pertama sekali mintak maaf, dan bahasakan diri mereka TUAN. Sebutlah selamat malam tuan, Mintak maaf tuan. Sebab bila cakap TUAN, diaorang ni kembang sikit.
8. Kenal pasti regular customer, nanti dia orang akan appreciate.
9. Jual barang kat pasar malam ni kalau boleh lain dari orang lain, nanti akan jadi masalah mencuri customer. I have no komen about this sebab aku belajar marketing, sapa pandai marketing dia dapat customer.

Dan bermacam lagi, masa hari terakhir kat pasar malam sebab aku dah dapat kerja tetap, ada sesorang datang buat Catering ajak akujoin dia supply air tu, masa aku kata aku dah dapat kerja dan bagi no tel kooperasi tu. Suruh dia ambil terus dari koperasi. Kalau aku ambik deal tu dulu, entah-entah aku dah jadi tokey air sekarang ni. Walau apa pun rezeki di tangan Allah. Aku pun berlalu dari Pasar Malam Taman Tun dengan bersalaman kawan-kawan pasar malamku dan mendoakan mereka berjaya satu ari nanti. Selamat Tinggal Pasar Malam.

Ucapan terima kasih ayahku kerana mengajarku erti kehidupan.

Thursday, May 26, 2005

 

Minggu ni begitu sibuk bagiku

Things To Do
1. Kena settle semua outstanding sebelum Jumaat ni
2. Kena prepare handover notes kat pengganti aku
3. Meetings and discussion
4. Evaluation
5. Debt settling week
6. Response to emails received - official and unofficial
7. Books to read - no time
8. Movie to watch - Star wars - episode 3
9. Blog to write
a. Aiskrim dan pengalamanku menjual di pasar malam
b. Tengok bola bersama keluarga di Stadium Shah Alam
c. Issue - Aerospace department kat UPM - my view
10. Booking bus to Perlis

common, please focus

Monday, May 23, 2005

 

Komputer aku ni kena virus ataupun spyware ni

8.43am. Sg Buloh. Aku rasa komputer aku ni kena virus atau spyware. Ingat nak tulis lagi pagi ini tapi kena berjaga-jaga sebab slow dan dah ada pop-up screen seperti window down, application terminated, fatal error, macam error message yang keluar ni. Call aku punya ICT advisor, balik kampung pulak lah dia. So setakat ni tak berani nak download dan upload. Aku rasa ni semalam aku tak tutup komputer, dan aku dimaklumkan bahawa kalau apa-apa ICT equipment kita ni wireless seperti WIFI, bluetooth, infrared, dah ada virus yang dibangunkan untuk merosakkan komputer kita, contohnya virus ni boleh jangkit dari komputer ke HP, HP ke komputer, HP ke organizer malahan HP ke HP melalui sms dan bluetooth. Ahh tak berani aku ni....

Sunday, May 22, 2005

 

Bukan sekadar bola

Aku meminati bolasepak dari sekolah rendah lagi. Daripada main petang-petang bersama kawan-kawan, tengok bola kat stadium, tengok kat TV sehinggalah main game kat kedai videogame. Main video game tulah yang membuatkan ayah aku marah kerana menghabiskan duit sekolahku. Dulu kalau main petang-petang tu tak pakai kasut, hanya berkaki ayam, dan kalau terror sikit tu pakai ‘gad’, macam setokin tapi separuh dari tapak kaki dan nampak tumit. Antara kawan sepermainan bolaku yang aku masih ingat lagi – rahmat, murshidi, kefli, kesevan, jonathan dan ramai lagi. Aku masa tu dok kat Ipoh Perak, pasukan kegemaranku pun Perak-. Dan kalau tak salah aku, di awal 90an Liga Semi Pro Perak memang kuat.
Selepas Liga Semipro menghadkan pemain import sebagai menyahut hasrat kerajaan supaya mengawal perbelanjaan pada waktu tu disebabkan negara mengalami kejatuhan ekonomi, mulalah landskap bolasepak negara menjadi hambar. Dan mulalah pemain Malaysia main kerana duit sebab belajar dari pemain-pemain import yang lepas di dalam Liga Profesional ataupun Liga Premier yang sekarang ni dikenali sebagai Liga Super. Mana taknya, gaji pemain-pemain KL pada awal 90an lebih kurang RM5,000 seorang, belum campur elaun menang dan melangkah ke separuh akhir dan ke akhir. Ingat lagi pemain Singapore yang dikatakan antara pemain kaya di arena ASEAN.
Pada masa yang sama,peminat bola nampak betul kemerosotannya.
Aku pun dah tak mengikutinya lagi.
Tapi tiba-tiba pada tahun ini, aku mula meminati bolasepak Eropah. Ia bermula daripada adikku yang ketiga, Azran-Assocazione Calcio Milan = AC Milan Gila Fan. Kalau balik rumah orang tuaku, kalau ada bola dialah yang akan jadi commentator kat rumah. Habis nama pemain dia kenal, pengurus pasukan, pemilik pasukan, sponsor, dibelakang tabir. Sampai aku pun cakap dari teruk-teruk kau hafal nama pemain bola baik kau hafal Quran lagi bagus. Lepas tu bila bukak egroup semua cakap pasal bola, tak kira group kawasan perumahanku, group alumni universitiku, group sekolah ku semua cakap bola. Bukak TV bola, bukak paper bola, Gila bolalah orang Malaysia ni. Yang lebih extreme lagi, boss aku kat office pun, perempuan pulak tuh, tahu nama pemain Chelsea.
Di sebabkan ia memeningkan aku, aku pun mulalah melayari website-website bola di eropah antaranya English Premier League, SPANISH premier League, Italian Serie A, German Bundesliga, dan banyak lagi. Tapi bagi aku EPL adalah yang terbaik pengurusan industri bolasepaknya. Ia banyak memberi kesan sampingan kepada peminat bolasepak secara global. Aku berkata begitu kerana sekarang ni game di EPL bermula pada pukul 4pm local time di UK kerana nak memastikan penonton-penonton disebelah timur dapat mengikuti secara live pada pukul 11.00malam.

Industri bolasepak mereka cukup berjaya dan aku boleh mengatakan ianya bukan sekadar bola.

1. Sponsorship yang menyeluruh, ada yang prime sponsor, commercial sponsor, partners, affliates dan event sponsors dan berbagai-bagai jenis sponsor yang datang dari seluruh pelusok dunia termasuklah dari negara ku sendiri iaitu protoncars yang sponsor Norwich
2. Teknologi internet, mobile, digunakan dengan sepenuhnya daripada keputusan perlawanan hingga ke booking tiket. Permainan interactive internet video game yg seperti dinamakan ‘fantasy game’ dibangunkan untuk entertainment. Pertandingan dibuat di antara fan-fan club yang ada.
3. Perlawanan ditayangkan secara LIVE ke seluruh pelusok dunia menyebabkan event-event di sesebuah negara terpaksa ditelitikan bersama calender bolasepak dunia untuk memastikan perlawanan-perlawanan penting dapat disaksikan oleh rakyat negara tersebut tanpa diganggu
4. Pemain bola di EPL dilayan mengalahkan artis, dengan sidang medianya, menjadi duta-duta barangan, iklan TV, lawatan-lawatan peminat untuk mendapatkan tandatangan, fans club, memberi ceramah dan bermacam lagi
5. Pengurusan souvenir juga dibuat secara meluas, boleh membeli secara online, dibuat francais negara-negara yang banyak peminat dan boleh juga dibuat penghantaran pos.
6. Pengurusan stadium yang dianggap world class standard dari banyak segi dari penjualan tiket, tempat penginapan yang berhampiran, bumbung stadium yang mengambilkira naik-turun matahari - supaya fair kalau main pada waktu petang, penjagaan rumput, facilities catering untuk makan-makan dan lain-lain lagi
7. Ada komuniti sendiri dari segi forum chatting peminat bola infact perbincangan pun dibuat secara online satu dunia kadangkala ada gathering-gathering informal dibuat
8. Kelab mempunyai agen travel yang profesional – macam tourist guide,corporate hospitality dan package2 lain yang menyeronokkan.
9. Menubuhkan akademi bola sepaknya tersendiri di kebanyakkan kelab di EPL.Akademi ini banyak membantu melahirkan pemain ternama dunia. Mereka dilatih dari umur 15 tahun lagi. Antaranya kelahiran -Owen pemain Liverpool yang sekarang bermain untuk Real Madrid.
10. Kebanyakkan kelab mempunyai TV dan radio sendiri, fans suka mengikuti TV club mereka sendiri kerana commentator dan dj radionya akan berpihak kepada club mereka dalam semua pertandingan.
11. Dah jadi macam bank, setengah kelab ada Credit card macam club Chelsea dan MU, dan yang lebih menarik lagi boleh buat loan dengan club mereka. Dah jadi macam kooperasi pulak kelab bolasepak ni. Insuran pun ada, macam-macam ada, semua ada.

Yang paling menarik hatiku ada satu team bola tu tu pengurus dan jurulatih mendapatkan pendapat dan opinion dari fans/peminat mereka. Meraka boleh menghantar pendapat mereka terus ke email dan forum jurulatih tersebut seperti :
1. Kelemahan team yang akan di lawan diperlawanan yang akan datang seperti pertahanan, serangan dll
2. Kekuatan team sendiri dan apa-apa yang perlu dibaiki.
3. Strategy-strategy yang menarik
4. Pemain yang perlu diturunkan.
Aku rasa ini disebabkan kadang-kadang fans lagi banyak idea-idea dan arahan-arahan tambahan dari luar padang yang pada mulanya menyakitkan hati je, tapi pengurus pasukan ini mengambil perkara ini sebagai positif dan mengganggapnya satu peluang.

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Dan yang penting team baruku ARSENAL yang baru menjuarai piala FA untuk kali ke 10, Tahniah diucapkan. Kelebihan pasukan ini daripada yang lain ialah mereka memang mempunyai teamwork dan strategi bersama berbandingkan yang lain kebanyakkan mengharapkan skill individu2 tertentu

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
P/s pengurusan sesuatu badan-badan kebajikan, ngo, parti politik perlu mengambil contoh sedikit-sebanyak macam pengurusan EPL jika ada baiknya

 

Panoramaku pada 21.05.2005

teknikal problem, tunggguuuuuuuuuuuuuuuu

Thursday, May 19, 2005

 

Hari telekomunikasi sedunia 2005 dan cerita handphoneku

Hari telekomunikasi Sedunia 2005 disambut semalam dengan agenda meluaskan kawasan liputan bagi kemajuan negara. Cakap pasal liputan meluas ni, aku terdengar dalam radio pagi tadi bahawa negara kita sekarang dah masuk ke era handphone 3G[third generation]. Apa maksudnya. Kalau tidak silap pendengaranku pagi tadi hp telah bermula dari awal 80an lagi dengan 1G [First generation], kemudian dalam tahun 90an diperkenalkan 2G yang banyak menggunakan teknologi GSM dengan kelajuan 9.6 kbps, kemudian di awal tahun 2000 diperkenalkan 2.5G yang mempersembahkan teknologi GPRS - dengan kelajuan 46kbps serta 3 tahun selepas itu diperkenalkan pula EDGE- [Kadar Data Dimajukan Untuk Evolusi Global] dengan kelajuan 115kbps. Dan yang terbaru sekali teknologi 3G dengan kelajuan 384kbps. Untuk menyenangkan pemahaman. 1G - panggilan tanpa wayar bermula, 2G - bermula era sms antara hp, 2.5G - GPRS diperkenalkan termasuklah teknologi bluetooth dan infrared- bermulalah pengantaran message dari hp ke internet, teknologi MMS - gambar serta pembangunan sistem WAP. EDGE - access internet melalui HP. 3G - bermulalah TV, internet boleh dicapai melalui hp, penghantara video dan moviefilm melalui HP, serta permainan game antara pengguna HP bermula.
Pertama kali aku tengok telephone tanpa wayar ni ialah masa aku tingkatan 3. Yang mana salah seorang bapa kpd kawanku membawanya kedalam kantin sekolah pasal nak jumpa anak dia. Tengah syok makan tiba-tiba telefon yang saiznya sebesar beg berbunyi dan satu kantin terdiam mendengar ayahnya berkomunikasi melalui hp tanpa wayar. Semuanya tercegang dan memandang satu sama lain.
Aku menggunakan Hp yang pertama pada tahun 1999 dengan jenama motorola. Aku membelinya kerana menunggu saat kelahiran anakku yang pertama, maklumlah masa tu aku jadi weekend husband. Setahun aku jadi weekend husband, aku kat Segamat, wife aku kat KL. Tapi hp motorola yang sekarang ni dipanggil botol air tu tak tahan lama sebab patah dia punya keypadnya. Disebabkan masih ada gurantee, aku tukarlah dengan hp baru berjenama Ericsson. Masa wife aku nak masuk hospital nak lahirkan anak, hp tu pulak kong. Kelakar betul. Hp ericsson nilah yang mengajar aku menggunakan sms.
Seterusnya masa wife aku beli hp baru nokia, dia bagi kat aku hp siemen dia sebab kesian kat aku tengok pakai hp yang pada masa tu fizikalnya besar kalau dibandingkan dengan orang lain. Hp siemen ni mengajar aku bermain game ketika boring, ada calculator, bermain sms grafik spt kad raya, hari ibu, mandapatkan ringtone mono dan lain-lain.
Akhir sekali sekarang aku menggunakan jenama Nokia yang aku menggunakan sepenuhnya selain call dan sms seperti organizer, things to do, MMS, phonedrive, access WAP, hantar email, dengar radio, infrared, games, polyponic, sms alert - [cuaca, trafic jem, ceramah agama], reminder, alarm clock, buku kira-kira perbelanjaanku seharian dll

Nak tukar ke 3G, lambat lagilah nampaknya sebab harga paling murah pun RM 2,000.00.

Percubaanku terhaap Hp ku yang masih gagal
1. Access yahoomessenger - ym melalui hp, so kalau nak ym tak payah access thru komputer lagi.
2. Menulis blog dalam hp dan hantar terus ke blogspot untuk dipublishkan

Wednesday, May 18, 2005

 

14 belas hari lagi

Pada 1 June 2005 yang akan datang aku akan meninggal kerjaku sekarang ni kerana telah ditawarkan ke tempat kerja di anak syarikat yang lain dibawah syarikat yang sama. Diberitahu tempat kerja baru ini lebih mencabar dan problematic.Hopefully its ok. Farewell bash, gift [bag, baju, mug, colarpin] dan makan-makan dah 2 kali, sudah selesai. Alhamdullilah masa nak pindah nilah baru tahu aku ini ada tempat disisi kawan-kawan sekerjaku. Sesekali aku merasa sedih, tapi bila fikir balik tawaran tersebut agak menarik, aku menjadikannya satu lagi episod dalam hidupku.
Sepeninggalan aku ni, aku telah meninggalkan projek yang belum siap lagi agar dapat diteruskan oleh kawan-kawanku. Projek ini telah berjaya dijalankan selepas berbagai-bagai dugaan dan cabaran dalam meyakinkan pihak pengurusan untuk menerimanya. Disebabkan projek ini melibatkan3 jenis sistem iaitu SAP, Lotus Notes dan bank sistem yang mana kami sedang mencuba link kan antara satu sama lain, maka banyak fasa yang perlu dibuat dan 2 daripadanya dalam proses. Tapi yang menariknya fasa yang terakhir telah siap dulu dan digunakan oleh kakitangan syarikat bermula Dec 2004.Banyak email-email tahniah diterima dan cadangan lain untuk diperbaiki. Alhamdullilah. Cuma tinggal 2 fasa lagi yang pending.
Ini mengingatkan aku cerita Star Wars yang diarahkan oleh George Lucas yang mana 3 bahagian terakhirnya telah siap, dan 6 bahagian sebelumnya sedang dibuat tapi menggunakan teknology yang terkini. Dan pada email ini ditulis Star Wars dalam episod yang ketiga. Dan kalau Lucas tiada lagi beliau berharap episod untuk sambungan akan diteruskan oleh orang lain. Begitu juga denganku, aku akan meninggalkan tempatku ini, mungkin 2 fasa yang dalam pembentukan konsep akan diubah mengikut teknology terkini dan terbaru.
Aku masih ingat lagi 2 bulan lepas, senior manager memanggilku - 'I want to see u in smoking room at 3 oclock', aku hanya menggangukkan kepala kerana aku ingatkan nak kena marah. Tepat jam pukul 3, dia pun dengan rokoknya berkata kata ; I want to see u now. Sampai dalam bilik smoking room tu, dia pun berkata 'Congratulation , company XXX have called me and informed that you have been selected to join them starting June 2005, so what do you say ?" Aku pun jawab "Biar betul", Dia pun menjawab "You think i'm joking,?" Anyway, I have meeting after this, therefore you have to decide, if you dont want to go, just let me know asap, I can tell them that we have plan for you, and if you want to go, I cannot stop U since the position offered is good deal" Please think and see me tomorrow morning'
Besok pagi diringkaskan, " I'll take the challenge, i want to go'> my senior manager pun kata, you have decided, i dont have the right to stop you, well good luck, I'll make the arrangement.

Kepada semua kawan sekerjaku, aku berbanyak terima kasih bersamaku menrencanakan kerja bagi hasil yang terbaik dan terefisen.

14 days to go..........sayu,sedih dan pilu.......

Monday, May 16, 2005

 

Selamat Hari Guru kpd guru-guruku

Selamat Hari Guru kpd guru-guruku walau dimana mereka berada. Aku mendoakan kesejahteraan kpd mereka agar berbahagia di dunia dan juga di akhirat.

Guru-guruku di

Tadika Siam Thailand, Pengkalan Hulu
Sekolah Keb Pengkalan Hulu, Pengkalan Hulu. [Dulu Sek Keb Kroh]
Sekolah Rendah Keb Cator Avenue, Ipoh
Sekolah Alam Shah, Cheras
Penang Free School
Matrikulasi UUM
Universiti Utara Malaysia
Universiti Malaya

dan juga ibuku yang juga seorang guru di sekolah-sekolah berikut

Sekolah Convent Sacred Heart, Melaka
Sekolah Menengah Convent, Teluk Intan
Sekolah Menengah Bukit Mercu, Kuala Kangsar
Sekolah Tun Saban, Pengkalan Hulu
Sekolah Menengah Anderson, Ipoh
Sekolah Menengah Raja Chulan
Sekolah Teknik Pulau Pinang
Sekolah Menengah SEAPARK, PJ

SELAMAT HARI GURU

Sunday, May 15, 2005

 

Appresiasi kpd isteriku

Inilah hasil hobi isteriku, aku pun turut sama menjayakannya

Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

 

Selamat Hari Belia 2005 dan penubuhan IPPBM menarik minatku hari ini

Hari Belia pada tahun ini ditemakan sebagai Kemahiran Teras Kecermelangan. Seperti biasa sambutan Hari Belia pada tahun ini di adakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada hari ini. Ucapan dari kepeimpinan Belia menyuntik semangat baru untuk kemajuan belia itu sendiri. Dari Menteri hingga ke Perdana Menteri memberi pandangan tentang masa depan belia di Malaysia. Ia sedikit sebanyak memberi idea bagimana nak menguruskan para belia yang dikatakan tidak berperanan dengan peranan yang sepatutnya
Antara yang menarik tahun ini adalah pelancaran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia [IPPBM] yang dipengerusikan oleh Tan Sri Musa Hitam. Ia berperanan sbg ke arah merancang pembangunan untuk kepentingan masa depan kumpulan sasar, sama ada dibandar mahu pun diluar Bandar dan pendalaman. Antara kajian yang sudah siap dan diserahkan kepada PM tadi ialah ‘kenapa sesetengah belia masa kini tidak gemar berpersatuan’. Oleh yang demikian adalah tinggi harapan kita semua untuk melihat belia-belia kembali aktif dalam berpersatuan.
Secara peribadi saya melihat memang terlalu banyak perbezaan belia tahun 60an, 70an, 80an dan akhir-akhir ini. Jika kita lihat perbezaan memang cukup jelas dimana belia dahulu cukup aktif tak kira di kampung, di bandar mahupun di pusat pengajian. Saya yang lahir diawal 70an selalu membaca pergerakan pelajar seperti Pergerakan Kaum Muda, Kaum Guru Belia, Pergerakan Pelajar, Pemuda-pemuda politik dan lain-lain lagi yang sentiasa mengepalai dalam menangani sesuatu isu sehingga mendapat dibahaskan di parlimen. Dengan erti kata lain pandangan belia didengari dan tidak diperlekehkan. Persatuan yang lebih anggresif lagi sehingga menggerakkan demonstrasi jalanan berhubung dengan isu bahasa , kemiskinan dan lain-lain lagi.
Jika nak dibandingkan belia sekarang, dimanakah belia ????

Dengan penubuhan IPPBM, banyak perkara yang boleh dilakukan dan ia perlu dilakukan bersungguh-sungguh. Sebagai cadangan :

1. Mengenalpasti penggunaan teknologi informasi dan komunikasi dalam mengumpulkan para belia sekarang. Dimaklumkan terdapat 72% belia mempunyai handphone tangan. Berbanding dengan dulu, yang cara mengumpulkan belia adalah sukan, pasukan kompang, kenduri kendara, pasar malam, dll. Maka sekarang pengumpulan belia boleh dibuat dengan perkongsian pintar, maklumat dan komuniti cyber. Kalau diperhatikan betul banyak komuniti yang dapat diwujudkan hasil dari komuiti cyber dan hp ie komuniti kereta, tanaman, masakan, teknologi dan bermacam-macam lagi. Akhirnya gathering di adakan , dan ketika itu timbul projek2 lain yang boleh di majukan bersama.
2. Latihan kepimpinan perlu dibuat secara aggresif. Pemimpin-pemimpin yang ada hari ini wujud dari situasi yang dilaluinya semasa remaja. Dan kebanyakkan melalui zaman pahit sebelum dapat jadi pemimpin yang baik. Jika dilihat betul-betul kebanyakkan kepimpinan bukan dari keluarga yang senang dan kaya. Kecuali satu dua orang yang memang mengikuti jejak langkah ibubapanya. Jadi untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang baik, kerajaan perlu membanyakkan peluang belia untuk memimpin satu aktiviti yang memang tercabar dan susah. Sebagai contoh memberi peluang untuk belia muda ini dalam menangani masalah negara seperti membasmi kemiskinan, membasmi rasuah, menyelesaikan masalah kenaikan minyak, menyeslesaikan masalah politik dll sebagai satu projek besar kpd para belia bukannya satu ancaman kepada pemimpin semasa.
Pemimpin muda juga perlu dilatih untuk menjadi pemimpin yang ada value added. Dan memberi kesan kepada masyarakat Malaysia umumnya



3. Latihan keusahawanan perlu dilihat dari kepimpinan dalam perniagaan. Sbg contoh Bill Gates menjadi businessman dan millionaire semasa dia belia lagi. Kerajaan sebenarnya boleh menggunakan belia untuk mendapatkan produk baru dalam satu-satu perniagaan kerana pandangan belia hari ini amat berbeza. Kerajaan boleh membuat sistem-sistem dimana belia boleh mencipta produk sendiri dan menjualnya sendiri. Badan-badan korporat yang mengambil student practical juga harus memberi peluang bagaimana belia dapat menggunakan fikirannya untuk menaikkan jualan mereka. Projek-projek seperti yang diadakan di dalam rancangan Apprentice boleh diketengahkan
4. Latihan Teknikal yang diadakan di Institut Teknikal, seperti di Sekolah Teknik dll perlu mengikuti perkembangan semasa dan perlu bersikap nilai tambah dan kreativiti. Dan belia perlu bebas untuk mempimpin dalam arus perubahan teknikal negara.


Akhir sekali diharap IPPBM memberi impak baru kepada kemajuan negara dan kerajaan wajib mempunyai peruntukan mencukupi dalam membangunkan belia dan mereka harus menggunakannya sebaik mungkin dalam melaksanakan program pembangunan insan dengan berkesan dan memberi keuntungan jangka panjang dan jangka pendek.

Saturday, May 14, 2005

 

Lunch bersama kawan lamaku Hack, last wednesday

Last week dok tengah syok kerja, tiba-tiba hp aku berbunyi. Terpapar pada screen hpku Hack, kawan lamaku. Macam tak percaya je, lama mamat ni tak contact aku. Dia mempelawa aku lunch. Apalagi lama tak jumpa, aku pun cakap no problem. Setelah ok, kami pun bersetuju untuk makan kat Restoren Rasyid, wisma central. Dalam perjalanan aku ke restoren tu, aku masih ingat lagi macam mana dulu dia mengajak aku buka bisness dan resign daripada kerjaku sekarang. Beliau begitu bersungguh-sungguh dan beria-ia sangat mempengaruhi ku. Tapi aku saje yang masih belum berani berada dalam arena perniagaan. Ini disebabkan aku tengok 70% kawan-kawanku yang berniaga masih belum berjaya dan aku mendoakan mereka berjaya satu hari nanti.

Kami macam biasa order nasik kandar. Banyak perkara yang disembangkan tentang family, anak, gathering, rumah dll. Tapi apa yang paling menarik hatiku ialah bila aku bertanya kpd dia. How' your business. Dia kata good and agak slow at the moment. Untuk pengetahuan Hack sekarang menguruskan satu financial consultant company based somewhere in PJ. For me, he is improving.

Dalam businessnya, beliau banyak membuat analisis-analisis kewangan bagi kegunaan financial consultant luar untuk buat business kat sini. Antaranya implikasi matawangasing, business against the political situation, business survivor etc. Walauapapun business makanan tetap tidak bergoncang walau apa pun terjadi. Business sekarang memerlukan informasi, cepat, dan yang penting research&creative and advertisement.
Beliau juga bagitahu, hasil dari research company dia ialah sekarang setiap business kena ada product sendiri ataupun paling kurang namanya/brandnya sendiri, walaupun bendenya sama. Contohnya business makanan, selalu kalau kita pergi makan kat mana-mana restoren yang mesti ada nasi goreng ayam, nasi goreng paprik, nasi goreng ikan masing, tom yam dan lain-lain. Maka pengusaha restoren perlu ada nasi dia sendiri, nama lain rasa lain. Dan promotion yang kuat ke atas product-product pengusaha tersebut. Begitu juga business lain-lain construction, transportation, real property etc. Mesti ada product sendiri. Katanya juga malaysia punya company mesti ada perangai macam businessman jepun. Kena cepat modified, cantik dan low cost. Di jepun katanya, tengok teknologi handphone, kereta, barang2 elektrik, macam goreng pisang. Gerenti maju punya.

Aku percaya Hack akan berjaya satu hari nanti. Dan kami habis makan, Hack yang bayar, dan dia macam biasa kata 'buat businesslah azrul, interesting and challenging, your own way and your own time. Dan jangan lupa doa kat aku bila hang sembahyang tuh.' Aku pun membalas 'kalau dah jadi millionaire nanti jangan lupa aku?' Dia pun menjawab 'OK, see you around'
Dan dia pun ke arah Ampang Park dengan menaiki teksi kerana ada negotiation akan dibuat.

May Allah Bless Him.

Friday, May 13, 2005

 

CSI Malaysia

Bukak-bukak TV bila sampai rumah seperti biasa aku akan buka NTV7, aku memang suka tengok myBigstory pukul 8.00 mlm hingga 8.30mlm. Hari ini my Bigstory menceritakan tentang pembunuhan yang berlaku sehari dua ni dan peranan Jabatan Forensik dalam mengendalikan kes-kes tersebut. Aku cukup suka akan perkara ini. Sedar atau tidak aku dari kecik lagi suka baca buku cerita pasal penyiasatan, aku tak ingat nama buku cerita, tapi yang pastinya aku pinjam di perpustakaan Sek Keb Cator Avenue, Ipoh serta Perpustakaan Tun Abdul Razak di Ipoh. Cerita TV pun sama macam James Bond, Charlie Angel versie lama, MR T, kartun inspektor gadget, Mc Gyver dan bermacam lagi. Sekarang ni pulak aku memang suka tengok CSI Miami, New York, Las Vegas dan lain-lain lagi kalau cerita melayunya dinamakan Gerak Khas. Perbezaan cerita dulu dan sekarang adalah cara penyiasatan yang dibuat. Dulu tak banyak menceritakan tentang penyiasatan ditempat kejadian, kebanyakan ke arah soal-jawab suspect, tekaan, berbagai andaian yang bukan sainstifik dibuat. Tapi sekarang ni kebanyakkan menceritakan tentang DNA, darah, cap jari, pereputan mayat, jenis-jenia peluru, berapa jauh tembakan boleh dilepaskan, pengiraan dan matematik, ia membuatkan penyiasatan tersebut lebih tepat dan padu.
Dalam big story tadi, di Malaysia telah ada Jabatan Forensik yang telah diilhamkan oleh Tun Haniff Omar pada tahun 1974, masa tu ia hanya sebuah unit sahaja. Dan sebuah makmal telah dibina pada tahun 1994 yang terletak di Cheras. Sekarang telah ada pelbagai pakar dalam bidang Fizikal, Kimia, Biology dan narkotik dalam pasukan polis.
Bagi pihak bomba pulak, telah ada unit forensik yang mana bukti forensik telah diterima pakai dalam mahkamah mengikut akta Bomba 1988. Kebanyakkan ke arah kes kebakaran dan kemusnahan alam sekitar.

Tips kepada masyarakat oleh jabatan forensik

KES BUNUH
1. Lapur kpd pihak polis secepat yang mungkin
2. Jangan hampiri mayat
3. Jangan sentuh mayat
4. Berada 3 meter jarak dari mayat

KES ROGOL
1. Lapur kpd pihak polis secepat yang mungkin
2. Jangan mandi, terus ke balai untuk pengumpulan bukti

KES ROMPAKAN
1. Lapur kpd pihak polis secepat yang mungkin
2. Jangan masuk ke dalam kawasan kes
3. Jangan sentuh barang-barang yang berdekatan dengan barang yang dicuri bg tujuan pengumpulan bukti dan pengesahan
4. Buat kepungan di tempat kejadian

Akhir sekali syabas kpd pihak forensik yang telah menjalankan tugas dengan begitu baik sekali
Selamat berjaya

 

Tak ada masa nak tulis blog ni, macam mana nak buat

Masa-masa-masa, begitu pantas ia berlalu. Aku ingat setiap hari nak tulis sesuatu dalam blog aku ni, tapi masih gagal. Baru je rasa cuti minggu lepas, ni dah ari Jumaat. Kerja banyak yang tak settle lagi. Banyak sebenarnya yang bermain difikiran ku tapi tak dapat nak menulisnya. Macam mana nak buat, aku ada dengar kat radio, yang kita boleh tulis melalui handphone masa-masa yang terbuang seperti dalam keretapi, naik lif, tunggu kawan , tapi tak pernah try, mungkin aku kena guna cara tu kot untuk tidak membazir masa ku yang terluang walaupun tiada komputer didepan mata.
Ok harap aku dapat memikirkan macam mana nak buat ni
Assalamualaikum

Saturday, May 07, 2005

 

Kalaulah Aku ni Perdana Menteri - Minyak Naik RM 0.10

Isu terbaik minggu ini ialah Harga Minyak naik RM 0.10 seliter, ini disebabkan penarikan subsidi oleh kerajaan. Setahun subsidi ini berjumlah RM 2.2 billion satu angka yang sangat tinggi. Disebabkan harga minyak naik, maka teori domino pun bermula. Mulalah kenaikan bermacam-macam lagi bende-daging, ayam, sayur dll. Dalam keadaan yang semakin tak kena ini. Aku sebagai perdana menteri perlu berbuat sesuatu. Sebagai kapten dalam satu-satu negara, aku kena mula berfikir dan berfikir macam mana nak mempertahankan keadaan yang semakin meruncing ini. Kalau aku ambil contoh perdana menteri dulu iaitu Tun Dr Mahathir, masa krisis kewangan, beliau memanggil semua pakar-pakar kewangan berbincang dan berbahas. Hasilnya Malaysia telah membekukan matawang RM 3.8 kepada USD 1.00, yang mana pertukaran wang asing dapat dikawal. Dengan mengambil sikap yang demikian :
1.Aku sebagai perdana menteri akan mengarah semua menteri-menteri, pakar-pakar minyak, pakar-pakar kewangan untuk duduk semeja berfikir macam mana nak buat. 2.Mendapatkan komen-komen rakyat tentang masalah yang dihadapi
3. Akan mengeluarkan perancangan/plan jangka pendek dan jangka panjang bagaimana kerajaan nak menangani masalah kenaikan harga minyak
4. Jika ditarik subsidi tersebut serta menjanjikan untuk memulangkan kpd rakyat, perlu ada black and white kemanakah wang sebanyak RM 2.2 bilion disalurkan untuk meredakan keresahan
5. Mengeluarkan arahan kpd kakitangan kerajaan dan juga rakyat supaya "Banyak berjimat dan jangan kedekut'
6. Kurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 25 %. Jangan berbelanja perkara yang membazir dan dianggap sampah.
7. Kalau boleh refinance loan-loan kerajaan kepada lebih panjang semasa kadar faedah tengah rendah ini.
8. Membuat revised budget kepada budget tahun lepas.
9. Akhir sekali setelah berusaha, kepada Allah kita sujud meminta pertolongan.

Pakar-ekonomi lebih arif dalam hal-hal ini. Perkara ini penting bagi memastikan keselesaan rakyat yang duduk ditanah tumpah darah mereka sendiri.

Kuatkan Iman kami Ya Allah

 

Masjid India, Jalan TAR, MAYBANK, Campbell dan pemandu teksi

Jumaat 06 Mei 2005 - semalam

Kerja aku kat ofis selalunya sibuk hari Isnin dan Hari Jumaat pasal nak memastikan semua transaction betul dan tepat. Di sebabkan ada match Arsenal vs Liverpool ahad ni, aku bercadang nak beli jersey Arsenal. Diberitahu oleh kawanku kalau nak beli yang original ataupun ciplak, pergi je kat pertama ataupun campbell. So tanpa berlengah lagi aku ambik train LRT ke jalan Masjid Jamek. Sampai di situ masih awal lagi. Aku pun bertapak ke arah Masjid India. Baru aku teringat besok aku punya last day bayar credit card. Kali ini aku kena bayar banyak dekat RM 4,000.00 lebih pasal adik aku guna kredit card tempah pakej pelancongan ke Sabah tempohari thru internet. Lalu aku call Batman tanya besok bank bukak tak, dan diberitahu tutup. Alamak kalau nak keluar pakai ATM machine hanya RM 3,000 sahaja yang boleh, buku cek tak bawak pulak, kalau aku bayar RM 3,000, rugi interest kena bayar. So apa lagi, aku call sekali Batman, dan dia bagi some tips. Jam menunjuk pukul 12.50pm ketika itu. AKu pun pergilah Maybank kat dengan Mydin.
Jumpalah aku dengan helpdesk Maybank. Dengan berbagai solution yang diberikan. Aku memilih untuk menaikkan had keluaran cash aku sebanyak RM 5,000.00. Semuanya dibuat sendiri oleh ku dengan menggunakan ATM machine yang ada. Begitu canggih sekarang tak perlu jumpa kerani bank lagi. Semua self servis. Aku juga diberitahu bahawa kalau withdraw money lebih dari 5 kali kena RM0.50 sekali keluar. So aku kena behati-hati supaya tak kena charge. So aku kena keluar sebanyak 3 kali. Aku ada 2 kali lagi, kalau tidak terbang RM0.50. Tapi aku tak keluar sekarang takut hilang.
Aku pun pergi makan kat tepi jalan, lepas tu aku pun melangkah ke Masjid India yang telah lama ku tidak mengunjunginya. Last sekali aku pergi sembahyang Jumaat di situ adalah pada 1989. Banyak perubahan di Masjid India, dah bersih, wangi, cat cantik, jubin-jubin menarik menghiasi lantai dan dinding masjid. Khutbah diberi dalam bahasa Urdu, aku tidak memahaminya tetapi aku faham khatib membicarakan tentang Masalah Bidaah dari sebutan yang dilontarkannya. Kiri kanan ku adalah India Muslim, teringat Jejak Rasul 'Berlainan Wajah Satu Aqidah' Habis je sembahyang berpusu-pusu keluar, kurang berasak-asak untuk keluar berbanding dulu kerana pintu utama pun dah besar, ada pintu kedua untuk tujuan keluar.
Aku pun terus melangkah ke Campbell, sampai disitu banyak kedai sukan yang mempamerkan jersey Arsenal dan Liverpool yang akan berentap weekend ini. Rupanya sekarang kedai sukan pun mengikuti perkembangan bola sepak dunia. Berjayalah promosi bolasepak Eropah. Aku pun mula bertanya , original jersey Arsenal RM 79.00 kerana dah sampai yang baru punya design harga RM 289.00, huh mahalnya. Tapi dah habis dijual kerana extremenya peminat bola fanatik. Bukan setakat di Campbell tapi di pertama pun habis. Aku kalau ada pun tak berminat nak menghabiskan duit ku sebanyak RM 289 kerana sehelai jersey. So aku mulalah mencari-cari yang ciplak, akhirnya aku jumpa jersey tu di Pertama Komplek, Harga RM 30.00 je.
Image Hosted by ImageShack.us
Jam dah tunjuk 2.25 ptg. Apalagi aku pun carik teksi untuk balik ke pejabat ku.
Masuk je teksi, pemandu tu kata naik je, RM 3.00 pasal harga minyak dah naik dan bertanya kpdku kalau tak nak naik tak apa dia faham. Aku kata ok je pasal dah tak ada masa.
Dalam perjalanan sehingga sampai ke office , tak habis-habis pemandu teksi tu membelasah kerajaan sebab naik harga minyak. Ini menyebabkan aku ingin menulis dalam blog ku seterusnya 'JIKA AKU PERDANA MENTERI......'Dan diberitahu oleh pemandu teksi tu lagi bahawa minyak akan naik lagi lepas ni. Pening-pening.
Sampai office kul 2.50 ptg
kerja 2.50ptg - 5.30 ptg
ambik anak 5.30 ptg
pergi maybank [ambik duit pakai strategi tadi] dan citibank - [bayar hutang]
makan, sembahyang dan balik - 9.30 mlm
11.00 ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Thursday, May 05, 2005

 

Minyak naik 10 sen - implikasi kat diriku

Implikasi terhadap kereta ku,
based kat manual kereta ku

100km - 7.5 litre fuel comsumption
maka
katakan SU-KL-SU = <> 100 km
dulu
7.5 litre for 100km = 7.5 x RM 1.42 = RM 10.65 per day
sekarang
7.5 litre for 100km = 7.5 x RM 1.42 = RM 11.40 per day
bezanya
RM 11.40 - RM 10.65 = RM 0.75 per day

maka sebulan RM = RM 0.75 x 30 = RM 22.50
+ Tol naik + parking naik <> RM 40 sebulan increase

kat mana boleh buat cost cutting ni, so jawapannya telah dibuat, aku telah
potong movies dan news dan masukkan sports dalam astro ku yang mana telah
kurang <> RM 40....

alhamdullilah keadaan kembali normal

Monday, May 02, 2005

 

Suratkhabar habis cepat hari ini

Rasa macam hari Ahad hari ni, so macam biasa pukul 12.00 tghari tadi aku pun bersiap sedia nak ke kedai dekat dengan rumah ku nak beli suratkhabar. Sampai je di kedai sumua suratkhabar dah habis . Orang semua cuti, hari pekerja semalam. Dua tiga kedai aku pergi, habis licin. Yang ada suratkhabar menceritakan artis-artis, boring betul. So dalam perjalanan pulang, baru aku teringat boleh baca suratkhabar online . Macam mana aku boleh lupa pasal tu, aku rasa sebab cuti selalu aku beli suratkhbar. Lepas baca kat komputer ni still rasa tak sedap, sebab selalu baca kat atas katil, kat depan TV, kat luar rumah sambil menikmati minuman dan merasai angin-angin yang bertiup gembira. Walaubagaimanapun , yang penting info dapat……..yesssezerrrrrrrrrrr.
Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us
Antara info menarik hari ini
1. LHDN hantar anggaran: Taksiran dibuat bagi yang gagal kembalikan Borang BE
2. Korea Utara lancar peluru berpandu ke arah laut Jepun
3. Ratu Dangdut Indonesia, Inul Daratista yang kehebatannya lebih bersandarkan goyangan pinggulnya beraksi di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.
4. Produk Baru: Nokia siri N sedia teknologi hebat
5. Dr Ibrahim Setiusaha Agung Baru FAM

Calo, nak tidur petang bersama anak-anak pulak yang hanya boleh dinikmati waktu cuti jerrrr. hehehehe

 

Jejak kasih dan bertapa keciknya dunia di majlis kahwin sepupuku

Kadang-kadang orang kata dunia tu kecil, memang dunia tu kecil. Lebih-lebih lagi di masa satu-satu majlis perkahwinan. Semalam aku sekeluarga ke Melaka menghadiri perkahwinan sepupuku di Cheng Perdana. Majlis ini wajib aku hadiri kerana sepupuku Amirul Alimin pemegang ijazah Bioteknologi, adalah sepupu sepermainan ku dari kecil lagi. Masih aku ingat kami mandi bersama di Perangin, Sik, pergi Jurong park, Singapore, beliau bergaduh lalu meletakkan kakinya ke dalam kuah sup ayam sebagai tanda protes semasa di kampung dan lain-lain lagi. Kelakar-kelakar….Tapi tu masa kecik. So semalam beliau menghabiskan masa bujangnya dengan mengahwini gadis pilihannya Anis dari Felda Permanis Segamat. Ayahnya Pak Ndak yang kami juga rindui telah kembali ke Rahmatullah disebabkan penyakit kencing manis yang tinggi, bekas seorang askar a.k.a pemandu kereta kebal/tank yang menggunakan tayar rantai, trained with the Australian army then retired and was a estate manager before he passed away.
Perkara yang menarik kali ni ialah banyak pertemuan yang tidak disangka-sangka terjadi seperti kawan lama bertemu kembali, kakak pengantin perempuan ialah kawan tempat belajar dulu, baru tahu roommate wife aku semasa bujang / anak dara dulu adalah juga saudaraku. What a small world. Dan masa ni gak saudara –saudara jauh yang jarang-jarang ku temui berkumpul, berborak dan bersantai.
Aku pernah menghadiri perkahwinan sepupuku juga di Kedah satu masa dulu, Ezalman yang boleh dijadikan satu contoh yang baik. Iaitu selepas makan pengantin, telah diadakan satu majlis penyampaian hadiah kepada semua saudara terdekat seperti ibubapa pengantin, ibu bapa mentua, adik beradik, makbapakbapa saudara, sepupu di kedua-dua pihak. Bagi aku matlamatnya bukan hadiah yang diberi tapi memperkenalkan saudara-mara terdekat tentang pertalian seseorang tu terhadap kedua pengantin kepada para hadirin. Dengan ini para hadirin akan mengetahui hubungan mereka dengan pengantin.
Berbalik kepada perkahwinan Amirul, walaupun tiada majlis sebegitu rupa tapi ada sesi-sesi informal/networking yang dibuat oleh hadirin bagi memperkenalkan diri dan memahamkan bagaimana lingkage/susurgalur antara satu sama lain. Mulalah suara-suara seperti ‘aku ni kahwin denga sepupu dia, sepupu dia ni adik kepada isteri aku punya suami. Puzzle-puzzle keluarga ini yang disempurnakan beramai-beramai. Akhirnya kami tahu hubungan antara satu sama lain. Seronoknya.

What a wonderful small world

To Amirul and Anis, semoga berbahagia di dunia dan di akhirat.

Sunday, May 01, 2005

 

Buku berpesta lagi di PWTC

Image Hosted by ImageShack.usBagaikan sebuah gudang informasi dan ilmu, PWTC sekali lagi di banjiri dengna bermacam-macam jenis buku, [Pesta Buku Antarabangsa, 23 April 2005 - 2 Mei 2005] dari buku pra sekolah, buku kerja latih tubi, buku teks, majalah, magazine, buku-buku jurnal, novel, buku motovasi, landskap, buku-buku yang didatangkan dari luar negara dan lain-lain lagi. Apa yang dilihat sekarang ini, buku yang dihasilkan bukan setakat buku tapi lebih dari itu. Berbagai teknik pemasaran yang dibuat bagi melariskan buku yang dihasilkan. Antara yang menarik perhatian saya :

1. Kebanyakan majalah di masukkan sekali CR-rom aplikasi contohnya majalah photografi, majalah landskap, majalah perhiasan rumah, games computer dan lain-lain. Ini membolehkan para pembaca untuk mencuba applikasi-aplikasi yang telah di ceritakan dalam majalah tersebut.
2. Ada satu gerai tu menjual sticker-sticker/ pelekat bagi tujuan penjilidan buku, dan ada yang digunakan untuk dipakai dirumah. Ini berguna untuk mengetahui lokasi buku atau majalah yang telah dibeli. Jadikan rumah kita satu perpustakaan satu hari nanti.
3. Terdapat juga buku-buku terutamanya buku teknikal telah di masukkan ke dalam CD dan mengikut salah seorang dari promoter buku, companynya sedang memasukkan buku yang dibaca ke dalam MP3. Banyak prosidur2 undang-undang yang perlu dipatuhi. Ia akan memudahkan pembaca-pembaca yang kurang mempunyai masa untuk mendapat faedah dari mendengarnya semasa berada dalam kereta , semasa bersantai di dalam kolam renang ataupun di tepi laut.
4. Ada juga buku-buku luar negara especially yang best seller terutamanya buku-buku motivasi dan buku yang nak jadi kaya telah mula dialih bahasakan ke dalam bahasa melayu. Ini mengingatkankan saya sewaktu belajar dulu, bahawa kalau nak cari buku yang alih bahasa, carilah dirak-rak buku Indonesia, boleh kata semua buku ada. Cuma yang peningnya kebanyakkannya dibuat secara ‘direct translation’ yang membuakan pembaca lagi tidak faham. Harap-harap company Malaysia kalau transalate, biar pembaca faham yer.
5. Seperti kebiasaan, kalau dibawa anak kecik , sering disapa oleh pengedar buku-buku konsep/method/teknik pembelajaran waktu kecil terutamanya English, cara membaca dengan baik dan lain-lain.Cuma sekarang ni kalau diperhatikan betul-betul bagi saya cara yang paling berkesan ialah mengguna audio-visual. Dan kurang teknik-teknik matematik yang diajar, yang mana bagi saya ia adalah asas segala-galanya dalam pembelajaran.
6. Yang paling kreatif dalam mempromosikan jualannya tapi tidak pasti tentang hasil kutipan ialah produk-produk kartunis, selain majalah kartun bulanan yang dihasilkan, sekarang sudah ada CD kartun yang dihasilkan yang dijual dan diletakkan dalam keluaran bulanan, ada souvenir macam baju, cawan, pen dan lain-lain, ada kelab-kelab komuniti, lebih menarik lagi menjual handphone punya MMS, wall paper. Di tepi-tepi gerai pelukis-pelukis karikatur menjalankan tugasnya.
7. Digital portable quran pun ada dijual, very user friendly, practical, search function. Sebenarnya dah baca dalam suratkhabar pasal produk ni. Tapi harga emmmmmm RM 1,000 lebih. Tak dapk den nak menolong.
8. Tedapat juga digital dictionary yang dijual, bukan setakat English melayu, melayu-english, berbagai bahasa pun ada, macam-macam ada. Ia practical for those yang traveling.
9. Ada satu gerai mencari penulis berbakat, ada interview dan berbual-bual. Ingat nak mencuba nasib gak tapi masa mencemburui masa yu. So tak jadi, tak pa next time aku akan cuba apply. Sebab ada yang di offer part time.

Actually saya baru je menonton Anugerah Industri Muzik NTV7 2005 yang juga dilangsungkan di PWTC juga, tengok dalam tv je. Berbagai-bagai anugerah untuk artis, dari vocal terbaik, album, artis harapan dan lain-lain lagi menyebabkan ramai anak muda kita tergila-gilakan untuk jadi artis.

Cuba kita mulakan anugerah-anugerah ini untuk penulis , sebagai cadangan, penulis buku teks terbaik, novel terbaik, kulit majalah terbaik, tatabahasa tulisan terbaik, penulis harapan, penulis versatile, sastera terbaik, pengkritik trbaik dan lain-lain lagi, kemungkinan besar rakyat Malaysia akan minat untuk membaca dan menulis.

[Ingat kawan] - Kepada yang beli buku, jangan lupa simpan resit untuk potongan cukai pada tahun depan.
Gambar yang sempat saya ambil
Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us

This page is powered by Blogger. Isn't yours?