Sunday, June 26, 2005

 

Aku, Sormcching, Thailand dan kerja dari rumah

Minggu lepas aku ke Thai embassy bagi mengesahkan beberapa dokumen translasi. Diringkaskan cerita akhirnya aku diperkenalkan kpd sormcching bagi tujuan tersebut. Dan aku diberikan alamat rumahnya. Aku pun pergi ke rumahnya sebab nak cepat. Masuk je kat rumahnya. Wow macam pejabat kat sudut rumahnya - terdapat komputer, fax machine, scanner dan lain-lain alat komunikasi, macam control centre jer. Kerja nya hanya sebagai seorang translator. Berbagai company dan perseorangan mendapat perkhidmatan translasi dari beliau.
Lepas habis semua kerja, aku diajak berborak. Aku mengucapkan tahniah kepada beliau pasal dapat duit kerja dari rumah tak pening kepala jem, parking. Dengan lepak kat rumah jer dapat duit. Kalau boleh semua orang nak jadi macam dia.
Dia menjawab dengan spontan, memang seronok kerja dari rumah tapi ada disadvantages nye seperti yang aku ingat :
1. Boring sebab dahlah makan dan tidur kat rumah , kerja pun kat rumah
2. Minda tak bergerak sebab dok kat rumah jer, kena keluar ambik angin
3. Kalau kerja kat pejabat, jika tension boleh tinggal kat office, balik rumah hilang tension. Tapi kalau kerja kat rumah tension pun kat rumah. Tak best
4. Tak jumpa orang
5. Rumah jadi tempat business, so it is expose dan tak ada privacy.
6. Customer/client selalu telepon dulu, so tak boleh nak agak macam mana background client, sometimes ada yang menipu.

dan ada beberapa lagi yang aku tak ingat

Walaubagaimana pun susah nak dapat kerja dari rumah ni. Macam mana aku nak kerja dari rumahhhhhh niiiiii ?????

Saturday, June 25, 2005

 

Surat ku kepada Ustaz Nasharuddin yang disiarkan dalam harakahdaily -June 21

Surat terbuka untuk Ustaz Nasharuddin: Buktikan PAS boleh dibuat kawan
Tuesday, June 21 @ 10:53:00 MYT


Oleh BerlingoMerah
Sg Buloh
Jutaan tahniah kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa kerana diberi amanah oleh perwakilan, yang mewakili keseluruhan ahli-ahli PAS, sebagai Timbalan Presiden PAS. Begitu juga dengan barisan kepemimpinan yang diterajui Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang.

Sebagai ahli PAS, saya dengan penuh harapan ingin melihat nilai tambah kepada perjuangan PAS masakini bagi menyambung kepimpinan terdahulu.

Rintis

Bak kata mudah, orang dulu sudah tebas semak-samun, sudah jatuh paya, sudah terpijak duri membersihkan tapak. Sekarang giliran pimpinan baru membuat bangunan yang kukuh di atas tapak tersebut demi memastikan Hadharah Islamiyah dapat disempurnakan di atas muka bumi.

Justeru, saya ingin memberi pendapat kepada Ustaz bagi meneruskan harapan rakyat Malaysia:

1. Ustaz perlu boleh dihubungi dengan cara mudah oleh semua pihak, tidak kira ahli, bukan ahli, pihak media, pihak kerajaan dan lain-lain badan berkaitan. Setakat ini alat komunikasi yang paling mudah ialah email dan telefon, telefon bimbit.

a. Email: Ustaz boleh menyebarkan alamat email kepada semua pihak. Dengan adanya email, ustaz boleh menjawab semua email yang dihantar, di mana dan pada bila-bila masa.

b. Telefon (termasuk telefon bimbit): Ustaz boleh menetapkan masa 4-5 hari dalam seminggu yang mana semua pihak boleh menghubungi bagi mendapat jawapan kepada isu-isu tertentu dan persoalan berbangkit. Sebagai contoh, jam 3-4 petang setiap hari untuk menjawab semua pertanyaan yang ingin diajukan dan ia boleh dibuat dari mana-mana tempat, dengan los yang minima. Ustaz juga boleh mengguna perisian percuma seperti skype, yahoo messenger bagi tujuan perhubungan.

Visi dan misi

2. Pemahaman yang jelas tentang visi dan misi perjuangan PAS. Ia perlu disampaikan kepada semua pihak dan dapat diterangkan dalam bahasa yang mudah tapi mendalam. Ini kerana visi dan misi PAS tidak akan berubah dari zaman ke zaman. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti:

a. Mengadakan minggu orientasi kepada ahli-ahli baru;

b. Membangunkan VCD yang dibuat khas bagi tujuan pemahaman semua pihak. VCD tersebut bolehlah diedarkan secara percuma;

c. Menerbitkan buku-buku sebagai rujukan.

Plan bertindak

3. Plan bertindak yang mantap hendaklah diadakan dan disampaikan kepada semua perhubungan negeri dengan segera. Strategi dan plan boleh juga dibuat oleh semua perhubungan negeri kerana setiap negeri mempunyai senario politik yang berbeza.

Dengan adanya strategi dan plan bertindak maka objektif dapat dicapai mengikut apa yang dirancang dan pada masa yang sama ahli tahu bahawa perhubungan negeri 'buat kerja' dan bukannya hanya 'goyang kaki' sahaja.

Dan jangan lupa bahawa strategi dan plan bertindak juga perlu ada kayu ukurnya bagi mengetahui prestasinya.

Sebagai contoh: Negeri Selangor perlu mencapai ahli yang berdaftar seramai 250,000 orang pada tahun 2008. Prestasi akan diukur pada tahun 2008 kelak. Dengan itu usaha-usaha pembetulan dan penambahbaikan boleh diadakan.

Bukan Islam

4. Pendekatan kepada golongan bukan Islam seperti disebut Ustaz dalam wawancara baru-baru ini amat menarik. Jika ada persefahaman yang hendak dibuat, ia perlulah dibuat dengan jelas dan transparen.

Dalam apa-apa sahaja perbincangan kita dengan non-Muslim, kita perlu menampakkan yang Islam itu penyelamat kepada semua permasalahan yang ada di atas muka bumi ini. Harus disertakan alasan dan hujah yang kuat untuk mendapat keyakinan mereka.

Sekaligus menempelak kata-kata seperti "New leader singing with old song". Saya yakin dalam kebanyakan hati orang-orang non-Muslim berkata Islam itu betul tapi secara lahiriahnya mereka tidak mahu mengakuinya kerana di Malaysia ini agama lebih kepada keturunan yang diwaris.

Tambah ahli

5. Kempen menambah ahli perlu dibuat sekarang secara lebih aggresif. Kumpulan sasaran ialah mereka yang berhak mengundi pada pilihanraya akan datang. Gerakan ini perlu dibuat secara lebih menarik dan kreatif. Pendaftaran mungkin boleh dibuat dengan berbagai cara seperti melalui mengisi borang, sms, internet dan lain-lain.

Kembangkan webtv

6. Tahniah kepada pihak yang mengendalikan webtv semasa berlangsungnya muktamar baru-baru ini. Konsep webtv ini perlu di perhebatkan lagi penggunaannya. Ini kerana ia hanya dapat dimanafaatkan oleh mereka yang ada internet sahaja. Kalau berkemampuan, perpanjangkan di pusat komuniti yang ada.

Bukan semua penyokong mempunyai internet di rumah, oleh yang demikian satu aktiviti yang boleh dibuat ialah memancarkan webtv secara langsung di sesuatu tempat misalnya dewan dan markas jika ada ceramah yang sedang diadakan. Ini bermakna jika ada majlis ceramah di Kelantan, rakyat yang berada di Sabah juga dapat bersama dalam mendengar ceramah tersebut. Tidak keterlaluan jika unit IT PAS berjinak-jinak dengan penggunaan 3G dalam penggunaan telefon tangan.

Ingat pesan Ustaz Fadzil

7. Saranan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor tentang konsep "memasyarakatkan PAS" perlu terus diperkasakan. Salah satu cara kita boleh dekati rakyat ialah mewujudkan pusat pengaduan awam. Pusat-pusat seperti ini akan menjadikan PAS dirasai kehadirannya dalam masyarakat kerana membawa banyak manfaat kepada rakyat.

Bantuan akan diberikan kepada semua masyarakat Malaysia, tidak mengira agama dan bangsa. Kerjasama perlu juga diadakan dengan NGO-NGO yang berkaitan seperti persatuan peguam, persatuan pembeli rumah, persatuan pengguna dan lain-lain lagi. Dengan adanya pusat seperti ini PAS akan dilihat sebagai ‘society-care’ yang berperanan besar dalam masyarakat.

Keutamaan lujnah tarbiyyah, penerangan

8. Di masa ini lujnah yang perlu diberi perhatian ialah Lujnah Tarbiyyah dan Lujnah Penerangan. Modul-modul standard perlu dibuat dan diadakan untuk semua. Ini memudahkan penyampaian ilmu dan maklumat ke semua ahli sehingga ke peringkat akar umbi.

a. Lujnah Tarbiyah: Membanyakkan aktiviti-aktiviti tarbiyyah di kalangan ahli dan bukan ahli yang berminat. Suatu nilai atau kualiti Muslim perlu dibangunkan dan dihayati oleh semua ahli-ahli PAS. Ia amat penting bagi menegakkan negara Islam dalam diri sendiri sebelum sama-sama menegakkan negara Islam secara kolektif.

b. Lujnah Penerangan: Memperbanyakkan ‘road show’ di dalam dan di luar negara. Menggunakan internet sebagai menyebarkan maklumat seperti menyebarkan kenyataan rasmi terus ke e-group yang sedia ada dan semua kumpulan sasaran.

Harakah perlu diber nilai tambah dengan lebih menampakkan interaktif. Interaktif di sini bermaksud berinteraksi berbagai-bagai hala. Sebagai contoh meletakkan email penulis dan editor supaya pembaca boleh berinteraksi dengan penulis, di samping pembaca dapat berinteraksi sesama pembaca.

Pengurus PAS

9. Penyusunan semula pengurusan PAS adalah keperluan yang amat kritikal ketika ini. Tawarkan jawatan pengurus dalam satu-satu kawasan. Fenomena yang sering kita nampak, ada banyak ahli profesional yang ingin membantu PAS tapi tidak mahu diri mereka dikenali umum. Pengurusan profesional yang seperti ini perlu diambil kira.

Pengurusan PAS juga perlu nampak organisasi berasaskan ilmu dan tindakan. Dulu PAS ada "Kabinet Bayangan" yang dapat memberi tekanan kepada kementerian dalam kerajaan. Aktifkan kembali. Perkara ini diamalkan oleh parti-parti politik di UK. Ini membolehka setiap individu pemimpin menumpu kepada kementerian yang diamanahkan kepadanya serta sentiasa bersedia memberikan respon mengenai sebarang isu berkaitan kementerian tersebut. Jadi ia dapat mengatasi masalah pemimpin PAS terlewat atau langsung tidak membuat kenyataan berhubung isu-isu penting terutamanya melibatkan kepentingan umum.

PAS boleh dibuat kawan

10. "Smart partnership" perlu ada dalam perancangan PAS dalam apa jua bentuk kerjasama dengan semua pihak. Ini termasuklah dengan pihak non-Muslim, parti pembangkang yang lain, NGO, pihak polis, rumah anak-anak yatim, universiti, kumpulan ibu tunggal, persatuan kebajikan taman perumahan, jawatankuasa surau dan masjid, malah dengan pihak kerajaan sendiri.

Ini akan memberi impak bahawa PAS 'boleh dibuat kawan'. Bak kata orang dulu-dulu: "Kawan yang sebenar ialah kawan semasa kita susah."

Mantapkan dana

11. Akhir sekali, perancangan kewangan yang mantap dalam pengurusan. Kohilal perlu dibangkitkan semula. Tetapi sebelum Kohilal ini diberi nafas segar, saya berharap kepimpinan baru dapat membantu menyelesaikan kemelut yang melanda Kohilal.

Saya rasa ramai ahli-ahli PAS yang menjadi ahli Kohilal merasa kecewa dengan apa yang berlaku (tak perlu saya bercerita panjang di sini, takut nanti jadi macam beruang menampat lalat di pipi tuannya).

Apa jadi Kohilal

Perlu disedari bahawa majoriti ahli-ahli Kohilal adalah golongan susah, jadi belalah mereka ini. (Buktikan PAS membela golongan tertindas di kalangan ahli-ahlinya sendiri, sebelum diberi kepercayaan yang lebih besar oleh rakyat), sekurang-kurangnya pengurusan Kohilal maklum apa masalah yang mereka hadapi, jangan menyepi diri begitu saja.

Hentikan eksploitasi keikhlasan ahli-ahli

Saya juga berharap pimpinan PAS dapat memantau aktiviti gologan tertentu yang mengambil kesempatan mengeksploitasi nama PAS untuk menarik perhatian ahli-ahlinya menyertai sesuatu program ekonomi, atas alasan untuk mengumpul dana parti, sedangkan keuntungan diraih oleh individu atau kumpulan tertentu saja.

Kadang-kadang mereka menggunakan pengaruh pimpinan tertinggi parti untuk meraih sokongan ahli-ahli yang kebanyakannya ikhlas mahu membantu PAS. Akhirnya duit hilang entah ke mana, pelaburan lesap, ahli-ahli PAS juga merana, sedangkan individu tadi senang lenang. Kepada mereka yang terlibat, jangan ingat kamu terlepas, di akhirat kelak tetap akan dibicarakan!

Kuasa koperasi memang kuat dalam penjanaan dana serta kelebihan yang dapat diberikan kepada ahli-ahli seperti membuat pinjaman, pembelian barangan dengan harga yang murah dan lain-lain kemudahan lagi.

Tubuhkan Pusat Perubatan Kohilal di seluruh negara

Saya mencadangkan agar PAS memantapkan institusi perniagaan yang berpotensi untuk menjana kewangan dan juga membolehkan PAS membantu kebajikan ahli-ahli dan rakyat amnya, seperti Pusat Perubatan Kohilal(PPK), Pusat Bersalin Muslimah, Intis (pendidikan).

PAS mempunyai ramai tokoh perniagaan yang boleh diamanahkan, kalau mampu wujudkan rangkaian PPK di seluruh negara. Kemantapan institusi yang dinyatakan di atas, insya-Allah dapat membantu merealisasikan garis paduan keempat dalam ucapan dasar iaitu mengupayakan sistem perolehan dana dengan melihat seluruh ruang dan peluang termasuk terus menyemarakkan derma jihad di samping meneroka ruang penglibatan yang lebih luas dalam sektor ekonomi dalam kelompok jamaah dan di luar kelompok jamaah.

Semua di atas hanya cadangan semata-mata, ada yang praktikal dan mungkin ada yang tidak. Ia terpulang kepada Ustaz dan kepimpinan yang lain. Dan sekali lagi adalah menjadi satu harapan agar perlantikan Ustaz akan memberi penambahbaikan kepada perjuangan.

Akhir kata bangunan yang akan dibina kelak perlu mempunyai asas yang kukuh sekukuhnya. Kita perlu berjanji bahawa bangunan ini tidak mungkin runtuh dan dimusnahkan lagi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di atas mukabumi Allah ini. - um

Monday, June 20, 2005

 

Sg Buloh ke KLIA dengan tambang yang paling murah

Minggu lepas kawan saya ada cakap pasal tambang-tambang erl, lrt, komuter dan star. Dia kata ada macam tak kena je bila dia dok tengok brochure-brochure tambang. So hari ni tadi aku cuti, dan aku mula tengok tambang-tambang keretapi-keretaapi yang berlegar di Kuala Lumpur ni dalam website. Tengok punya tengok baru dapat jawapn nya :

Kos Murah

Sg Buloh – Bandar Tasik Selatan – RM 3.00
Bandar Tasik Selatan – Putra Jaya – RM 5.30
PutraJaya – KLIA – RM 6.20

Kos keseluruhan RM 14.50

Kebiasaan kalau saya naik komuter ke KLIA

Sg Buloh – KL sentral – RM 2.10
KL Sentral – KLIA – RM 35.00

Kos Keseluruhan – RM 37.10

Perbezaan RM 22.60.

Saya tak tahu betul ke idak ni, sebab hanya refer kat internet. Tak pernah cuba, sapa-sapa boleh confirm ?

website rujukan :
http://www.kliaekspres.com/web%2005%20a/transit/transit-fare.gif

dan


http://www.ktmb.com.my/fareadult.pdf

Friday, June 10, 2005

 

Cara sihat bercuti hujung minggu – di petik dari MediExpress Buletin

1. Shopping makanan berkhasiat untuk disimpan untuk dimasak pada minggu hadapannya. Ini bagus supaya tak membazir, kalau kita beli banyak pun takut expired jer
2. Pastikan berpeluh – jogging, games, naik basikal – still looking for it
3. Jumpa kawan dan gelak kuat-kuat – alumni gathering, neigbourhood chat, jumpa kawan –kawan lama etc
4. Beribadah dengan keadaan yang paling tenang sebab masa ni lah tak ada apa yang nak dikejar. Masa ni lah nak gi surau dan berwirid lama-lama sikit serta bangun malam sembahyang- aku masih susah untuk bangun malam, baca Al-Quran, doa-doakan aku berjaya menghadapinya satu hari nanti
5. Perbetulkan masa tidur – sleep well – tidur cepat dan bangun cepat, tu yang aku tak faham, kalau masa kerja susah sangat nak bangun cepat, tapi masa cuti pukul 5 pun dah boleh bangun
6. Belajar bende yang baru – apa2 saja yang boleh dibelajar especially Do IT Your Self things – yang ni wife aku suka
7. Bermain dengan binatang kesayangan – kepada mereka yang ada binatang kesayangan ie kucing, ikan, burung, tapi aku tak ada, kadangkala aku bermain dengan tanaman di sekeliling rumahku
8. Kunjungi bengkel kesihatan – aku rasa tak perlu kot, tak pernah pergi ke this kind of workshop so far
9. Rehat and relax – tengok TV,
10. Belanja diri sendiri –makan, beli baju, tengok DVD secara aman
8 Jun 2005

 

Handover job online

Aku sekarang berada di company baru, dan aku sering di hubungi oleh staff yang menggantiku ditempat lama. Pada minggu pertama aku mengunjunginya bagi menurunkan ilmu-ilmu system yang ada. Tapi sekarang ni pun aku dah mula mendapat tugas baru ku, maka payahlah untuk aku ke tempat kerja lama ku. So apa yang aku buat ialah menurunkan ilmu online menggunakan phone. Tapi apa yang aku belajar, bukan senang untyk menerangkan sesuatu bende melalui telefon. Tapi skill ini dipunyai oleh customer care yang ada kebiasaan kpd syarikat perkhidmatan, bagi aku apa yang penting jika ingin menerangkan sesuatu melalui phone

1. Sebelum terang teknikal, kena terang konsep dulu
2. Kena bagi contoh secara matematik, baru orang senang faham
3. Kena paham apa yang nak diterangkan
4. Boleh visualized dengan baik
5. Boleh menjawab sesuatu soalan dengan cara mudah difahami
6. Boleh anticipate soalan yang seterusnya
7. Kalau berhubung dengan system, kena faham dengan error yang diberitahu dan tahu sebabnya
8. Tidak gopoh gapah
9. Rileks
10. Manual yang ada perlu dikemaskinikan
11. Membuat ‘flow chart’ yang senang difahami
8 June 2005

 

Mesin bayaran parking yang berkata-kata

Aku park kereta aku kat bawah KLCC, selalu bayar parking kat pejabatnya. Semalam aku diberitahu tak payah bayar kat pejabat dah dan boleh buat bayaran kat mesinnya 24 jam. So aku pun pergi ke mesin yang di beritahu tu, bila nak bayar je , out of service pulak. Tiba-tiba aku tengok macam ada button intercom, apalagi aku pun tekan, tiba-tiba keluar suara. Wow hebat sekarang , ni interaktif betul mesin pembayaran. Walau apa pun, tahniah kepada pihak pengurusan kerana iniaistif ini.
6 Jun 2005

 

Post mortem menyewa bas ke Majlis perkahwinan Pak Long ku di Perlis

1.Mengurangkan kos perjalanan
2.Berhimpun dan berbincang hal-hal kekeluargaan semasa perjalanan
3.Menjimatkan masa
4.Tak penat kepada pemandu
5.Boleh tidur dengan nyenyak
6.Menikmati permandangan luar dengan aman dan sentosa.

6 Jun 2005

 

Bapa mentuaku petani moden @ biotecnologist

Masa balik kampung kali ini kami berpeluang untuk melihat penuaian padi mengguna mesin padi yang beredekatan dengan rumah mentua ku. Anak-anak aku mendefinasikan mesin tersebut sebagai ‘BIG CAR’
Ramai penduduk sekitar yang datang memerhatikannya kerana itulah hasil titik peluh semua bagi tujuan pendapatan mereka. Yang menarik perhatianku ialah kali ini berhubung dengan kerja sawah bapa mentuaku ialah peningkatan hasil luar musim* sebanyak 13% berbanding tahun lepas yang membawa lebihan pendapatan RM 300- RM 350. Pada kebiasaan jika penanaman padi yang dilakukan di luar musim hasil padi berkurangan di dalam musim**. Semua ini terjadi kerana bapa ku mula berjinak-jinak sebagai petani moden. Apa yang yang aku perhatikan ialah permulaan kaedah BIOTEKNOLOGI yang digunakan oleh bapa mentuaku.
Bapa mentuaku mula berbicara tentang baja makanan tambahan yang mana kombinasi bahan oraganik dan bukan organik pelbagai guna, aloe vera, asid amino, asid humic dan bermacam lagi. Ia bermula dari Pak Deris yang berkunjung ke rumah bapa mentuaku menerangkan pembajaan baru bagi tanaman-tanaman pada masa sekarang dan akan datang.
Konsep baru penanaman tumbuhan selain penting dibahagian akar dan cukup air dan matahari, sekarang ni menitik beratkan makanan tambahan bagi buah, daun dan bunga. Maka makanan tambahan diserakkan kan juga ke arah batang pokok, daun pokok dan juga buah pokok. Ia macam kita gak selain makan makanan berkhasiat, untuk menyihatkan kult kita menyapukan krimkrim nagi penjagaan kulit, untuk rambut yang elok kita spray dengan ubat-ubat tambahan, tak kerterlaluan jika bagi perempuan untuk membesarkan buah dada mereka menyuntik hormon-hormon buah-buahan mereka.
Begitu juga dengan tanaman
Formula bagi baja tersebut ialah

N : P2O2 : K2O + TE

Caranya mudah menyemburkan makanan tambahan sebanyak 4 kali dalam semusim secara berkala.
Ia berguna untuk semua tanaman mngikut komposisi yang diperlukan.

Bapa mentuaku cuba berkongsi ilmu ni dengan kawan-kawan taninya tapi kurang berjaya kerana :

a. Baja tersebut sedikit mahal – lebih kurang RM 155 semusim
b. Tak confident sebab tak ada yang buat lagi
c. Ada baj subsidi, so tak payah fikir panjang
d. Tak nak mencuba teknik baru – takut risiko rugi
e. Ada baja-baja lain dalam pasaran yang dikatakan lebih elok, tapi baja-baja ini bukannya berkonsepkan makanan tambahan.

Walau apa pun kejayaannya dalam musim penuaian kali ini akan menjadi titik tolak bagi kejayaan yang besar pada masa yang akan datang.
Image Hosted by ImageShack.us
*luar musim – musim penanaman padi di luar musim yang sebenar – diantara Januari sehingga June

** dalam musim – musim penanaman padi di dalam masa yang sebenar – diantara Jun hingga December –

Hasil di dalam musim pada kebiasaan adalah lebih banyak dari dalam musim

5 Jun 2005

 

Terima kasih kepada mak ayah aku di PJ

Jutaan terima kasih kat mak ayahku kerana menjaga anak-anak aku pada kerana anak aku yang sulong cuti sekolah bagi penggal pertama persekolahan tadika tahfiznya. Lebih-lebih lagi perangai anak-anak aku yang suka menyepahkan semua barangan yang ada. Apa sahaja yang disepahkannya seperti barang mainan, peralatan masakan mak aku, buku-buku, surat khabar dan yang paling ekstrem sekali ialah menaburkan bedak di atas carpet dalam bilik tidur pada hari terakhir di rumah mak aku. Dengan kesabaran yang ada dicampurkan dengan keadaan ayah aku yang kurang sihat, aku doakan agar semoga budi mak ayah aku dibalas dengan Syurga yang paling tinggi dan yang terbaik. Amin. InsyaAllah
3 Jun 2005

This page is powered by Blogger. Isn't yours?