Wednesday, May 02, 2007

 

Cadangan untuk pembasmian pengundi hantu


1. Pihak bukan pencadang perlu ada SB yang menyusup masuk dalam kem pencadang, dan mengetahui gerak geri mereka dengan pengundi hantu. Bukan hanya dengan khabar-khabar angin sahaja.
2. Pihak bukan pencadang perlu mengenali setiap pengundi dalam kawasan undi tak kira BN dan BA. Yang selebihnya kena tengok betul-betul masa mengundi.
3. SPR kena keluarkan nama pengundi dan tampal di sekeliling kawasan yang nak mengundi, supaya semua orang boleh tahu.
4. Pihak bukan pencadang kena lebih berhati-hati masa nak jadi 'ghostbuster' sebab hantu dah tak naik bas dah.
5. Pihak bukan pencadang kena buat satu kaunter dan memberi tawaran duit yang lumayan kepada sesiapa yang ada maklumat tentang pengundi hantu serta bukti kukuh. Tawaran ini juga diberi kepada kakitangan SPR dan BN
6. Wujudkan sistem semacam SISMEP 12 yang dibangunkan oleh PKR yang berupaya menganalisa keputusan pilihanraya.
7. SPR perlu wujudkan satu saluran pengundi yang mengundi di kawasan tersebut tapi tinggal di tempat lain. So kita boleh tengok muka-muka yang dikatakan pengundi hantu.
8. Kena ada satu jawantankuasa khas/ jawatankuasa audit yang dianggotai oleh kesemua parti termasuklah third party macam 'public audit committe/pac'untuk meluluskan daftar pengundi yang terakhir sebelum hari mengundi.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?