Saturday, December 30, 2006

 

Salam dari Kami


Monday, December 25, 2006

 

Akhirnya pokok anggur Isteriku berbuah juga

Masa mula-mula aku pindah ke Saujana Utama, aku memang start berjinak-jinak dengan berkebun dan bercucuk tanam, memang seronok aktiviti ini sehinggakan setiap weekend aku dan isteriku akan berpeluh-peluh mengerjakan tanah di tepi rumah ku. Bagi menyemarakkan aktiviti kami, kami pun join egroup tanaman-tanaman – tamanflora, gathering-gathering pencinta-pencinta pokok, exhibition dan lain-lain lagi

Satu cabaran yang paling menarik sepanjang kami berjinak-jinak dengan tanam-tanaman ini ialah perlumbaan penanaman pokok anggur di rumah, sehingga pihak penganjur mendapatkan khidmat nasihat Dr Anggur Malaysia, dan aku masih ingat lagi dia berkata terdapat18 species anggur yang dapat ditanam di Malaysia. Kami pun berminat untuk mencuba, tapi apakan daya, kami seumpama kalah dalam perjuangan, bila mengetahui pokok anggur kekawan yang lain berjaya mengeluarkan bawah.

Kami pasrah dan aku mengandaikan pokok anggur kami mandul, hehehe

Tiba-tiba lebih dua tahun kemudian ……………………….




 

Segamat dalam kenangan




Aku pernah bertugas di Segamat pada tahun akhir 1997 sehingga tahun 2000, gambar-gambar ini memang nostalgia bagi ku kerana di bandar ini lah aku menghabiskan masa bujangku sebelum aku berkahwin. Dan semasa aku di sana tidak pernah aku experience banjir seteruk ini, ku doakan agar sahabat-sahabat aku di sana selamat dengan sejahteranya.

Cuma aku nak komen sikit pasal banjir ini, ada seorang kawan kata kat aku yang banjir ini hasil dari perubahan cuaca dan keadaan geografi. Memang aku percaya semuanya ada perubahan tapi persoalanku perubahan ini oleh siapa ? Dah tentu oleh Allah SWT.

Aku percaya ia bukan satu kebetulan, ia merupakan satu petunjuk.
Bila aku kata Hujan ni, Banjir ni pun makhluk Allah, mungkin dia beredar dari kawasan-kawasan yang mempunyai caj-caj positif yang mana manusia yang sering berzikir, bertakbir, ingin melaksana hukum Islam di atas mukabumi Allah kepada kawasan-kawasan yang penuh dengan caj-caj positif. Dia hanya mampu buat muka mencemuh. Nak kena penampar agaknya kot.

Sunday, December 17, 2006

 

Sementara Hujan

Masa hujan kat KL Bird Park ni, kami berlindung di Nursery burung dan ayam kat situ, apalagi anak-anak ayam ni jadi mangsa anak aku leee....untuk dipegang-pegang, ya lah sekarang ni mana ada bela ayam kat rumah. Disebabkan tol naik, ni mungkin kena buat reban ayam untuk cover cost kot . Hah



 

KL Bird Park

Weekend lepas jugak bawak bebudak ni pergi KL Bird Park, ni second time pergi. Tok Wan pun ikut. Aku macam biasa ingin mencuba mengambil gambar-gambar burung, lepas tu boleh buat cerita masuk hutan lah konon, hehehehe.
Baru jer masuk kat KL Bird Park tu, hari mulai mendung dengan tiba-tiba Hujan lebat, nak buat macam mana tak ada rezeki...so kami lepak lah kat tepi




 

Sepetang di Sunway Piramid

Last weekend bawak anak aku jalan-jalan kat Sunway Piramid.
Tengok bebudak main ice skating

Mencuba OSIM naik kuda, macam masa advertise masa world cup dulu - bagus juga bende ni untuk kurus badan tapi harga RM 2000 +

Tengok wayang Happy Feet tapi ambik gambar dengan cicak man

Saturday, December 16, 2006

 

PC Fair 2006

PC Fair tahun ini

Sunday, December 03, 2006

 

Aku dan Komuter



Takku sangka yang aku akan naik komuter ke tempat kerja seperti yang aku angan-angan satu ketika dulu. Ini kerana aku dah tukar lokasi tempat kerja ku.

Advantage aku naik komuter ni

1.Kos transporatation aku semakin berkurangan sebab penggunaan minyak yang kurang, tak payah bayar tol dan tak payah bayar parking.
2.Tak penat, sebab bawak kereta ni sebenarnya penat gila dan stress - kadangkala aku dapat tidur jap dalam komuter.
3. Exercise kaki ku,oleh kerana aku naik tren so kena banyak jalan, so bersenamlah jugak aku ni,

Disadvantage

1.Komuter ni kadangkala ada problem, dalam masa 5 hari aku try last week, 2 hari spoilt
2.Kadangkala - Sesak giler - terpaksa berhimpit-himpitan
3. Pick pocket yang kena diawasi

Anyway tips untuk dapat kerusi dalam komuter daripada analisa yang dibuat :

1, Naik gerabak yang hujung samaada paling depan atau paling belakang - ini sebab daripada pemerhatian aku, ramai pengguna komuter yang bila menunggu komuter suka tunggu kat tengah daripada kat gerabak hujung, aku pun tak faham kenapa > mungkin selasa dok kat gerabak tengah

2. Bila masuk jer terus pergi kat ruang tengah jangan dok kat tepi pintu, sebab kalau berdiri kat tengah atau diantara seat kiri dan kanan, kemungkinan besar salah seorang akan bangun di stesen yang seterusnya. So apalagi terus duduk ler

PESANAN : Jika ada nampak orang tua, mengandung, disable - bagi tempat duduk jangan buat tak reti aje

This page is powered by Blogger. Isn't yours?