Monday, December 25, 2006
Segamat dalam kenangan
Aku pernah bertugas di Segamat pada tahun akhir 1997 sehingga tahun 2000, gambar-gambar ini memang nostalgia bagi ku kerana di bandar ini lah aku menghabiskan masa bujangku sebelum aku berkahwin. Dan semasa aku di sana tidak pernah aku experience banjir seteruk ini, ku doakan agar sahabat-sahabat aku di sana selamat dengan sejahteranya.
Cuma aku nak komen sikit pasal banjir ini, ada seorang kawan kata kat aku yang banjir ini hasil dari perubahan cuaca dan keadaan geografi. Memang aku percaya semuanya ada perubahan tapi persoalanku perubahan ini oleh siapa ? Dah tentu oleh Allah SWT.
Aku percaya ia bukan satu kebetulan, ia merupakan satu petunjuk.
Bila aku kata Hujan ni, Banjir ni pun makhluk Allah, mungkin dia beredar dari kawasan-kawasan yang mempunyai caj-caj positif yang mana manusia yang sering berzikir, bertakbir, ingin melaksana hukum Islam di atas mukabumi Allah kepada kawasan-kawasan yang penuh dengan caj-caj positif. Dia hanya mampu buat muka mencemuh. Nak kena penampar agaknya kot.