Sunday, August 27, 2006
Penat dan insaf
Penat dan insaf minggu ni....At last besok kerja kembali, hari khamis yang lepas aku dan sekeluarga ke Melaka, ofis buat mesyuarat kat sana, maklumlah cuti sekolah - mesyuarat dan cuti-cuti malaysia ler. Anyway kami dok kat hotel dan dekat bukit rambai, aku rasa nilah kampung LanRambai. Sebenarnya arwah mak aku orang melaka - bukit baru, so aku tak lah kekok sangat melaka ni. Anyway kali ini aku bawak anak aku lihat kesan sejarah kat melaka ni sempena hari kemerdekaan yang akan datang, rupanya banyak muzuim kat melaka ni, banyak yang aku tak pergi lagi, dan aku syor/recomend kat pembaca blog aku ni bawa bercuti anak-anak kat melaka kerana banyak kesan-kesan sejarah yang ada - aku akan tulis dalam tulisan yang akan datang. Tapi walaubagaimanapun anak-anak aku nampak boring giler kalau pergi muzium, walaupun aku cuba menarik minat mereka, tapi gagal. Yang mereka ingat swimming pool dan taman permainan. Aku cuba gak carik-carik kertas-kertas cadangan muzium-muzium kat melaka sebab aku nak cadangkan supaya Muzium ni banyak kan aktiviti-aktiviti untuk budak-budak ie lukis bendera malaysia, tanyangan kartun sejarah ker, playground berbentuk sejarah dalam muzium ker dll sebab boleh aku baca satu persatu tulisan/penerangan yang ada pada setiap pameran yang dipamirkan kat muzium-muzium ni.
Penat - sebab penat jalan kaki dan drive dan meeting
insaf - sebab melihat perjuangan orang dahulu dari Sultan Muzafar Syah hingga ke Tunku Abdul Rahman
so pagi tadi aku pasanglah bendera kat rumah aku bagi meraikan hari kemerdekaan yang ke 49.
bendera tahun lepas yang lusoh
bendera kecik di keliling pagar rumah
megah berkibaran (aku dok cari bendera palestin nak letak kat sebelah, tapi tak jumpa-jumpa)
Penat - sebab penat jalan kaki dan drive dan meeting
insaf - sebab melihat perjuangan orang dahulu dari Sultan Muzafar Syah hingga ke Tunku Abdul Rahman
so pagi tadi aku pasanglah bendera kat rumah aku bagi meraikan hari kemerdekaan yang ke 49.
bendera tahun lepas yang lusoh
bendera kecik di keliling pagar rumah
megah berkibaran (aku dok cari bendera palestin nak letak kat sebelah, tapi tak jumpa-jumpa)
Comments:
<< Home
Without fail, every year I'd put up a flag in the compound of my house . This year I am among the first persons to have the great display of Jalur Gemilang up in the area, as early as the beginning of August.
Post a Comment
<< Home