Saturday, August 05, 2006

 

Surah Al-Mulk : Ihsan dari Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Tahniah dan Alhamdullilah diucapkan kepada PPZ kerana menerbitan "Tafsir al-Mulk : Terjemahan dan Huraian" - Penyusunan - Muhammad Ramzi Omar dan penyunting - Us Ahmad Shukri Yusoff. Kitab kecil ini diberikan kepada semua pembayar-pembayar kepada zakat.

Secara ringkasnya surah Al-Mulk mengandungi 30 ayat. Ia termasuk dalam surah Makkiyah yang berperanan menerangkan tentang akidah. Surah ini memfokuskan 3 perkara iaitu
1. kebesaran dan kekuasaan Allah untuk menghidup dan mematikan,
2. menegakkan dalil dan hujah tentang keesaan Allah tuhan semesta alam,
3. Menerangkan tentang akibat yang bakal melanda terhadap mereka yang mengingkari tentang hari kebangkitan.

Dalam huraian Surah ini, aku tertarik tulisan di muka surat 54 yang bertajuk "Kebangkitan semula sejajar dengan logik."

Dalam erti kata lain- kepada mereka yang tak percaya dengan Alam Barzakh, alam akhirat, cuba kita fikirkan bagaimana kita terjadi sebelum Alam Dunia, fikirkan bagaimana ruh kita ditiup/dimasukkan ke dalam jasad kita semasa dalam perut ibu lagi. Perkara ini Dr ataupun Professor juga tidak boleh menerangkan atau membuktikannya. Semua ini adalah kekuasaan Allah untuk kita berfikir. Maka jika percaya atas kejadian manusia dari air mani sehingga ditiupkan ruh, maka pemergian kita dari alam dunia ke alam barzakh adalah benar.

ada juga yang bertanya, kalau dah mati, tulang hancur macam mana kita boleh hidup semula?
Ini diterangkan dalam ayat surah Yassin ayat 80

Sesuatu boleh terjadi dengan sumber yang berlawanan dengannya. Api boleh terbit dari pokok yang hijau akibat pergesaran khusus, padahal api bukan berasal dari pokok. Begitu juga tulang yang reput bukan menjadi jawapan kepada kehidupan yang akan datang

Image Hosted by ImageShack.us

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?