Tuesday, August 08, 2006

 

Pencarum rugi RM600j -- Melibatkan 80 peratus pelabur KWSP dalam unit amanah

Image Hosted by ImageShack.us

Aku nyaris-nyaris keluarkan duit KWSP aku untuk invest dalam unit trust ni tapi nampaknya unit trust ni memang TAK BOLEH TRUST lagi


Pencarum rugi RM600j -- Melibatkan 80 peratus pelabur KWSP dalam unit amanah
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD


KUALA LUMPUR 5 Ogos – Kira-kira RM600 juta wang milik pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dilaburkan ke dalam unit amanah (unit trust) mengalami kerugian.

Mingguan Malaysia difahamkan menerusi satu sumber kesatuan sekerja, kerugian itu melibatkan kira-kira 80 peratus pencarum yang membuat pelaburan.

Maklumat yang diperoleh itu menunjukkan berlaku penyusutan daripada jumlah dana yang dikeluarkan oleh pencarum untuk membuat pelaburan tersebut.

Jumlah dana terkumpul yang dikeluarkan para pencarum KWSP sejak skim itu mula diperkenalkan pada 1996 ialah RM9.76 bilion. Bagaimanapun sehingga Disember tahun lalu, angkanya menyusut kepada RM9.15 bilion.

Menurut sumber itu, keadaan itu berlaku berpunca daripada ketidakupayaan institusi pengurusan dana (IPD) membuat pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada pencarum.

Comments:
Aku pun swithched over kepada unit trust gak Berlingo. Entah2 separuh dari kerugian tu hasil dari aku punya akaun...hahahaha
 
hanya orang yg tak paham apa tujuan melabur kat unit trust ni jer yg percaya bulat2 apa yg paper melayu ni cakap. cayalah sama berlingo... sudah pandai gantung banner dan sudah percaya paper melayu! Yessss
 
aku lebih percaya....conventional way...ASB or fix deposit (Islamic)....biar keuntungan sikit...tapi tak mungkin rugi..hahhahahahaha......hahahahahahahhaahhahahaa...
 
aku dah 3 kali invest dalam public mutual melalui EPF....ok je... elok kita invest masa saham turun... mana tau esok lusa tulat saham naik.... pakcik kayooo...bukannya rugi pon.. alih2 duit tu masuk ke EPF gak.. jangan percaya sangat kat news paper tu....
 
Cool blog, interesting information... Keep it UP » » »
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?