Tuesday, August 22, 2006

 

Aktiviti keluarga last weekend - origami

Cuti weekend lepas lepas aku berkempatan untuk ke PSS sekolah anakku yang dibuka
pada hari sabtu dan ahad. Yang menarik pada hari tu ada aktiviti origami
membuat kapal terbang. Ia melibatkan kreativiti pelajar dalam memahami cara dan
kaedah lipatan. Tapi bagi aku ialah aktiviti ini lebih bersifat
'engineering' sebab lipatan atau pun membuat kapal terbang ini boleh dilihat hasilnya
samada betul atau tidak dengan cara membalingnya. Jika ianya dibuat
dengan betul maka kapal terbang tersebut akan meluncur dengan cantik dan baik. Ini termasuklah keseimbangan, aerodinamic, kelajuan angin an lain-lain lagi
Nama-nama kapalterbang seperti orient star, strato climber, sky cruiser dan boomerang jet. Tapi yang menarik perhatian saya ialah 'boomerang jet' iaitu pesawat yang boleh berpatah balik jika diluncurkan. Bawa balik nota dan buat kat rumah, pasal malu nak buat kat PSS nanti tak jadi nak buat. So kami adk beradik pun buatlah bersama-sama.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?