Thursday, August 10, 2006

 

Kesatuan globlaslisasi umat islam

Image Hosted by ImageShack.us

Hari ni dan besok aku menghadiri satu kursus tentang FRS - Financial Reporting Standard yang akan mengantikan MASB bagi standard perakaunan yang akan dan sedang dilaksanakan di Malaysia. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang standard perakaunan yang dijalankan di malaysia dengan standard yang diterima pakai oleh satu dunia. Di dalam kursus tersebut, facilatator menyatakan bahawa rasionalnya ianya dilaksanakan sebab kita perlu ada standard antarabangsa bagi menjadi kayu pengukur bagi satu-satu transaksi seperti juga penggunaan USD currency, ISO dan lain-lain. Bak kata Mawi kita ni sekarang dah 'WORLD'

Tiba-tiba terdetik dalam pemikiran aku. Satu kejayaan penjajah dalam konsep 'divide and rule' atau pecah perintah yang dilaksanakan terhadap umat Islam telah membuahkan hasil sekarang ini. Umat Islam mula berpecah dari segi negara dan benua. Dan amat malang sekali perpecahan ini menyebabkan tali persaudaraan orang Islam semakin longgar - tengok sahaja Palestin dan Lubnan yang dibedil bertalu-talu, orang Islam hanya bermesyuarat sahaja. Hari ni dah hari yang 28 Pelestin dan Lubnan di serang. Kalau tengok betul-betul tentera Israel bukan kuat sangat pun. Perang cara pondan, lawan Hizbullah bukannya lawan dengan tentera Lubnan dan dah masuk sebulan masih terkial-kial lagi. Dan ketika ini CNN mula memainkan sentimen Sunni dan Syiah untuk memulakan divide and rule lagi.

Maka untuk mengurangkan kejayaan 'divide and rule', banyak kata-kata yang kedengaran bahawa Umat Islam perlu bersatu. Persoalannya bersatu macam mana.

Berbalik kepada konsep 'standard/piawai' umat Islam kena memikirkan piawaian bagi umat Islam dari semua segi contohnya Fekah, Muamalat, Ketenteraan, Ekonomi. Sebab bila ada standard maka umat Islam akan ada 'SAME UNDERSTANDING' maka umat Islam akan bersatu.
Bila ada kefahaman bersama maka tolak ansur dan kerjasama boleh disemai bagi kebaikan bersama sepertimana berlaku semasa zaman khalifah sehingga ke empayar Turki yang terakhir.

Bak tema jejak rasul : BERLAINAN WAJAH, SATU AKIDAH

PERSOALAN SETERUSNYA SIAPAKAH YANG PATUT MEMIMPIN DALAM MEMBUAT STANDARD-STANDARD INI.?

Comments:
Sekadar pendapat,

i. Kalau islam buatkan satu standard piawai bukankah ini bermakna seolah2 kita mengikut mereka juga. Bukankah kdg2 ketidakseragaman itu ada hikmah disebaliknya.

2. Sudah sedia maklum, dalam islam bukankah kita ada al-quran yg. lengkap dan boleh dijadikan piawaian juga.
(Contoh: Faraid/pembahagian harta pusaka)

3.Piawaian peringkat islam global mungkin lebih cabaran disbbkan spt. hal-ehwal mazhab, ketabsuban asal usul dan sosio-budaya misalnya.

4. Walaubagaimanapun, buat permulaan jika kita disini sudah dapat menyelaraskan bab2 keluarga islam bagi setiap negeri,pembahagian faraid (antara adat dan tradisi) dan keseragaman fatwa misalnya..itu juga adalah satu permulaan yg. baik.
 
This is very interesting site... » » »
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?