Saturday, August 05, 2006

 

Saudi: Minyak bukan senjata elak konflik

Saudi: Minyak bukan senjata elak konflik

RIYADH 3 Ogos – Pengeksport minyak mentah terbesar dunia, Arab Saudi menegaskan, minyak tidak sepatutnya digunakan sebagai senjata kerana ia merupakan punca ekonomi negara-negara Arab.

Ketika ditanya sama ada minyak boleh digunakan sebagai senjata jika konflik Lebanon dan Israel menjadi teruk, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud al-Faisal berkata: “Dua isu ini tidak boleh disamakan kerana minyak merupakan keupayaan ekonomi negara-negara ini... perlu memenuhi obligasi terhadap rakyat.”

“Jika kita tidak menghiraukan realiti ini dan menggunakan asas hidup kita, pihak pertama yang mendapat susah ialah rakyat dan tidak ada kerajaan yang bijak akan menerima ini,” katanya.

Arab Saudi dan sekutu-sekutu Amerika Syarikat (AS) di Teluk dan anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah menyatakan tidak akan menggunakan sekatan minyak seperti yang dilakukan semasa krisis Arab- Israel pada 1973.

Bagaimanapun Arab Saudi yang merupakan sekutu rapat AS di rantau Asia Barat mengkritik Washington kerana tidak memberi penekanan kepada gencatan senjata dan memberi amaran keganasan Israel akan menyebabkan konflik di Asia Barat merebak.

– Reuters

KOMEN : Nak seribu daya, tak nak seribu alasan. Formula strategi mengawal minyak pernah dibuat dulu oleh King Faisal pada tahun 1973 menyebabkan Amerika terpaksa berundur.

Comments:
ko tak tido ke malam tadik wei? Byk entry sekaligus..
 
aku ni kalau besoknya cuti,selalu nya aku akan tidur lambat, banyak perkara yang aku boleh buat kalau anak-anak dah tidurr...emmmmmhh
 
Buat masa anak2 tidur?.. hehehe..
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?