Saturday, September 30, 2006

 

Warisan


 

KL Smart Tunnel - Discovery Channel


 

Bombing Singapura - Singa porahhhh???


 

Merdeka Malaya - Video Archive


 

Dinar Kelantan :Dr Awang Adek komen, Dato Husam Response

Dr Awang Adek - Timbalan Menteri Kewangan berkata

Mereka yang membeli dan menyimpan Dinar yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan mesti bersedia untuk menghadapi risiko kerana nilainya sentiasa turun naik di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Ini kerana Dinar, mata wang emas, hanya dilaksanakan oleh kerajaan negeri secara sendirian dan tidak boleh diterima oleh undang-undang (kewangan) negara.

"Ia sekadar boleh disimpan sama seperti membeli barang-barang kemas di kedai emas,"

Beliau sebaliknya menasihatkan rakyat Kelantan yang mempunyai lebihan wang menyimpannya di bank-bank yang nilainya lebih terjamin dan tidak pernah diturunkan malah akan mendapat banyak faedah.

Mereka boleh mengalami kerugian besar apabila nilainya jatuh atau terpaksa menjualnya apabila memerlukan wang segera yang harganya akan ditentukan sesuka hati oleh pekedai emas.

Beliau yakin sebilangan kecil saja rakyat Kelantan yang terpengaruh kerana mereka sudah menyedari ia tidak lebih dari "satu gimik politik".

Jawapan : Ehsan TVPAS.COM

JAWAPAN AKU : DR AWANG ADEK PERLU MENASIHAT BANK NEGARA DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN BAGAIMANA NAK BANYAKKAN KEUNTUNGAN NEGARA, BUKANNYA KOMEN ORANG LAIN. KALAU REZAB NEGARA TURUN DR AWANG ADEK PERLU LETAK JAWATAN........

Friday, September 29, 2006

 

Perkara yang membatalkan puasa

Anak aku ni, masa puasa ni selalu pulak dok hisap jari. So aku cakap lah nanti boleh batal puasa.....So anak aku pun bacalah nota risalah ramadhan dengan NADA YANG SUNGGUH KUAT yang diberi oleh SKSU - tentang perkara yang membatalkan puasa...dia pun baca

No 1. Makan dengan sengaja
No 2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga denga sengaja
No 3. Muntah dengan sengaja
NO 4. BERSETUBUH dengan sengaja
masa ni, dia terhenti, aku tahu dia tengah fikir apa dia bersetubuh tuh, dalam hati kecil ku...janganlah tanya aku....susah nak explain ni...peuhh nasib baik tak tanya...dan dia pun meneruskan bacaannya
NO 5. Mengeluarkan AIR MANI dengan sengaja
terhenti sekali lagi....alahai kenapalah dia baca kuat-kuat pulak tuhhhhh....nasib baik dia teruskan
NO 6 Keluar darah Haid dan nifas
NO 7 Gila walaupun sebentar
No 8 Mabuk atau pengsang sepanjang hari
NO 9 Berbuka sebelum masuk waktunya
NO 10 Murtad...

Anak aku pun tanya "Ayah-tak ada pun tulis hisap jari batal puasa?" dan aku menerangkanlah kenapa hisap jari tu sebenarnya makruh....mengikut notanya item c dalam makruh bagi orang berpuasa.....

baru dia agree

Kandungan Risalah Ramadhan SKSU

1. Kelebihan Ramadhan
2. Lafaz niat puasa
3. Rukun puasa
4. Perkara Sunat ketika berpuasa
5. Adab-adab berpuasa
6. Doa berbuka puasa
7. Makruh bagi orang berpuasa
8. Pekara yang membatalkan puasa

Wednesday, September 27, 2006

 

Kuan Yew yang menyinggungkan

Our neighbours both have problems with their Chinese. They are successful. They are hard working and therefore they are systemically marginalized. Indonesia and Malaysia want Singapore, to put it simply, to be like their Chinese: compliant

benar atau salah ?

Monday, September 25, 2006

 

Decision making

Tiba-tiba hari ini terkejut aku bila salah seorang junior executive bertanya aku macam mana aku buat keputusan dalam dalam satu-satu hal ? dalam hati kecil ku ni berkata, soalan ni nak mengena aku atau nak test aku jer….
Sebelum aku jawab, aku pun bertanya balik kat dia sebab apa dia tanya ?
Dia pun menjawab : "I tengok kadang-kadang management buat keputusan mengarut ?

Bagi aku, kalau nak buat keputusan kena ada banyak bende kena pertimbangkan

1. Apakah basis prinsip/procedures/rule and regulation yang perlu diikuti, contoh macam aku orang islam – first basis is Al Quran, kalau kat ofis ni kita ada prosedur, kalau kat atas jalan tu kita ada undang-undang jalan raya dll, then

2. setiap keputusan yang nak kita buat perlu ada jawapan “why’ kita decide macam tu – must have justification and well supported


3. at the same time kita kena assess situation, tengok apa impact keputusan kita, macam mana kalau keputusan kita silap, lebih-lebih keputusan-keputusan penting

4. Yang dinasihat oleh president company aku ni kita kena guna‘Common sense’ and street smart masa buat keputusan, supaya keputusan kita tepat dan betul. Kadangkala dengan banyak research , fact dan lain, menyebabkan kita susah untuk buat keputusan, oleh yang demikian kita kena nilai mengikut akal yang kita ada.

Dan yang penting selepas semuannya dibuat, jika keputusan iu salah, maka we have to accountable dengan decision tu......biasalah bukan semua orang buat decision betul, then belajar dari kesilapan

Tapi bila aku tanya lagi sebab apa dia tanya soalan tu ??, sebenarnya dia pun cakap "ada management yang takut buat decision….lebih baik bagi kat junior untuk buat decision"

eemhhhhhhhhhhhhh??????

Sunday, September 24, 2006

 

Karikatur Berlingo oleh KUDIN

aku rasa karikatur ni salah je
Image Hosted by ImageShack.us
karikatur ini telah dilukis oleh KUDIN semasa mesyuarat Mesra Raya di SKSU pagi tadi....

 

Ika belajar puasa

1 Ramadhan 1427 bersamaan 24 September 2006, buat kesekian kalinya Ika cuba berpuasa. pada hari pertama pada tahun 1427 ini, harap2nya Ika dapat menghabiskan puasanya sampai ke waktu berbuka sebenar iaitu lebih kurang pukul 7.12 malam. Tapi kalau tak berdaya tidak mengapa.... ini latihan sahaja. Dia masih belum wajib berpuasa. Waktu sahur tadi, dia dapat bangun dan bersahur bersama-sama kami. Makan nasik berlaukkan ikan sardin tumis. Aleeya pada awalnya bersemangat untuk turut serta tapi pada pukul 5 tadi dia menggeleng2kan kepalanya bilamana diajak untuk bersahur bersama. Mengantuk lah tuh...
Tak mengapalah.... Dia baru 5 tahun.

Mrs Berlingo

Saturday, September 23, 2006

 

DINAR KELANTAN SATU REALITI

Image Hosted by ImageShack.us

Pelancaran telah di sempurnakan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan.
Lihat TVPAS.com


Duit emas ni dah biasa dah di kelantan
http://moneymuseum.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=13&ac=16

Tahukah anda lambang bank negara ambik matawang emas kelantan dulu
http://www.geovision.com.my/kelantan/general/legend.htm

Kelantan Dinar ini lebih kurang Kijang emas bank negara
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=103&pg=441&ac=302

mungkin boleh dibuat benchmark
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

 

Masa begitu cepat

Dah lebih kurang seminggu lebih aku tak menulis dalam blogku sendiri. Minggu lepas kedua-dua anak aku sakit, siap kena warded lagi. Alhamdullilah sekarang ni dah sihat.Lepas tu penat dengan Majlis Amal Kasih untuk mengutip dana sekolah anak aku. Kutipan setelah tolak perbelanjaan, lebih kurang RM 11 K dapat dikumpul. Habis malam amal kerja ofis pulak bertimbun-timbun, aku terlibat dalam sekarang ni dalam memastikan company aku compliance dengan FRS - Financial Reporting Standard yang baru dan banyak kerja ofis yang dapat aku selesaikan.
Banyak bende yang aku nak komen last week, antaranya rampasan kuasa di Thailand, kenyataan POPE yang tak faham sejarah, forum ekonomi yang aku attend kat KL Convention Centre, Kawan aku bercerai , pelancaran TVPAS.com dan lain-lain. Tapi tak ada masa. Anyway, Salam Ramadhan untuk pembaca blog saya dan maaf zahir dan batin.

Monday, September 11, 2006

 

Tabik untuk mereka yang menghalau penjajah

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, September 10, 2006

 

Kerajaan tolak hasrat MARA

"KUALA LUMPUR 2 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak hasrat Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk memotong simpanan Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengatasi masalah hutang pinjaman pelajaran tertunggak.

Perdana Menteri menegaskan, agensi itu sepatutnya mencari kaedah lain bagi menyelesaikan masalah berkenaan"


Saya nak tanya balik PM, apakah cara lain nak kutip hutang pelajaran ni?. Bagi cadanganlah, jangan nak suruh orang lain fikir je. Walaupun aku bukannya peminjam pelajaran MARA, tapi aku tengok MARA dah buat macam-macam usaha antaranya senarai nama kat paper, surat peringatan, kaunter pungutan hutang, agen-agen kutip dari rumah-ke rumah dan lain-lain lagi. Tahukah PM, hutang pelajar terhadap MARA adalah sebanyak RM 300 juta, sekarang ramai orang melayu yang tak boleh biayai anaknya untuk belajar sebab payah nak buat pinjaman MARA, sebab apa susah nak buat pinjaman, sebab MARA tak ada duit, sebab apa MARA tak ada duit, sebab pelajar lama tak bayar.

Aku bersetuju untuk Potong Akaun 2 KWSP, sebab kalau ikut logik, kita boleh keluar duit untuk belajar ataupun sambung belajar dari akaun 2, dalam keadaan sekarang ni kita dah habis belajar, kita guna portion yang sama dalam kwsp untuk bayar balik hutang kita. Apa masalahnya?.

Kalau PM kata duit untuk bersara, apa ni? Yakinkah kita boleh hidup sampai kita bersara ? Kalau kita meninggal sebelum bersara macam mana ? Hutang tak selesai lagi, lebih-lebih lagi hutang untuk pelajaran kita. Dengan pelajaran kita tadi kita carik makan.

Kalau PM kata takut orang melayu tak mampu, apa nihhh ? Kemampuan seseorang itu boleh dari caruman KWSPnya, kalau gaji seseorang itu tinggi maka caruman KWSPnya juga tinggi, kalau rendah, maka rendahlah KWSPnya.

Wahai PM, bantuan untuk anak orang melayu lebih-lebih lagi anak petani, anak penoreh getah, anak pemandu teksi untuk meneruskan pembelajaran mereka di ketika ini amat kritikal lebih-lebih lagi semasa kerangkusan dalam kenaikan minyak perlu di titik beratkan. Kalau biasiswa tidak boleh diberikan kpd anak melayu, maka amat malanglah negara yang mempunyai pegawai-pegawai atau eksekutif-eksekutif muda yang gagal membayar wang pinjaman pembelajarannya dulu.

 

Uptown Kota Damansara

Tempat aku lepak dengan family aku last week,happening gak tempat ni, mula dibuka lepas pukul 11.00. Macam-macam ada. Aku pergi nak carik kura-kura untuk tambahan koleksi anak-anak aku.
Senang jer nak pergi:
Dari ProJET sg buloh [yang ada traffic lights] terus menuju ke Kota Damansara sehingga T junction - ada trafic lights kat situ. Lepas tu belok kanan dan terus, di sebelah kiri kita akan nampak PROjet lagi satu,sebelahnya ada Mc Donald 24 hours. Lepas tu jumpa traffic lights dan belok ke arah kanan - terus dan 1/2 kilometer dari situ disebelah kanan anda. Maka sampailah uptown kota damansara.
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, September 03, 2006

 

Bajet 2007 ? Kesan nya terhadap ku

Bonus sebulan gaji atau minimum RM1,500 bagi kakitangan awam - TIADA KESAN TERHADAP KU SEBAB AKU BUKAN KAKITANGAN KERAJAAN

Bayaran khas sekali sahaja sebanyak RM200 hingga RM400 kepada 542,000 pesara dan penerima pencen - TIADA KESAN TERHADAP KU SEBAB AKU BUKAN KAKITANGAN KERAJAAN

Pelepasan cukai RM3,000 ganti rebat cukai RM500 bagi pembelian komputer - TIADA KESAN TERHADAP KU SEBAB AKU DAH BELI KOMPUTER

Pelajar perolehi 10 A1 dalam SPM dari keluarga berpendapatan RM1,500 sebulan ke bawah diberi biasiswa - TIADA KESAN TERHADAP KU SEBAB ANAK AKU BARU DARJAH 1

Yuran peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM di semua sekolah kerajaan dimansuhkan - TIADA KESAN TERHADAP KU SEBAB ANAK AKU BARU DARJAH 1

Pelepasan cukai bagi pembelian buku dinaikkan dari RM700 ke RM1,000 setahun - ADA KESAN KENA SIMPAN RESIT BAIK-BAIK TAHUN INI

Perbadanan Kemajuan Industri Halal ditubuhkan di bawah JPM - ADA KESAN SEBAB INDUSTRI HALAL AKAN BANYAK DAN AKU AKAN ADA BANYAK CHOICE

Kadar cukai korporat dikurangkan dari 28% kepada 26% - TIADA KESAN TERHADAP KU SEBAB AKU BUKAN BISNIESSMAN

SEDIH SEBAB CUKAI PERORANGAN TIDAK DITURUNKAN......SO TIADA YANG SIGNIFIKAN PADAKU UNTUK BAJET TAHUN INI.

WALAUBAGAIMANA PUN AKU INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH JIKA BAJET PADA KALI INI DAPAT MENGURANGKAN BEBANAN RAKYAT TERUTAMANYA RAKYAT TERMISKIN. TAK NAMPAK PULAK BAJET UNTUK PEMBANGUNAN ISLAM PADA KALI INI

Saturday, September 02, 2006

 

Kefahaman rakyat Malaysia terhadap Malaysia

Kefahaman terhadap sejarah malaysia perlu di pentingkan kepada generasi sekarang, boleh dikatakan rata-rata tak berminat untuk mengetahui apa yang telah terjadi kepada Malaysia di zaman dahulu dan apa yang terjadi sekarang ialah dari pengalaman masa dahulu. Pendekatan bagi kefahaman sejarah juga perlu berubah bagi memastikan masyarakat sekarang lebih bernafsu untuk mengetahui sejarah. Jika dilihat pada tahun 80an kita ada Hari ini dalam sejarah, dan arkib negara telah mengambil satu langkah baru dengan meletakkan peristiwa sejarah dalam laman web dan ianya senang untuk kita cari sila ke Search sejarah malaysia. Jadi pihak media seperti RTM, Astro, TV3 perlu diberi insentif jika menerbitkan program-program seumpama ini.
Jika kita lihat discovery channel, walaupun sejarah telah dibukukan tapi mereka masih lagi membuat rancangan-rancangan yang berbentuk penyiasatan, kajian semula, bukti-bukti yang mengukuuhkan sejarah seperti rancangan Pengambaraan Armada Cheng Ho, Pembunuhan Kenedy, Mencari kapal-kapal lama yang telah di bom dan lain-lain. Secara tak langsung kita akan terus menghayati sejarah.
Saya bagi A kat siri Jejak Rasul yang dibawa oleh TV3.

Anyway, Al-Quran banyak menceritakan sejarah-sejarah Islam untuk umat Islam berfikir dan insaf.


Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

tempat melihat tayangan video lama dan bersejarah
Image Hosted by ImageShack.us

gambar yang menarik minat ku
Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

 

Dari hati anak-anak ku

harap-harap mereka akan faham apa yang mereka tulis ni

Image Hosted by ImageShack.us

Friday, September 01, 2006

 

Gambar Lama Malaysia

Pagi tadi aku membaca B Harian keluaran Khas, tiba-tiba aku tertarik pasal nostalgia silam sebelum dan selepas Merdeka yang dirakamkan dalam bentuk gambar oleh NSTP untuk ditatapi oleh semua pihak. Ia di adakan di Kompleks membeli Belah Bangsar dari 25 Ogos sehingga 10 September. Lepas zohor kami anak beranak pun mengunjungi pameran tersebut.
Keterangan lanjut sila ke web site
  • Road To Nationhood



  • Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?