Sunday, September 10, 2006

 

Kerajaan tolak hasrat MARA

"KUALA LUMPUR 2 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak hasrat Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk memotong simpanan Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengatasi masalah hutang pinjaman pelajaran tertunggak.

Perdana Menteri menegaskan, agensi itu sepatutnya mencari kaedah lain bagi menyelesaikan masalah berkenaan"


Saya nak tanya balik PM, apakah cara lain nak kutip hutang pelajaran ni?. Bagi cadanganlah, jangan nak suruh orang lain fikir je. Walaupun aku bukannya peminjam pelajaran MARA, tapi aku tengok MARA dah buat macam-macam usaha antaranya senarai nama kat paper, surat peringatan, kaunter pungutan hutang, agen-agen kutip dari rumah-ke rumah dan lain-lain lagi. Tahukah PM, hutang pelajar terhadap MARA adalah sebanyak RM 300 juta, sekarang ramai orang melayu yang tak boleh biayai anaknya untuk belajar sebab payah nak buat pinjaman MARA, sebab apa susah nak buat pinjaman, sebab MARA tak ada duit, sebab apa MARA tak ada duit, sebab pelajar lama tak bayar.

Aku bersetuju untuk Potong Akaun 2 KWSP, sebab kalau ikut logik, kita boleh keluar duit untuk belajar ataupun sambung belajar dari akaun 2, dalam keadaan sekarang ni kita dah habis belajar, kita guna portion yang sama dalam kwsp untuk bayar balik hutang kita. Apa masalahnya?.

Kalau PM kata duit untuk bersara, apa ni? Yakinkah kita boleh hidup sampai kita bersara ? Kalau kita meninggal sebelum bersara macam mana ? Hutang tak selesai lagi, lebih-lebih lagi hutang untuk pelajaran kita. Dengan pelajaran kita tadi kita carik makan.

Kalau PM kata takut orang melayu tak mampu, apa nihhh ? Kemampuan seseorang itu boleh dari caruman KWSPnya, kalau gaji seseorang itu tinggi maka caruman KWSPnya juga tinggi, kalau rendah, maka rendahlah KWSPnya.

Wahai PM, bantuan untuk anak orang melayu lebih-lebih lagi anak petani, anak penoreh getah, anak pemandu teksi untuk meneruskan pembelajaran mereka di ketika ini amat kritikal lebih-lebih lagi semasa kerangkusan dalam kenaikan minyak perlu di titik beratkan. Kalau biasiswa tidak boleh diberikan kpd anak melayu, maka amat malanglah negara yang mempunyai pegawai-pegawai atau eksekutif-eksekutif muda yang gagal membayar wang pinjaman pembelajarannya dulu.

Comments:
Hi! Ini Lin, kak Awa apa khabar?
 
apa lagi yg ada di sana??
 
ada di mana yer ?
 
To me it's only right not to have it deducted from EPF. Let EPF stays as what it is meant for. Might as well, trace back to the employer where the the employee works and have the enforcement done to deduct on the monthly basis.

But I know, practically it is easy said than done on what I have suggested.
 
saya awal2 lagi setuju dgn cadangan dato khamsiyah yeob tu spya tunggakan pinjaman tu diambil drp tabung 2. itu jer cara yg palingg praktikal untuk mengutip balik bayaran pinjaman drp mereka2 yang rasanya memang x berinisiatif nak membayar. Kalau x mau bayar, p laa bekerja dgn Mara atau anak2 syarikatnya. mintak exemption.

hissh.. menyusahkan orang betul laa depa2 nih..!
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?