Saturday, September 30, 2006

 

Dinar Kelantan :Dr Awang Adek komen, Dato Husam Response

Dr Awang Adek - Timbalan Menteri Kewangan berkata

Mereka yang membeli dan menyimpan Dinar yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan mesti bersedia untuk menghadapi risiko kerana nilainya sentiasa turun naik di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Ini kerana Dinar, mata wang emas, hanya dilaksanakan oleh kerajaan negeri secara sendirian dan tidak boleh diterima oleh undang-undang (kewangan) negara.

"Ia sekadar boleh disimpan sama seperti membeli barang-barang kemas di kedai emas,"

Beliau sebaliknya menasihatkan rakyat Kelantan yang mempunyai lebihan wang menyimpannya di bank-bank yang nilainya lebih terjamin dan tidak pernah diturunkan malah akan mendapat banyak faedah.

Mereka boleh mengalami kerugian besar apabila nilainya jatuh atau terpaksa menjualnya apabila memerlukan wang segera yang harganya akan ditentukan sesuka hati oleh pekedai emas.

Beliau yakin sebilangan kecil saja rakyat Kelantan yang terpengaruh kerana mereka sudah menyedari ia tidak lebih dari "satu gimik politik".

Jawapan : Ehsan TVPAS.COM

JAWAPAN AKU : DR AWANG ADEK PERLU MENASIHAT BANK NEGARA DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN BAGAIMANA NAK BANYAKKAN KEUNTUNGAN NEGARA, BUKANNYA KOMEN ORANG LAIN. KALAU REZAB NEGARA TURUN DR AWANG ADEK PERLU LETAK JAWATAN........

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?