Saturday, July 28, 2007

 

Pengaruh Bloggers

Sejak kebelakangan ini sudah lebih tiga orang bloggers telah dipanggil mengadap polis akibat tulisan-tulisan mereka serta komen-komen dalam blog mereka. Dan kebanyakkan berunsurkan politik, ini termasuklah menyentuh perkara-perkara sensitive di Malaysia baik dari segi agama,kaum dan keistimewaan-keistimewaan bangsa masing-masing

Persoalan dari kepala saya apakah garispanduan bagi blogger untuk menulis dalam blognya ?

Antara jawapan yang didapati dalam akhbar…

1. Banyak laman blog yang cuba memperlekeh, menghina, merendah-rendahkan, memfitnah dan menyebarkan berita palsu mengenai pemimpin negara.

2. Penulis laman blog yang boleh menyentuh isu sensitif yang boleh merosakkan perpaduan kaum dan pemikiran masyarakat.

Bakal hukuman

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan 1948.

Komen saya.

1. Pemantauan memang perlu dibuat dari masa ke semasa.
2. Penulis blog perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulisnya
3. Isu sensitiviti contoh bab agama dan bab kaum perlu diperlu diberi perhatian
4. Pelapor juga bertanggungjawab dengan apa yang dilaporkan
5. Garispanduan dan undang-undang kena jelas diterangkan kepada semua bloggers
6. Media-media lain seperti suratkhabar, tv, radio juga perlu ada undang-undang yang sama.

Walau apa pun pengaruh blog memang amat kuat dan pantas. Bersiap sedialah kita dalam pertarungan alam cyber di masa akan datang.

p/s kalau media buat laporan salah tentang bukan pencadang, bagaimana? Kena buat laporanlah...lebih-lebih artis yang kena fitnah macam Mawi hisap dadah ..........hehehehehe


Monday, July 23, 2007

 

Komen kat bolasepak Malaysia bertubi-tubi...

Banyak komen yang di asak bertubi-tubi di kebanyakkan akhbar mingguan ke atas kelemahan pasukan Malaysia dalam Kejohanan Piala Asia baru-baru ini.

Antara banyak-banyak komen, saya suka komen yang di beri oleh Prof Datuk Dr Khoo Kay Kin.

Interview penuh, sila ke soal jawab berita harian

Saturday, July 21, 2007

 

Tom-tom bak Vs Mini Parlimen


Sunday, July 15, 2007

 

Podcasting aku

Aku dah tahu pasal podcasting ni dari tahun lepas lagi. Bila IPhone keluar, aku teringatlah kat podcasting. Kalau sapa-sapa tak tahu pasal podcasting ni, dia lebih kurang macam 'video recorder zaman dulu'. Sebagai contoh, kalau kita nak dengar satu satu rancangan dalam radio especially pukul 3 pagi. Kita set time rancangan tersebut untuk recording, besoknya kita boleh dengar. Dan kalau ada iPod tu boleh copy file dan save. Tu masa awal-awal dulu...sekarang ni kalau radio station tu dah buat URL bagi podcastingnya, bagi rancangan yang terpilih, lagi senang copy ke id .xml, masuk dalam itune. Bila-bila kita boleh dengar.

Kat Malaysia setakat ini aku tak jumpa lagi radio yang aktif guna podcasting ni, cuma klfm. Dan kedua-dua podcasting iaitu rancangan zikrah dan infoict aku suka dengar.

Image Hosted by ImageShack.us

PODCAST - a radio programme-style show which can be downloaded from the internet and transferred to an MP3 player

Thursday, July 12, 2007

 

Test Podcasting







 

Sampan Berehat

Image Hosted by ImageShack.us

Gambar ini diambil di Trengganu Last Year

 

Setenang Petang dan Pantai

Image Hosted by ImageShack.us

Gambar di ambil di Trengganu last year

Wednesday, July 11, 2007

 

Kepuasan bekerja


Masa lunch tadi aku dan rakan-rakan ku bersembang pasal motivasi kerja....so banyak yang dah tak ada motivation untuk kerja....so kita orang bincanglah macam mana nak kuatkan semangat untuk bekerja..

Dalam banyak-banyak jawapan, aku tertarik dengan jawapan yang dibawah...

Kita sebelum pergi kerja, tanamkan dalam hati supaya kita dapat selesaikan satu masalah hari ini, tak kira dari masalah sekecil-kecilnya seperti mengemaskan workstation sehingga masalah sebesar-besar seperti menambahkan pendapatan syarikat. Ini akan menyebabkan tiap-tiap hari kita berada dalam kepuasan kerja kerana setiap hari kita dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya satu masalah. Secara analoginya, kalau sesuatu masalah itu dapat diselesaikan, kita akan balik dengan perasaan gembira dan boleh tidur lena kan ?

Tuesday, July 10, 2007

 

Sepetang di Shah Alam

Maghrib di Masjid Shah Alam.
Image Hosted by ImageShack.us

Hari Ahad yang lepas, kami melepak kat restoren sepupu kami di
Mango Delight Cafe, SACC

Sunday, July 08, 2007

 

Beribadah di Angkasa Lepas


Saya di sini ingin mengucapkan jutaan Tahniah kepada JAKIM kerana berjaya membangunkan Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Antarabangsa. Selain dari solat, banyak hal-hal fekah yang akan dikaji jika Umat Islam berada di angkasa lepas seperti puasa, istinjak, sembahyang berjemaah, pengurusan jenazah dan pengkebumian dan lain-lain lagi.

TAHNIAH SEKALI LAGI DARI SAYA

cerita lanjut di Berita Minggu untuk pengetahuan kekawan semua.


 

Melayu Dilema Versi Baru

Macam biasa setiap hari Ahad kalau tak ada apa-apa, aku akan baca suratkhabar secara tekun, kali ini aku tertarik dengan pandangan Prof Ungku Aziz dalam Berita Minggu - Pendapatnya boleh di dapati dari Berita Minggu Keluaran 8/7/2007.

Pandangan ini bagiku merupakan Melayu Dilema Versi 2007, ini kerana kalau diteliti kembali kegelisahan yang ditimbulkan oleh Prof Ungku Aziz seakan- akan sama dengan buku yang ditulis oleh Dr Mahathir dalam bukunya Melayu Dilema. Buku Melayu Dilema, saya pernah baca satu ketika dahulu yang membongkar masalah orang melayu, yang rata-rata menceritakan kelemahan orang melayu. Buku Melayu Dilema boleh dikatakan menga'aib' orang melayu ketika itu, telah di haramkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Petikan interview BH bersama Prof Ungku Aziz :

(Semangat hendak lebih maju dalam hidup) Melayu Baru ini bagus untuk kelangsungan hidup orang Melayu. Tinggal lagi mereka mempunyai satu kelemahan iaitu mahu cepat. Mereka mahu segera, mereka mahu kaya cepat.

Melayu yang baru ini sememangnya mementingkan diri sendiri, yang lain pergi mampuslah engkau, asalkan aku selamat dalam hidup.

Dari pemerhatian saya memang benar kata-kata Prof Ungku Aziz, kita tak boleh nafikan kebanyakkan orang Melayu memang mementingkan diri sendiri, dan hasilnya yang paling maksimum kita lihat Melayu memang gagal untuk maju diterjemahkan dengan peratusan kekayaan/ekuiti yang ada pada orang Melayu. Faktor-faktor hasad dengki, nak cepat kaya, budaya Ali Baba menjadi antara faktor yang menyebabkan kegagalan. Kalau kita rujuk kembali peranan Tun Razak dalam DEB, pelbagai rancangan yang telah dirancang, tapi orang Melayu masih gagal mempunyai daya perjuangan, kompetetif di tahap nasional dan lebih-lebih lagi di tahap global. Ini termasuklah diri saya sendiri.

Persoalan saya mengapa kita masih jadi begini setelah 50 tahun merdeka ? Salah siapa ? Bagi saya UMNO gagal dalam membina tamadun orang Melayu ke tahap yang di wawasankan 50 tahun dahulu. Jawapan kepada ini adalah kegelisahan yang di utarakan oleh Prof Ungku Aziz.



 

Melepak kat Kolam Pancing SU

Dua minggu lepas aku melepak jap kat kolam pancing SU. Sebenarnya aku bukannya suka memancing, kalau tak salah aku, hanya sekali je aku pergi memancing, itupun masa aku kecik-kecik dengan Pak Ngah aku kat Morib. Pada aku, memancing ni boring, sebab duduk dan tunggu ikan mengena. Anyway, boleh gak bawak buku untuk baca masa memancing ni. So, aku dok tengah berfikir, sama ada aku nak berkecimpung dengan memancing atau tidak ?





Kawan aku berjaya menangkap ikan

 

Transformer

Hari Jumaat yang lepas sebelum aku solat, sempat aku berlegar di gerai-gerai jualan di Masjid Negara. Selalunya aku akan tengok jualan kereta control, helikopter control dan lain-lain. Tapi yang menariknya kali ni dia jual robot-robot Transformer....Dalam hati aku mesti cerita ni best.....emmm tunggu DVD 9 jelah



Dan dengan melihat robot-robot, teringat aku iklan Stadium Astro - Super Sapien. Dengar cerita yang buat grafic super sapien ni adalah salah seorang dari anak wakil rakyat pembangkang. Walau apa pun Malaysia pun boleh buat Transformer sendiri. Malaysia Boleh....


Thursday, July 05, 2007

 

Peraduan Saya Anak Malaysia

Apakah jawapan anda ?

Jawapan saya

1) TVC C
2) TVC A
3) TVC D
4) TVC E
5) TVC B

Masalah saya nak buat slogan ni yang susah ni???????????????????????

 

Maklumat kewangan peribadi kita kat CTOS

Dalam minggu ni dok kecoh jer pasal CTOS, iaitu satu company yang mempunyai maklumat kewangan peribadi kita, mostly pasal liability/hutang kita. Ini menyenangkan pihak luar terutamanya pemberi pinjaman boleh menilai kemampuan kita dengan merujuk kepada rekod dari CTOS. Persoalannya dari mana CTOS dapat maklumat tersebut dan bagaimana CTOS mengemaskinikan.

Teringat ada kawan ni, orang panggil 'con man' memang kaki penipu sehingga 'along' pun kena tipu. Dia cakap kalau nak apply kad kredit, apply banyak-banyak dalam satu masa yang sama sebab CTOS tak akan sempat dikemaskinikan. Maka kalau apply, 10 kad kredit sekali apply, dan akan dapat 10 kad kredit sekali gus.

Kalau nak tahu pasal CTOS - sila ke CTOS website
CTOS baru mewujudkan blognya sendiri - BLOG CTOS

Gambar ehsan dari adik ku sebelum pergi Dinner kat restaurant Sri Angkasa, Kl Tower last week sempena menyambut hari kelahiran ayahku...

Tuesday, July 03, 2007

 

Pesta Buku Bulan April Lepas

Sedang aku dok sort gambar-gambar digital yang di ambil pada tahun ini, terpandanglah aku gambar-gamabr digital yang di ambil sempena book fair yang lepas. Pada kebiasaannya kalau aku pergi satu-satu exhibition, aku akan tengok perkara-perkara baru dan terkini. Last year book fair ada buat interview untuk carimk part time writer....so aku ingat nak mencubalah tahun ni kalau ada lagi interview macam tu, tapi tahun ni tak ada lah pulak.....

Anyway, perkara baru yang aku tengok dalam Book Fair kali ini

1. Software untuk 'Voice Recognition' namanya Talk It Type It. Aku dapat CD percuma sebab beli magazine computers. Software ni agak canggih sebab dah tak payah type kat keyboard dah. Just cakap kat speaker, lepas tu software ni akan tuype untuk kita. Maka aku ingat nak guna untuk blog aku ni....tapi software tu tak berapa menjadi....kalau nak tahu lebih lanjut sila ke website http://www.download.com/TalkItTypeIt/3000-7239_4-10395699.html

2. Kita dah boleh buat buku sendiri atau dikenali E-Book...tulis sendiri, edit sendiri, grafic sendiri, semuanya sendiri. Lepas tu boleh jual dan dapat royalti....Disebabkan aku banyak bertanya tentang perkara ni, aku dapatlah CD, buku, magazine dan lain-lain percuma. Aku bagi cadangan kat diaorang supaya approach bloggers, sebab ada bloggers yang nak jual tulisannya kat orang ramai. Aku pun bagi 5 contoh bloggers unuk diaorang contact.
untuk maklumat lanjut sila ke www.spotbit.com


3. Komik malaysia dah tahap international......menarik minat ku....KLP

Monday, July 02, 2007

 

Blog paling popular dalam dunia

Blog yang dikunjungi paling banyak setakat ini kalau mengikut statitik ialah http://www.gizmodo.com/ . Dan kebiasaan blog-blog yamg memaparkan gajet-gajet IT terbaru mendahului carta.

Sekarang ni dok kecoh pasal iphone. Apa yang menarik sangat tentang iphone ni yer ?



 

Tulisan Ramli Ms dalam Aspirasi Berita Harian

Hari ni pagi aku menghadiri AGM Surau kat kawasan perumahan tempat ku, tengahari ada kenduri doa selamat dan tahli jiranku. So seperti biasa kalau tak ada kerja-kerja lain aku akan baca suratkhabar dan tidur selepas waktu Zohor. So dalam berita harian hari ini aku tertarik dengan tulisan Ramli MS, sila rujuk http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/Variasi/20070701135116/Article/
berhubung dengan melepas geram dalam blog.

Saya pun terfikir kenapa jadi begitu ? Mungkin blog lah tempat paling senang untuk menyampaikan geram dan sumpah seranah kepada seseorang, kerana blog boleh di 'access' dimana-mana tempat dan oleh ramai orang pada bila-bila masa. Maka penggunaan blog ini amat berkesan. Mungkin kepada mereka yang sering menjadi sasaran geram dan lain-lain terutamanya artis, ahli politik dan lain-lain sepatutnya memberi response dengan membuat blog sendiri....



Gambar ketika melawat pameran Sains dan Islam satu masa dulu

This page is powered by Blogger. Isn't yours?