Sunday, July 08, 2007
Melayu Dilema Versi Baru
Macam biasa setiap hari Ahad kalau tak ada apa-apa, aku akan baca suratkhabar secara tekun, kali ini aku tertarik dengan pandangan Prof Ungku Aziz dalam Berita Minggu - Pendapatnya boleh di dapati dari Berita Minggu Keluaran 8/7/2007.
Pandangan ini bagiku merupakan Melayu Dilema Versi 2007, ini kerana kalau diteliti kembali kegelisahan yang ditimbulkan oleh Prof Ungku Aziz seakan- akan sama dengan buku yang ditulis oleh Dr Mahathir dalam bukunya Melayu Dilema. Buku Melayu Dilema, saya pernah baca satu ketika dahulu yang membongkar masalah orang melayu, yang rata-rata menceritakan kelemahan orang melayu. Buku Melayu Dilema boleh dikatakan menga'aib' orang melayu ketika itu, telah di haramkan oleh Tunku Abdul Rahman.
Petikan interview BH bersama Prof Ungku Aziz :
(Semangat hendak lebih maju dalam hidup) Melayu Baru ini bagus untuk kelangsungan hidup orang Melayu. Tinggal lagi mereka mempunyai satu kelemahan iaitu mahu cepat. Mereka mahu segera, mereka mahu kaya cepat.
Melayu yang baru ini sememangnya mementingkan diri sendiri, yang lain pergi mampuslah engkau, asalkan aku selamat dalam hidup.
Dari pemerhatian saya memang benar kata-kata Prof Ungku Aziz, kita tak boleh nafikan kebanyakkan orang Melayu memang mementingkan diri sendiri, dan hasilnya yang paling maksimum kita lihat Melayu memang gagal untuk maju diterjemahkan dengan peratusan kekayaan/ekuiti yang ada pada orang Melayu. Faktor-faktor hasad dengki, nak cepat kaya, budaya Ali Baba menjadi antara faktor yang menyebabkan kegagalan. Kalau kita rujuk kembali peranan Tun Razak dalam DEB, pelbagai rancangan yang telah dirancang, tapi orang Melayu masih gagal mempunyai daya perjuangan, kompetetif di tahap nasional dan lebih-lebih lagi di tahap global. Ini termasuklah diri saya sendiri.
Persoalan saya mengapa kita masih jadi begini setelah 50 tahun merdeka ? Salah siapa ? Bagi saya UMNO gagal dalam membina tamadun orang Melayu ke tahap yang di wawasankan 50 tahun dahulu. Jawapan kepada ini adalah kegelisahan yang di utarakan oleh Prof Ungku Aziz.