Tuesday, July 26, 2005

 

dua cerita ni menarik perhatiaku minggu ni

pasal depeg currency from RM 3.80
ada yang untung ada yang rugi


Friday, July 22, 2005

 

testing gmail

testing from gmail


 

testing from email

ni percubaan ke kali pertama

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


Friday, July 15, 2005

 

In Case of Emergency [ICE]

Tadi pagi saya ada dengar dalam radio tapi tak berapa clear sebab dengar radio menggunakkan handphone.

Untuk pengetahuan semua, ICE adalah satu konsep yang diperkenal untuk membantu orang yang akan membantu kita.
Ia adalah cara kita meletakkan nama dan no tel dalam handphone kita. Senang saja, Cuma dalam handphone kita tu kita letakkan standard seperti

ICE Isteri Awa
ICE Bapa Abdul Rahman
ICE Ibu Hasnah

So bila ada kemalangan ker, pengeboman ke seperti di London baru-baru ini, so pasukan penyelamat, polis, paramedik hanya mencari telefon tersebut dan search for ICE dan terus contact orang yang penting untuk dihubungi. Cepat dan Senang.

Monday, July 11, 2005

 

Star Wars 3, dari pelbagai aspek

dah ngantuk ni, nanti aku tulis yerrr

Thursday, July 07, 2005

 

Kenyataan Bush yang mengelikan hati saya selepas London Blast tadi

tadi saya dok mengadap BBC, kenyataan paling mengelikan hati saya ialah dari Bush, yang mengatakan tindakan pengeboman ini tidakperikemanusian sebab attack orang awam yang tak berdosa, tindakan bukan orang yang bertamadun .

tu yang menggelikan hati saya , sebab dia tak ingat ker orang afganistan, iraq, palestin, budak-budak yang kena tembak tu bukan orang awam ker ???
apa ni cakap tak serupa bikin,

Boleh blah lah sama bush.

Saturday, July 02, 2005

 

Menarik di Low Yatt plaza kali ni

Kalau aku pergi satu-satu tempat tu, aku suka tengok bende-bende baru dan menarik. Setakat tengok jelah, lebih-lebih lagi kalau barang tu mahal. Sejak aku dah beli komputer sendiri ni, aku rajin gi ke low yatt untuk menghabiskan masa terbuang. Macam aku cakap tadi, aku suka lihat teknologi-teknolgi yang baru di pasarkan. Hanya tengok jelah.
Macam biasa bila aku sampai je, aku tengok sekeliling , kalau ada new annoucement.
Sedang aku dok pusing-pusing, tiba-tiba aku terpandang satu banner yang menawarkan kursus membaiki handphone. Aku pun carilah kedai tu.
Sampai je kat kedai tu, nampak dari luar anak-anak muda cina sedang membangunkan satu papan keyboard untuk handphone. Tak ada pun anak melayu yang belajar. Berdasarkan trainer kat situ, ramai yang datang belajar yang tak ada kerja , walaupun ada degree dalam communication, mass com dll.
Dia pun bagi tahu, pelajaran yang diajar ialah hardware and software komputer termasuklah 3G concept. Fee nya RM 2500, untuk 2 bulan setengah, 3 kali satu minggu. Bayaran boleh 3 kali dan boleh buat loan untuk belajar membaikpilih hp. Sijil yang diapproved kan oleh persatuan membaiki hp yang mana diiktirafkan oleh kerajaan akan diberi. Kebanyakkan mula kerja dengan orang 5-6 bulan. Kemudian bukak kedai sendiri. Income hasil dari membaiki hdphone boleh capai RM 3000 sebulan.

So anak-anak melayu yang melepak tu boleh lah enrol untuk belajar baiki hd phone.

Friday, July 01, 2005

 

Aku sesat di PutraJaya

Aku berpeluang untuk ke Putrajaya baru-baru ni sebab ada kerja yang menantiku di sana, dalam perjalanan aku dapat merasakan dah lama aku tak ke sana. Tempat favourite ku kat putrajaya ialah Masjid Putrjaya, wetland, kawasan perumahan sekeliling, alamanda[belum pergi lagi]. So sampai sana aku pun nak pergi office yang nak di tuju. Dekat setengah jam mencari di kawasan area Kompleks Kerajaan, baru jumpa. Besar giler tempat tu. So aku sarankan sapa-sapa baru pertama kali nak pergi ke kawasan Kompleks Kerajaan di Putrajaya supaya dapat gambaran kasar kawasan tersebut sebelum pergi. Jangan jadi seperti ku.

http://www.i-putra.com.my/redirect.cfm?url=../devbank/parcel.cfm?id=12

 

Letter head palsu di pasaran gelap

2 hari lepas aku makan kat kedai mamak dengan kawan aku, tetiba datang seseorang menghampiri kami yang tengah menjamu selera dan menunjukkan surat kebenaran dari pihak Jais dan Jakim kebenaran untuk memungut dana bagi membina sebuah masjid di satu kawasan di asia tenggara[tak nak sebut negara mana]. Tengok-tengok surat yang ditunjuk, aku pun hulur je sikit, supaya senang cerita. Lepas orang tu berlalu ke meja lain, tetiba je orang yang kat meja sebelah aku yang tak dikenali menyapa aku. dengan berkata "You percaya ke dengan surat tu", aku kata 'percayalah! letterhead pun ada, sign pun ada, lagi pun ini amal kebajikan.

Lepas tu dia pun bagi tahu untuk pengetahuan kita orang yang kat Kuala Lumpur [tak nak sebut specifically tempat tu] ni ada tempat buat letter head palsu, maksudnya kedai tu boleh buat letter head palsu bersama dengan kualiti kertas yang sama dan siap boleh tiru tandatangan lagi. Sebijik dengan letter head badan kerajaan, korporat, NGO dan lain-lain badan yang boleh buat duit sampingan.

Ada juga orang carik makan macam tu yer, Wallah u alam.

Untuk pemungut dana ni, tolong lah jangan guna masjid, surau, sekolah agama untuk memenuhkan wang poket sendiri.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?