Friday, July 01, 2005

 

Letter head palsu di pasaran gelap

2 hari lepas aku makan kat kedai mamak dengan kawan aku, tetiba datang seseorang menghampiri kami yang tengah menjamu selera dan menunjukkan surat kebenaran dari pihak Jais dan Jakim kebenaran untuk memungut dana bagi membina sebuah masjid di satu kawasan di asia tenggara[tak nak sebut negara mana]. Tengok-tengok surat yang ditunjuk, aku pun hulur je sikit, supaya senang cerita. Lepas orang tu berlalu ke meja lain, tetiba je orang yang kat meja sebelah aku yang tak dikenali menyapa aku. dengan berkata "You percaya ke dengan surat tu", aku kata 'percayalah! letterhead pun ada, sign pun ada, lagi pun ini amal kebajikan.

Lepas tu dia pun bagi tahu untuk pengetahuan kita orang yang kat Kuala Lumpur [tak nak sebut specifically tempat tu] ni ada tempat buat letter head palsu, maksudnya kedai tu boleh buat letter head palsu bersama dengan kualiti kertas yang sama dan siap boleh tiru tandatangan lagi. Sebijik dengan letter head badan kerajaan, korporat, NGO dan lain-lain badan yang boleh buat duit sampingan.

Ada juga orang carik makan macam tu yer, Wallah u alam.

Untuk pemungut dana ni, tolong lah jangan guna masjid, surau, sekolah agama untuk memenuhkan wang poket sendiri.

Comments:
That's a great story. Waiting for more. » »
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?