Saturday, July 02, 2005

 

Menarik di Low Yatt plaza kali ni

Kalau aku pergi satu-satu tempat tu, aku suka tengok bende-bende baru dan menarik. Setakat tengok jelah, lebih-lebih lagi kalau barang tu mahal. Sejak aku dah beli komputer sendiri ni, aku rajin gi ke low yatt untuk menghabiskan masa terbuang. Macam aku cakap tadi, aku suka lihat teknologi-teknolgi yang baru di pasarkan. Hanya tengok jelah.
Macam biasa bila aku sampai je, aku tengok sekeliling , kalau ada new annoucement.
Sedang aku dok pusing-pusing, tiba-tiba aku terpandang satu banner yang menawarkan kursus membaiki handphone. Aku pun carilah kedai tu.
Sampai je kat kedai tu, nampak dari luar anak-anak muda cina sedang membangunkan satu papan keyboard untuk handphone. Tak ada pun anak melayu yang belajar. Berdasarkan trainer kat situ, ramai yang datang belajar yang tak ada kerja , walaupun ada degree dalam communication, mass com dll.
Dia pun bagi tahu, pelajaran yang diajar ialah hardware and software komputer termasuklah 3G concept. Fee nya RM 2500, untuk 2 bulan setengah, 3 kali satu minggu. Bayaran boleh 3 kali dan boleh buat loan untuk belajar membaikpilih hp. Sijil yang diapproved kan oleh persatuan membaiki hp yang mana diiktirafkan oleh kerajaan akan diberi. Kebanyakkan mula kerja dengan orang 5-6 bulan. Kemudian bukak kedai sendiri. Income hasil dari membaiki hdphone boleh capai RM 3000 sebulan.

So anak-anak melayu yang melepak tu boleh lah enrol untuk belajar baiki hd phone.

Comments:
Very nice site! » » »
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?