Monday, August 08, 2005

 

Mawi, Tajwid, note lagu dan Ramadhan Al-Mubarak

Ahad – 7 Ogos 2005. Gambar kemenangan Mawi selakujuara AF3 tersiar di semua dada akhbar pada hari ini.Fenomena Mawi ni menyebabkan aku berborak lama denganadik aku semalam, 5 jam sebelum konsert AF3 bermulasemasa menziarahi ibubapa aku.Semuanya bermula dengan adik aku kata Mawi nyanyi taksedap. Untuk pengetahuan kekawan semua, 2 orang adikaku memang pandai bermain gitar. Sejak dari sekolahsampai sekarang pun siap ada bandnya sendiri. Aku punkadang-kadang naik menyampah tengok gitar kat rumahtu, kadang-kadang ingat nak campak je kat luar.Sekarang ni dengan ada teknologi IT, aku tengok adikaku baca not pun dari komputer. Lagi canggih sekarangni,tak payah main gitar, komputer pun boleh tolongmain gitar untuk kita. Boleh buat lagu sendiri, denganerti kata lain lepas ni pun guitarist pun tak bolehcarik makan. Pasal Mawi ni kemenangannya dari segi karismanya,keyakinannya, keislamannya, kejantanannya,kemelayuannya dan lain-lain menyebabkan package yangada pada Mawi ni memang tak boleh dinafikan. Jadi padamereka yang tak menyukainya akan mengkritik dari seginyanyian dan vokalnya sahaja.Sebagai panel pertama dalam sembang adik-beradikku,aku cakap berdasarkan perspektif aku seorang pendengardaripada pemuzik. Aku kata suaranya sedap kerana bagiaku kalau seseorang tu boleh mengaji dengan baik,confirm boleh menyanyi. Tapi seorang penyanyi taksemestinya boleh mengaji. Ini kerana untuk mengajibukan senang dengan Tajwidnya, dengan idramnya, denganmaghrajnya ,dengan taranumnya, dengan sebutan danpernafasannya dan lain-lain lagi. Logiknya mana bolehsesorang tu yang nak menyanyi lagu orang lain, bolehikut nada suara ataupun key orang lain. Dengan lainperkataan, mana boleh Jamal Abdillah menyanyi laguKRU, mana boleh Waheeda menyanyi lagu Linda Rafar. Aku masih ingat lagi satu ketika dulu, adapertandingan menyanyi kat tempat kerja lama ku, sosehari sebelum pertandingan semua penyanyi dipanggiluntuk ambik ‘key’ suara dia. Aku pun tak faham, yangaku tahu ianya adalah untuk menyesuaikan suara denganmuzik yang akan dimainkan. Tambahan pula, bukan orang yang pandai menyanyi tusedap, banyak contoh yang aku malas nak cakap, suarasedap ikut ‘key’lah dan bermacam lagi, tapi kaset yangdijual tak banyak malahan rugi pulak. Akhirnya marahkat CD cetak rompak. Adik aku pun mencelah yang menurutnya, sesuatu laguitu akan lebih diappreciatekan bila lagu-lagu ituboleh dipadankan key ataupun note yang digubah/cipta.Dia pun menerangkan key tu ada DEFABC lah, Do Re Mi,Fa, So, La Ti Do. C ni pun ada panjang pendek,temponya, high low note. Terdapat berbagai jenis lagudan irama seperti dangdut, rock, pop, nasyid dll danmasing-masing mempunyai lenggok key dan note merekatersendiri.Ini pun malas nak tahu, bagi aku takpenting. Yang penting adalah seseorang yang berjayadalam nyanyian adalah a a good singer plus goodentertainer and bukannya just a very good singer. Untuk menjawab persoalan ini, adik aku pun menambahdalam nyanyian ada banyak coding, contohnya codinglagu timur tengah memang lain dari coding konvesional.Faktor ni pun aku malas nak dengar.Last sekali setelah aku memang tak boleh terimakonsep-konsep muzik yang khayal memang mengkhayalkanni. Dia pun mencucuk aku dari segi bacaan Al-Fatihah.Dia kata kalau kita pergi sembahyang berjemaah, bolehkah kita tahu apa yang dibacanya oleh imam itu betulatau tidak. Ini kerana bacaan Al-Fatihah pun adatajwid-tajwidnya yang penting, kerana jika tersalahdengungnya boleh mengakibat makna berubah. Ramai yangkat Malaysia ni pergi sembahyang hanya mendengar imambaca dan kata sedap, adakah dia baca betul??. Takkiralah dia baca dari lengok taranum arab ker, melayu,ker, filipina ker. Yang penting bagi kebanyakkanrakyat Islam ialah sedap tapi tak semestinya betul.Bila adik aku mengabungkan bab ini aku memangtersentak, betul gak apa yang adik aku ni cakap ni.Walaupun aku cakap yang Baca Quran tak boleh disamakandengan menyanyiSecara hakikatnya kita perlu faham tajwid bila nakbaca Al-Quran, barulah bacaan itu betul. Walaupun kitamungkin tak faham maksud ayat tadi, tapi kita bolehrasakan apa yang di tilawahkan itu betul atau tidak.Aku mengakhiri perbincangan dengan adik aku, jom kitamulakan balik mengaji Quran dengan key, tempo, note,coding yang betul macam masa kita kecik-kecik dulu.Adik aku hanya tersenyum. Secara kesimpulannya pengajaran untuk kita rakyatIslam, daripada kita semua dok bertelagah pasalmuzik-muzik – notelah, keylah, low tone lah, marilahkita bersama-sama memperbetulkan bacaan Al-Quran kitauntuk kita lebih appreciate bacaan ayat-ayat AlQurantidak kira dimana kita dengar. Biarlah kita dikritikkerana kita salah membaca Al-Quran daripada kitadikritik tak pandai menyanyi dengan betul. Akhir sekali marilah kita tinggal Akademi Fantasiakerana dengan namanya Fantasia ia hanya satu hiburanyang mengkhayalkan, beremosi, dgn dunia yang padahakikatnya tidak berpijak pada bumi yang nyata. Jadikan bulan Ramadhan yang akan datang ini sebagaiAkademi Realiti dunia dan Akhirat.To Abg Hassan, apa kata kalau ramadhan kali ini kitaadakah kelas tajwid 30 hari, sebab yang join tadarustu semuanya power-power termasuklah Mamat.

Monday, August 01, 2005

 

DEB, DAP dan MAWI

Jutaan maaf kepada tuan moderator untuk tulisan ini.
Ini kerana saya hanya menceritakan pasal melayu pada
detik ini. Saya menulis ini kerana saya merasakan DEB
lah [hanya sebagai sebab-musabab kerana apa-apa yang
terjadi adalah kehendak dan takdir Allah SWT] yang
menyebabkan kita semua dapat menggunakan forum ini
untuk berbincang, bergurau, bertukar-tukar pengetahuan
dan mengutarakan pendapat dengan gaya kita tersendiri.
Kalau tidak mungkin di ketika ini saya sekarang berada
di Laut Cina Selatan membelah pantai untuk mencarik
sesuap nasik.
Debat perdana sebentar tadi membuatkan saya hilang
mengantuk selain daripada Midun yang call ajak bakar
ikan yang baru beliau tangkap. Pagi tadi baca surat
khabar, kebanyakkan kolumnis ahad yang berpengaruh
seperti Johan Jaafar, Dr Noraesah, Nor Azam, Prof Syed
Husin Al-Atas, semuanya membicarakan hal DEB, minum
the kat kedai bakar pun cakap pasal DEB, kemuncaknya
sebentar tadi bila seorang pelajar Melayu yang
bertanya soalan pun berkenaan kenapa hak-hak DEB tidak
disamaratakan kepada bukan melayu.
DEB, DEB, DEB ! yang akan di cadangkan untuk
diperbaharui ‘lesennya’ dan akan di nama ANB [Agenda
Nasional Baru]. Semuanya bermula informasi yang
mengatakan sehingga setakat ini Melayu hanya dapat
menikmati 15%-18% sahaja kek ekonomi Negara.
Sebagai orang melayu, perdebatan tadi menjadikan saya
ada rasa agak malu dan segan kepada orang bukan
melayu. Dan peringatan saya kepada pembahas-pembahas
Negara, saya berpendapat sekarang ni bukan lagi masa
perdebatan melayu dengan melayu, melayu dengan Islam
tapi melayu dengan cina. Kalau dah rasa dah kuat
berdebat untuk Melayu, sekarang cubalah mereka ini
berhujah dengan cina pulak. Bak kata lain suruh orang
Umno berdebat dengan Cina, suruh orang PAS berdebat
dengan Cina, suruh orang Keadilan bercakap dengan
Cina, baru tahu tinggi rendah langit. Ini kerana
terdapat 2 isu peringkat nasioanl iaitu isu antara
Melayu-Islam dan Melayu-Cina.
Apa yang diketengahkan oleh Ketua Pemuda DAP, ialah
indirectly apabila kita bercakap pasal Glokal, kita
bercakap pasal langit terbuka, dunia tanpa sempadan,
dengan lain perkataan bekerja dalam arena antarabangsa
dengan mempunyai nilai-nilai orang Malaysia. Bak kata
budak DAP ni, iklan percutian di Malaysia oleh CNN
mempunyai tema ‘Truly Asian’ yang menampakkan orang
Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa yang boleh
bekerjasama dan bertolak ansur. Dan ini adalah
kekuatan orang Malaysia. Dan Melayu dan Cina boleh
mula bekerjasama dari segi pengagihan kekayaan negara
dengan cara Bantu-membantu dan bukannya mengenepikan
orang cina dalam merobah kekuatan negara kita.
Orang diluar sana tidak tahu pasal DEB ni, mereka
hanya lihat kepada mereka yang boleh buat kerja. Dan
secara realitynya mereka akan mimilih kaum cina untuk
bekerja. Maka jika selagi ada konsep DEB kemungkinan
besar rakyat melayu akan terus merasa selesa dan tidak
mahu bersaing dengan bukan bumiputra. Dan ini akan
menyebab orang Cina berkeadaan ‘survivor’ yang mereka
akan terus-menerus merasakan mereka kelas kedua dan
terus survivor. Behaviour survivor ni terus dihidupkan
untuk mereka belajar atau bersaing diperingkat
antarabangsa. Ini akan menyebabkan mereka lebih matang
diperingkat antarabangsa dan membawa kekayaan luar
Negara ke dalam Malaysia yang akan menyebabkan kek
kaum Cina bertambah besar serta mungkin dapat membeli
kek baru. Statistik ini tidak dikeluarkan oleh
mana-mana media di Malaysia.
Beliau juga mengulas pandangan Pak Lah tentang
‘ketirisan’ oleh Pak Lah yang mana secara ringkasnya
tentang konsep Ali Baba. Kenapa fenomena ini terjadi.
Dan yang akan terus kaya adalah Baba bukannya Ali. Tak
lain dan tak bukan ini semua budaya ’10 percent’ yang
diterapkan. Itu mungkin dulu, sekarang budak Cina DAP
ni mencadangkan agar tender diberikan sedikit kepada
bukan melayu. Bila ada tanggungjawab macam tu, maka
kedua-dua bangsa kena bekerja bersama-sama. Lepas tu
Melayu kena belajar dari Cina. Bila dah boleh berdiri
sendiri barulah melayu boleh mula berlari mengejar si
Cina ni Barulah ada win-win situation.

Kesimpulannya ialah jika DEB ini dibuat dengan baik
dan transparent maka mungkin kejayaan Melayu boleh
dicapai oleh orang melayu dengan cepat Kalau tidak
jurang tersebut akan terus besar dan membesar

Beliau juga menyentuh tentang UMNOputra, yang pada
mulanya saya pun tak faham, rupanya tentang UMNOputra
adalah subset kepada BUMIputra. Saya tak mahu mengulas
panjang pasal ini kerana mungkin sahabat UMNO tolong
terangkan perkara ini. Saya ingin mencabar orang UMNO
untuk mengulas perkara ini.

Jam dah menunjuk jam 11.46 malam. Alhidayah BB masih
down lagi, kalau sempat saya nak forward ni kat egroup
esok. Saya ingin mengakhiri dengan mengucapkan tahniah
kepada Najmil Faiz – yang menerima anugerah ‘The best
research of good prospect 2005, UK’ yang juga diberi
laluan oleh parlimen Britain untuk membentangkan
kajian teknologi Nano nya. Untuk pengetahuan beliau
merupakan lulusan gred 3 SPM dan terpaksa bekerja
untuk menampung pembelajarannya di UK. Dan tidak
keterlaluan juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada
Mawi yang boleh saya kategorikan sebagai ‘KAMDAR’ dari
KAMpung ke banDAR. Yang mana kelahiran DEB anak Felda
yang bekerja shoping complex, DJ shopping complex,
kerja kilang, DJ kedai makan. Tak pernah masuk kelas
muzik. Tapi berjaya memberi keyakinan kepada
pensyarah-pensyarah untuk mengundi beliau walaupun
beliau lebih sedap membaca AlQuran dari menyanyi.
Semoga cita-cita beliau untuk menjadi penyayi nasyid
akan tercapai dan seterusnya menjadikan gelombang
kedua dalam gelombang Nasyid Negara. Apa-apa pun
mereka ni adalah SURVIVOR.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


This page is powered by Blogger. Isn't yours?