Monday, August 01, 2005
DEB, DAP dan MAWI
Jutaan maaf kepada tuan moderator untuk tulisan ini.
Ini kerana saya hanya menceritakan pasal melayu pada
detik ini. Saya menulis ini kerana saya merasakan DEB
lah [hanya sebagai sebab-musabab kerana apa-apa yang
terjadi adalah kehendak dan takdir Allah SWT] yang
menyebabkan kita semua dapat menggunakan forum ini
untuk berbincang, bergurau, bertukar-tukar pengetahuan
dan mengutarakan pendapat dengan gaya kita tersendiri.
Kalau tidak mungkin di ketika ini saya sekarang berada
di Laut Cina Selatan membelah pantai untuk mencarik
sesuap nasik.
Debat perdana sebentar tadi membuatkan saya hilang
mengantuk selain daripada Midun yang call ajak bakar
ikan yang baru beliau tangkap. Pagi tadi baca surat
khabar, kebanyakkan kolumnis ahad yang berpengaruh
seperti Johan Jaafar, Dr Noraesah, Nor Azam, Prof Syed
Husin Al-Atas, semuanya membicarakan hal DEB, minum
the kat kedai bakar pun cakap pasal DEB, kemuncaknya
sebentar tadi bila seorang pelajar Melayu yang
bertanya soalan pun berkenaan kenapa hak-hak DEB tidak
disamaratakan kepada bukan melayu.
DEB, DEB, DEB ! yang akan di cadangkan untuk
diperbaharui lesennya dan akan di nama ANB [Agenda
Nasional Baru]. Semuanya bermula informasi yang
mengatakan sehingga setakat ini Melayu hanya dapat
menikmati 15%-18% sahaja kek ekonomi Negara.
Sebagai orang melayu, perdebatan tadi menjadikan saya
ada rasa agak malu dan segan kepada orang bukan
melayu. Dan peringatan saya kepada pembahas-pembahas
Negara, saya berpendapat sekarang ni bukan lagi masa
perdebatan melayu dengan melayu, melayu dengan Islam
tapi melayu dengan cina. Kalau dah rasa dah kuat
berdebat untuk Melayu, sekarang cubalah mereka ini
berhujah dengan cina pulak. Bak kata lain suruh orang
Umno berdebat dengan Cina, suruh orang PAS berdebat
dengan Cina, suruh orang Keadilan bercakap dengan
Cina, baru tahu tinggi rendah langit. Ini kerana
terdapat 2 isu peringkat nasioanl iaitu isu antara
Melayu-Islam dan Melayu-Cina.
Apa yang diketengahkan oleh Ketua Pemuda DAP, ialah
indirectly apabila kita bercakap pasal Glokal, kita
bercakap pasal langit terbuka, dunia tanpa sempadan,
dengan lain perkataan bekerja dalam arena antarabangsa
dengan mempunyai nilai-nilai orang Malaysia. Bak kata
budak DAP ni, iklan percutian di Malaysia oleh CNN
mempunyai tema Truly Asian yang menampakkan orang
Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa yang boleh
bekerjasama dan bertolak ansur. Dan ini adalah
kekuatan orang Malaysia. Dan Melayu dan Cina boleh
mula bekerjasama dari segi pengagihan kekayaan negara
dengan cara Bantu-membantu dan bukannya mengenepikan
orang cina dalam merobah kekuatan negara kita.
Orang diluar sana tidak tahu pasal DEB ni, mereka
hanya lihat kepada mereka yang boleh buat kerja. Dan
secara realitynya mereka akan mimilih kaum cina untuk
bekerja. Maka jika selagi ada konsep DEB kemungkinan
besar rakyat melayu akan terus merasa selesa dan tidak
mahu bersaing dengan bukan bumiputra. Dan ini akan
menyebab orang Cina berkeadaan survivor yang mereka
akan terus-menerus merasakan mereka kelas kedua dan
terus survivor. Behaviour survivor ni terus dihidupkan
untuk mereka belajar atau bersaing diperingkat
antarabangsa. Ini akan menyebabkan mereka lebih matang
diperingkat antarabangsa dan membawa kekayaan luar
Negara ke dalam Malaysia yang akan menyebabkan kek
kaum Cina bertambah besar serta mungkin dapat membeli
kek baru. Statistik ini tidak dikeluarkan oleh
mana-mana media di Malaysia.
Beliau juga mengulas pandangan Pak Lah tentang
ketirisan oleh Pak Lah yang mana secara ringkasnya
tentang konsep Ali Baba. Kenapa fenomena ini terjadi.
Dan yang akan terus kaya adalah Baba bukannya Ali. Tak
lain dan tak bukan ini semua budaya 10 percent yang
diterapkan. Itu mungkin dulu, sekarang budak Cina DAP
ni mencadangkan agar tender diberikan sedikit kepada
bukan melayu. Bila ada tanggungjawab macam tu, maka
kedua-dua bangsa kena bekerja bersama-sama. Lepas tu
Melayu kena belajar dari Cina. Bila dah boleh berdiri
sendiri barulah melayu boleh mula berlari mengejar si
Cina ni Barulah ada win-win situation.
Kesimpulannya ialah jika DEB ini dibuat dengan baik
dan transparent maka mungkin kejayaan Melayu boleh
dicapai oleh orang melayu dengan cepat Kalau tidak
jurang tersebut akan terus besar dan membesar
Beliau juga menyentuh tentang UMNOputra, yang pada
mulanya saya pun tak faham, rupanya tentang UMNOputra
adalah subset kepada BUMIputra. Saya tak mahu mengulas
panjang pasal ini kerana mungkin sahabat UMNO tolong
terangkan perkara ini. Saya ingin mencabar orang UMNO
untuk mengulas perkara ini.
Jam dah menunjuk jam 11.46 malam. Alhidayah BB masih
down lagi, kalau sempat saya nak forward ni kat egroup
esok. Saya ingin mengakhiri dengan mengucapkan tahniah
kepada Najmil Faiz yang menerima anugerah The best
research of good prospect 2005, UK yang juga diberi
laluan oleh parlimen Britain untuk membentangkan
kajian teknologi Nano nya. Untuk pengetahuan beliau
merupakan lulusan gred 3 SPM dan terpaksa bekerja
untuk menampung pembelajarannya di UK. Dan tidak
keterlaluan juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada
Mawi yang boleh saya kategorikan sebagai KAMDAR dari
KAMpung ke banDAR. Yang mana kelahiran DEB anak Felda
yang bekerja shoping complex, DJ shopping complex,
kerja kilang, DJ kedai makan. Tak pernah masuk kelas
muzik. Tapi berjaya memberi keyakinan kepada
pensyarah-pensyarah untuk mengundi beliau walaupun
beliau lebih sedap membaca AlQuran dari menyanyi.
Semoga cita-cita beliau untuk menjadi penyayi nasyid
akan tercapai dan seterusnya menjadikan gelombang
kedua dalam gelombang Nasyid Negara. Apa-apa pun
mereka ni adalah SURVIVOR.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com