Friday, April 29, 2005
Borang BE 2004 hendaklah dikembalikan sebelum 30 April 2005
Seperti biasa tarikh akhir bagi pengembalian borang cukai individu bagaikan pesta di cawangan-cawangan LHDN. Tahun ini saya ke LHDN Jalan Duta sebab ingin berjumpa kawan lama saya yang bekerja disitu sambil bertanya tentang apa -apa lagi yang tidak faham, maklumlah tahun ni adalah tahun pertama taksiran sendiri dan borang pun dah ada perubahan dari segi wajahnya. Telah diduga bila sampai je di Jalan duta bagaikan pesta menghantar borang BE di saat akhir. Kami pergi makan dan settle boarang kami, kami pun diberitahu bahawa LHDN menerima borang yang terdapat di segmen e-perkhidmatan dalam website LHDN. Ini menyenangkan pembayar cukai supaya tidak terhegeh-hegeh mengira dari satu kolum-ke satu kolum yang lain. Disini saya ingin mencadangkan beberapa inisiatif yang boleh difikirkan bagi mengurangkan kesesakan akhir bagi penghantaran borang cukai :
1. Boleh mula merealisasikan penghantaran borang digital melalui internet
2. Jika lebih ekstreem menggunakan sms
3. Mengadakan kaunter-kaunter bergerak yang di tempatkan di kawasan yang luas dan senang untuk meletakkan kenderaan seperti di padang, dataran, stadium dll
4. Memberi potongan diskaun kepada mereka yang menghantar borang tersebut awal
5. Memudahkan lagi cara pengisian borang BE[user friendly], kerana rata-rata yang memberitahu kepayahan dalam mengisi borang BE.
6. Sitem mengisi borang perlu diajar kepada mereka yang berada di pusat pengajian, ini kerana kebanyakkan hanya diajar kepada pelajar perakaunan dan pelajar kewangan sahaja
7. Penerangan lengkap diberikan dalam semua saluran media - TV, surat khabar, radio, ini kerana bukan semua orang boleh access internet
8. Borang diletakkan dalam surat khabar seperti borang share/ saham
9. Majikan mengutip bagi pihak pekerja - ini menyenangkan pekerja.
10. Mengadakan agen-agen kutipan di semua kawasan perumahan.
Kepada semua pembayar cukai, selamat membayar cukai.

Wednesday, April 27, 2005
Apprentice and Komen TV reality malaysia
Semalam last day the apprentice 2 rancangan yang saya mula minati. Dan di menangi oleh Kelly yang saya yakin beliau memang berhak untuk memenanginya. Sebenarnya saya ingin ulas panjang-panjang tentang apprentice 2 ni sebab banyak perkara yang dapat dipelajari seperti decision making, handle problematic people, teamwork, and etc. Walaubagaimanapun sesiapa yang menontonnya at least dapat pengetahuan baru dan boleh dimanafaatkannya.
Banyak tv reality yang muncul sekarang ini seperti Contender, Amazing Race, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Audition, Top Hsot, Explorace, Fear factor dan lain-lain. Sedutan-sedutan rancangan ini banyak ke udara semasa break apparentice final ni.
Disebabkannya diselang-selikan dengan program barat dan Malaysia, saya melihat satu kekurangan yang dibuat oleh komentator dari tv reality malaysia. Ini kerana komentator dari TV reality malayysia nampak tidak profesional semasa memberi pandangan mereka. Antara gelagat yang dibuat oleh komentator ialah :
a. Buat muka mengantuk.
b. Buat muka beruk
c. Meletakkan pensil didalam telinga
d. Membuat muka hairan
e. Tenganga-nganga
dan bermacam gelagat kebudak-budakkan dibuat
Komen yang diberi pun
a. Balik dulu
b. Bodoh
c. Tak ada IQ
d. Pergi belajar universiti dulu
e. Awak jadi pelawak lagi bagus
Saya yakin pada mereka yang mengikuti rancangan2 seperti ini ingin belajar. Oleh yang demikian komen yang diberikan perlulah bersifat membina bukannya menghina.Ia perlulah bersifat justifikasi bukannya provokasi dan lain2 lagi
Seperti contoh
1. Kalau tak sedap, terangkan kenapa suaranya tak sedap, cerita pasal tone suara, key-key yang kurang.
2. Kalau tak pandai menarik perhatian, cakap bagaimana nak tarik perhatian bukannya kata bodoh dll
3. Kalau tidak layak, kenapa tidak layak, justify.
Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan penerbit rancangan sebegini patut memilih mereka yang pandai memberi komen yang baik dan justifikasi yang kuat. Ini adalah amat penting bagi pembinaan keintelektualan remaja-remaja kita kan menjadi pemimpin satu masa nanti. Boleh berhujah dan boleh memberi pendapat yang baik. Bukan nya pandai membuat muka-muka macam beruk.

Thursday, April 21, 2005
myberlingobox mula beroperasi
Sg Buloh. 12 Rabi al-Awwal 1426| 21 April 2005. Hari ini merupakan Hari Lahir Nabi Muhammad SAW yang kita sama-sama kasihi dan kita cintai yang mana Baginda merupakan pembawa rahmat ke seluruh alam. Lebih dikenali sebagai Maulidur Rasul di Malaysia, kita menyambutnya dengan penuh semangat, warna-warni, berselawat dan bermacam lagi. Alhamdullilah, tema maulidur rasul pada tahun ini ialah Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah’. Harapan kita semua, agar Syiar yang ditunjukkan ini diterjemahkan kepada syariah yang dituntut dalam Islam itu sendiri. Sehubungan dengan itu saya berharap agar blog yang dibangunkan ini hendaklah berpaksikan dengan amalan menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti mana Nabi kita , Nabi Muhammad SAW berjuang sehingga akhir hayatnya. Saya dengan ini mengumumkan bahawa 12 Rabi al-Awwal 1426 adalah hari pertama blog ini beroperasi. Terima kasih.
Mulanya disini
nilah first time aku menggunakan blog sendiri, selalunya dok masuk blog oarang lain dan komen sana-sini. Kini tibalah masanya aku menulis dalam blog aku sendiri