Thursday, April 21, 2005

 

myberlingobox mula beroperasi

Sg Buloh. 12 Rabi al-Awwal 1426| 21 April 2005. Hari ini merupakan Hari Lahir Nabi Muhammad SAW yang kita sama-sama kasihi dan kita cintai yang mana Baginda merupakan pembawa rahmat ke seluruh alam. Lebih dikenali sebagai Maulidur Rasul di Malaysia, kita menyambutnya dengan penuh semangat, warna-warni, berselawat dan bermacam lagi. Alhamdullilah, tema maulidur rasul pada tahun ini ialah Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah’. Harapan kita semua, agar Syiar yang ditunjukkan ini diterjemahkan kepada syariah yang dituntut dalam Islam itu sendiri. Sehubungan dengan itu saya berharap agar blog yang dibangunkan ini hendaklah berpaksikan dengan amalan menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti mana Nabi kita , Nabi Muhammad SAW berjuang sehingga akhir hayatnya. Saya dengan ini mengumumkan bahawa 12 Rabi al-Awwal 1426 adalah hari pertama blog ini beroperasi. Terima kasih.

Comments:
Tahniah
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?