Saturday, July 28, 2007
Pengaruh Bloggers
Sejak kebelakangan ini sudah lebih tiga orang bloggers telah dipanggil mengadap polis akibat tulisan-tulisan mereka serta komen-komen dalam blog mereka. Dan kebanyakkan berunsurkan politik, ini termasuklah menyentuh perkara-perkara sensitive di Malaysia baik dari segi agama,kaum dan keistimewaan-keistimewaan bangsa masing-masing
2. Penulis laman blog yang boleh menyentuh isu sensitif yang boleh merosakkan perpaduan kaum dan pemikiran masyarakat.
Komen saya.
1. Pemantauan memang perlu dibuat dari masa ke semasa.
2. Penulis blog perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulisnya
3. Isu sensitiviti contoh bab agama dan bab kaum perlu diperlu diberi perhatian
4. Pelapor juga bertanggungjawab dengan apa yang dilaporkan
5. Garispanduan dan undang-undang kena jelas diterangkan kepada semua bloggers
6. Media-media lain seperti suratkhabar, tv, radio juga perlu ada undang-undang yang sama.
Walau apa pun pengaruh blog memang amat kuat dan pantas. Bersiap sedialah kita dalam pertarungan alam cyber di masa akan datang.
p/s kalau media buat laporan salah tentang bukan pencadang, bagaimana? Kena buat laporanlah...lebih-lebih artis yang kena fitnah macam Mawi hisap dadah ..........hehehehehe
Monday, July 23, 2007
Komen kat bolasepak Malaysia bertubi-tubi...
Antara banyak-banyak komen, saya suka komen yang di beri oleh Prof Datuk Dr Khoo Kay Kin.
Interview penuh, sila ke soal jawab berita harian
Saturday, July 21, 2007
Tom-tom bak Vs Mini Parlimen
Sunday, July 15, 2007
Podcasting aku
Kat Malaysia setakat ini aku tak jumpa lagi radio yang aktif guna podcasting ni, cuma klfm. Dan kedua-dua podcasting iaitu rancangan zikrah dan infoict aku suka dengar.
PODCAST - a radio programme-style show which can be downloaded from the internet and transferred to an MP3 player
Thursday, July 12, 2007
Test Podcasting
Sampan Berehat
Setenang Petang dan Pantai
Wednesday, July 11, 2007
Kepuasan bekerja
Masa lunch tadi aku dan rakan-rakan ku bersembang pasal motivasi kerja....so banyak yang dah tak ada motivation untuk kerja....so kita orang bincanglah macam mana nak kuatkan semangat untuk bekerja..
Dalam banyak-banyak jawapan, aku tertarik dengan jawapan yang dibawah...
Kita sebelum pergi kerja, tanamkan dalam hati supaya kita dapat selesaikan satu masalah hari ini, tak kira dari masalah sekecil-kecilnya seperti mengemaskan workstation sehingga masalah sebesar-besar seperti menambahkan pendapatan syarikat. Ini akan menyebabkan tiap-tiap hari kita berada dalam kepuasan kerja kerana setiap hari kita dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya satu masalah. Secara analoginya, kalau sesuatu masalah itu dapat diselesaikan, kita akan balik dengan perasaan gembira dan boleh tidur lena kan ?