Sunday, March 18, 2007

 

Tahniah Pak Jad

Pak Jad merupakan room mate aku yang kedua semasa aku di Matrikulasi. Dan beliau boleh dikatakan usahawan dari bangku matrikulasi lagi. Kami pernah bukak kedai laksa ketika Hari Terbuka Kolej, Jual buku dan kali terakhir aku menjadi partner dia untuk berniaga ialah jual 'scientific calculator' kat Universiti sehingga kami untung bersih seorang RM 400.00, ini semua hasil usaha beliau mencari main distributor calculator, sehinggakan pergi ke Port Kelang. Habis belajar kami dengan haluan masing-masing. Beliau dengan business beliau dan akhir sekali sekarang beliau menjadi distributor kepada peralatan perubatan.



Last week dia ajak datang rumah dia yang baru untuk Aqiqah anak dia. Bila tengok rumah dia yang mempunyai 6 buah bilik. Dalam hati kecik ku berkata 'dia memang layak mempunyai rumah ini hasil dari titik peluh beliau'. To Pak Jad - aku memang respek kau.....

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?