Friday, March 02, 2007

 

Macam mana nak jawab soalan anak pemandu teksi ni ?

Tadi saya balik dari Komuter Sg Buloh sampai ke rumah nak teksi. Dalam perjalananku selama lebih kurang 20 minit tu, kami berbincang topik-topik kesesakan laulintas, komuter yang tak pernah improve, strategi pemandu teksi, muda-mudi zaman sekarang, cabaran menjaga anak kini. Pemikiran anak yang berumur 5 tahun sekarang tidak sama dengan pemikiran anak yang berumur 5 tahun pada masa sepuluh tahun yang lepas.

Soalannya berbunyi begini

Ayah-ayah, kenapa burung tu boleh terbang ? dan macam mana dan cara-cara burung tu dapat terbang sedangkan kalau benda tu berat mesti jatuh bawah ?


Kalau soalan ini ditujukan kepada anda, bagaimana anda nak jawab ?

Comments:
assalamualaikum,

senang saja. parents can just answer based on their knowledge. be true & honest with your answers (that's they key), though it will leads to further Qs. we cannot kill sifat inquisitive inside our children.

kita boleh mulakan dengan cerita (sebagai contoh)...."Allah telah jadikan semua makhluk untuk bergerak menggunakan pelbagai cara. Adik mula2 dilahirkan belum boleh berjalan. bila dah besar, tangan, kaki dah kuat, adik mula berlajar berjalan dengan pertolongan ibu, ayah, kakak and abang....and etc" lepas tu kita relatekan pulak dengan burung "burung pun macam tu juga.....and so forth" "burung tidak seberat manusia...kepaknya memang dijadikan Allah kuat untuk dihayunkan....and so forth" then, kita boleh tambah....ada burung besar seperti contoh burung emu...tapi burung ni tak boleh terbang sebab berat...tapi kuat berlari kerana kaki panjang.....

sorrylah brother....meleret-leret pulak jadinya....kadang2 tu diri sendiri pun jenuh nak menjawab soalan2 cepumas anak2....
 
agree w anonymous :-)

soalan tu tak susah nak jawab sbb kita terangkan lah nature kejadian sesuatu makhluk Allah tu

yg susah tu kalau anak tanya "Allah tu ada kat mana?" bila kita jwb Dia ada dimana2 & melihat apa jua yg kita buat & niatkan - anak respon: kalau mcm tu mcm mana pulak, kata Allah ada satu je
*ni xperience sindri la ni*
 
agreed both of you....kita tearng dengan apa yang kita mampu....walaubagaimanapun kita perlu bersiap sedia menjadi parents yang menerima soalan-soalan power dari generasi baru ini
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?