Wednesday, February 28, 2007

 

Response untuk postingku yang bertajuk "Masjid Cina Ditolak ?"


Sudah ada 2 comment on Masjid Cina Ditolak ? Thanks for visiting my blog… i like your comments……cakap pasal ukhwah ni oleh Sdr anynomous, saya masa belajar dulu terlibat dengan Saudara Baru di universiti– dulu dikenali sebagai Muallaf. Antara yang menjadi kawan saya ialah Patmanathan yang sekarang nama barunya Syazwan dan baru menghabiskan PHDnya di UK. Semasa dia baru masuk Islam dulu, saya memang dok teman dia pergi PERKIM kat jalan Ipoh sebab dia nak mendalami Islam. Beliau sungguh tekun dalam mendalami ilmu agama walaupun di tentang hebat oleh keluarganya. Tapi dengan cara professional beliau akhirnya beliau diterima oleh keluarga walaupun telah masuk Islam.

Antara komen-komen awal beliau ialah ramai orang Islam yang promote/menyeru orang bukan Islam untuk masuk Islam. Tapi lepas mereka masuk Islam tak ramai malahan ramai orang Islam yang sedia ada tidak mengendahkan samada Saudara Baru ni sembahyang ke idak, puasa ke idak dan kebajikan-kebajikan yang lain…...kalau kita tanya diri kita ini, adakah kita pernah terfikir tentang nasib saudara baru kita ?……..komen ini memang ada betulnya daripada apa yang saya perhatikan…..dan saudara baru perlukan sokongan terutamanya daripada kaumnya sendiri sebab kebanyakkan mereka ini bila masuk Islam tidak diterima oleh keluarga lagi. Dr Syazwan juga mendapat kawan barunya di Masjid India

Berbalik kepada Masjid Cina ini, mungkin Masjid Cina dijadikan satu tempat dimana Saudara baru Cina ini dapat berkumpul dan bersama dalam hal-hal keIslaman mereka. Ia merupakan Syiar bagi kaum Cina yang mana Islam bukan sahaja untuk orang melayu [dalam konteks Malaysia] tapi terbuka untuk semua kaum. Dan Masjid ini terbuka juga bagi semua kaum dan bukan sahaja untuk kaum cina sahaja.

Kita mesti letakkan diri kita ditempat Saudara Baru, sebab kita boleh membuat aktiviti-aktiviti untuk saudara baru malahan kita boleh membantu mereka dalam pembelajaran agama, tapi mereka juga memerlukan komuniti untuk meneruskan kehidupan mereka. Dan saya yakin dan percaya dengan ada Masjid Cina ini, networking akan terbentuk, mungkin cahaya terang boleh kelihatan dari perspektif mereka.

Tentang Masjid PAS dan Masjid UMNO, yang tu saya tak setuju……………

Masjid Cina ni mungkin satu negeri satu Masjid kot, bukannya setiap kampong ada Masjid Cina. Jika hari biasa mungkin dia bersama dalam jemaah Masjid di kariah masing-masing

Mungkin kita boleh cuba membinanya satu Masjid Cina atau 2 Masjid Cina buat permulaan ? Belum cuba belum tahu kan ...............

Comments:
Assalamualaikum Mr Berlingo,

Tahniah pada saudara yang bertungkus-lumus dalam membantu Dr Syazwan mengenali Islam dgn lebih dalam lagi.

Sikap seperti saudara inilah yg perlu dicontohi oleh umat Islam yg lain, esp. org Melayu Islam di M'sia. Dengan sikap seperti ini maka kita tidak perlukan masjid India atau Cina...

As mentioned before...what we need is a mindset change...paradigm shift.

Salam...
 
Wa'alaikumusalam...

terima kasih atas tahniah yang diberikan...anyway kita perlu bertanggungjawab dengan apa yang ada di depan kita....

cakap pasal sikap ini, kalau ada seramai 1 juta orang di Malaysia ini mempunyai sikap yang positif tidak kira apa sahaja, saya yakin dan percaya banyak perkara yang boleh diselesaikan dengan mudah.....bahkan bukan masalah agama kita boleh settle, masalah antara kaum juga kita boleh settlekan.

Noted that kita tidak perlukan Masjid India atau Cina...Yang pasti Masjid yang sedia ada perlu diimarahkan dengan sebenarnya...bukannya gah dengan masjid bernilai jutaan tapi makmum hanya beberapa kerat sahaja...

We need mindset change, tapi keadaan masih tidak berubah. Why?
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?