Tuesday, February 20, 2007
Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam
Walaubagaimanapun aku teramatlah kagum melihat keupayaan akal fikiran tamadun Islam Zaman Dahulu sehingga boleh mampu mendepani dalam segala hal. Ini termasuklah
Matematik, Seni & Arkitek Astronomi Islam, Geografi, Pengembaraan, Penemuan Perubatan Teknologi & Reka Cipta
Dari pameran ini, aku ingin buat kesimpulan seperti berikut :
1. Orang Islam amat meminati geometri kerana mereka terpaksa menggunakan matematik serta kiraaan geometri bagi menentukan peredaran waktu seperti waktu sembahyang, waktu puasa, arah kiblat dan penentuan bulan-bulan yang disebutkan dalam Al Quran. Minat mereka ini diterjemahkan dalam architecture yang ditunjukkan dalam bangunan seperti masjid, istana-istana dan lain-lain. KLCC pun dibina mengikut geometri-geometri Islam seperti yang ditunjukkan dalam pameran ini.
2. Aku cukup yakin dan percaya bahawa orang Islamlah yang menemui ilmu astronomi, matematik, arkitek, kejuruteraan sebab mereka terpaksa menjawab soalan-soalan waktu sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain yang telah difardhukan ke atas mereka termasuklah membangunkan kalender Islam. Barat tahu menciplak sahaja - sebab apa guna kalender, pembahagian waktu dalam satu hari, masa 24 jam dan lain-lain sebab sebenarnya masa dalam sehari tidak berguna dalam proses ibadat mereka. Mereka hanya tahu breakfast, lunch and dinner sahaja dalam satu hari, serta bila nak serang orang Islam di Palestin, Iraq dan lain-lain sahaja.
tepatlah tema pameran kali ini
SAINS ISLAM MENDAHULUI ZAMAN