Tuesday, February 20, 2007

 

Inilah rupa orangnya yang suruh motosikal bukak lampu siang hari

TEKNOLOGI: Dr Radin Umar menunjukkan
Radin's Formula yang dibangunkannya.

Masa aku dengar idea suruh bukak lampu moto waktu siang, aku dengan sendiri kata- giler ker? tak pernah orang buat. Dan waktu aku nak balik ke Perak sempena Tahun Baru Cina tahun ini, baru aku tahu siapa yang bagi idea ni dari muka depan berita harian, namanya Professor Dr Radin Umar Radin yang baru dilantik sebagai Ketua Pengarah Pertama, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Tahniah saya ucapkan. Idea bukak lampu moto ini diterimapakai di Indonesia dan Thailand.

Sekarang beliau dan MIROS tengah develop modul keselamatan jalanraya untuk dimasukkan dalam kurikulum sekolah rendah. Lagi cepat lagi bagus....teringat dulu masa sekolah ada pelajaran SIVIK menyebabkan aku sampai sekarang tak buang sampah merata-rata....... hehehehe

Satu info baru dari Prof Radin - Objek seberat 1 kg dibelakang tempat duduk akan mejadi berat 40kg ketika kemalangan pada kelajuan 50 km sejam.

Comments:
skrg prof dr radin kena carik idea camana nak suruh mat2 rempit berenti dari merempit motosikal di jalanraya kita...pergh!
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?