Friday, October 13, 2006

 

Risiko perbankan Internet -- Pakar komputer pernah ditipu, enggan guna lagi - Utusan Malaysia

Pagi tadi dalam radio kepoh pasal pengguna perbankkan internet banyak kena tipu, yang bestnya dengan budak universiti dan budak belasan tahun jerrr

Modus operandi untuk penipuan ni dah digunakan dulu masa Maybank2u mula diperkenalkan.
Mudah sahaja – kaedah ini dinamakan ‘fishing’ – buat website yang sebijik rupa macam website asal original dan letakkan link tu kat mana-mana, once dia click je kat link tersebut, website palsu akan keluar dan pengguna akan login macam biasa, tetiba je web site tu error. Apa yang terjadi ialah password dan login id dah dapat dibaca oleh penipu internet ni.

Last year aku pergi national accountant conference, dan talk yang paling best bagi aku yang diberikan oleh Ankit Fadia dalam tajuk ceramahnya – Winning Cyber Terrorism – Implication to business’ Kalau nak tahu lanjut pasal dia just type Ankit Fadia dalam google searh dan search, antara website dia adalah http://www.hackingmobilephones.com/

Dalam ceramah dia, dia menyatakan bahawa kita tidak akan selamat jika kita deal melalui computer, banyak kes kehilangan duit, kepercayaan, kuasa, kredibiliti semuanya melalui computer, ini kerana di luar sana ramai yang faham programming computer, pada masa yang sama beliau juga menunjukkan demonstrasi hack email Bill Gates. Dan berjaya. Dan yang paling merbahaya ialah mencuri maklumat-maklumat government melalui internet dan menjualnya dengan harga yang mahal.

Di ofis aku pulak ada satu mamat yang bernama Fad ni baru join setahun, kalau tengok muka – selamba jer, lately ni baru aku observe yang mamat ni pandai menyelesaikan masalah-masalah dalam SAP Accounting system yang outstanding dah bertahun-tahun lamanya. Aku pun bertanya kat dia macam mana dia solvekan outstanding ni sebab aku masih ingat lagi dalam resume dia tak ada pulak mengatakan yang dia ni tahu pasal SAP.

Jawapannya cukup menarik, dia panggil aku boss. ‘Boss, sebenarnya semua tempat yang saya bekerja, company tak pernah hantar saya training system terutamanya accounting system’ menyebabkan saya kena belajar sendiri. Di sebabkan saya kena belajar sendiri, maka saya kena faham konsep dan cara system tu bekerja. Anyway konsep accounting tak akan berubah, yang berbeza hanyalah accounting system/software. Maka dengan konsep accounting yang standard dan pengalaman menggunakan system yang berlainan sebelum ini, menyebabkan saya faham selok belok sesuatu system.

To give credit to him, - dia dah solve accounting transaction yang outstanding antara 8 – 10 tahun dahulu dalam masa seminggu sahaja. Beliau juga satu-satu pekerja yang bagi aku yang tidak menggunakan ‘mouse’ untuk bekerja, beliau banyak menggunakan keyboard function seperti Alternate tab, control a,b,c k dan lain-lain.

Kesimpulannya dari pengalaman Ankit serta Fad, ialah KONSEP. Jika kita faham KONSEP sesuatu system maka mudahlah kita untuk memanupulasikan system tersebut terutamanya system perbankkan walaupun kadangkala kita tidak mempunyai basic programming.

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?