Sunday, October 29, 2006

 

Muhammad Yunus – Bank Grameen – Nobel Prize

Aku mengetahui tentang sumbangan Muhammad Yunus ni dah sebulan lebih sebab telah keluar di dalam akhbar tentang kejayaannya dianugerahkan Nobel Prize Keamanan. Sumbangannya dalam membasmi kemiskinan dengan penubuhan Grameen Bank di Bangladesh telah dimuatkan dalam akhbar pada hari Ahad 2 hari sebelum Raya tahun ini.

Pada Hari Raya ketiga pulak, ditunjukkan pulak tentang kejayaannya dalam Discovery Channel. Memang aku respek pemikiran dan perlaksanaan Grameen Bank ni iaitu bank untuk orang miskin.

Berdasarkan discovery channel yang aku tengok, ceritanya bermula dari beliau seorang anak dari golongan yang kaya, menjadi pengakap sewaktu di awal persekolahannya dan melihat kemiskinan yang melanda penduduk Bangladesh dari kecil lagi. Kemudian beliau menyambung pembelajaran kat United States dalam jurusan Ekonomi, bila habis beliau balik Bangladesh jadi lecturer. Pada masa tu ramai orang Bangladesh yang belajar kat oversea tapi bila habis belajar tak nak balik Bangladesh, kerja kat oversea. Muhammad Yunus melihat kemiskinan yang terlampau di Bangladesh dan dalam pada yang sama teori-teori ekonomi bagi membasmi kemiskinan hanya teori semata-mata. Dalam reality, teori-teori yang dibentuk masih tidak dapat menyelesaikan masalah.

So apa yang beliau lihat ialah orang miskin ni mempunyai kemahiran tapi disebabkan tak ada modal, maka kemahiran hanya tinggal kemahiran. Maka projek pertamanya di sebuah kampung dan beliau dan teamnya dapat mengumpul sebanyak 42 buah keluarga yang boleh buat kerja kemahiran spt kraftangan bakul, tempat simpan barang dan lain-lain. Berdasar BBC online "The first loans he issued had a value of $27 (£14.50). Their recipients were 42 women from the village of Jobra, near the university".
Dengan kerja kuat orang-orang miskin ini hasilkan, dan dapat menghasilkan pulangan yang baik, maka keluarga mereka ini telah keluar dari kedhaifan.

Pada masa yang sama Muhammad Yunus pergi ke bank bagi memohon untuk memberi modal kepada orang-orang miskin, tapi malangnya bank yang laparkan ‘interest’ hanya perli kepada beliau bahawa pinjaman kepada orang-orang miskin ini tak akan dapat balik. Konsep bank seperti semua maklum, hanya nak memastikan bahawa peminjam yang berkemampuan boleh bayar balik hanya akan dilayan, maknanya peminjam yang kaya sahaja yang mampu membuat pinjaman, kerana perlu ada jaminan dan cagaran. Oleh yang demikian sampai bila si miskin tidak boleh buat pinjaman kerana tiada cagaran/jaminan serta penjamin.

Sebagai langkah pertama beliau, beliau menjadi penjamin kepada golongan miskin dan beliau telah membuktikan bahawa orang-orang miskin ini boleh berjaya dengan bantuan sedikit modal. Bagi beliau, orang yang malas akan terus malas jika mereka tidak ada kerja….kalau kita bagi kerja dan peluang,pasti mereka akan berjaya.

Di sebabkan pihak bank yang mungin tak faham teori ekonomi dalam menjalankan bisness bankingnya, Muhammad Yunus telah mengemukakan proposal kepada kementerian kewangan tentang ideanya bagi membasmi kemiskinan di Bangladesh dan kementerian kewangan telah meluluskan sebuah bank yang dinamakan Bank Grameen yang menawarkan Mikro Kredit hanya untuk orang miskin sahaja. Bank Grameen – Grameen dalam bahasa benggali adalah luar Bandar, maka dalam bahasa Melayu, namanya Bank Luar Bandar.

Bank ini telah membantu lebih kurang 17 juta orang dari 4000 kampung dengan nilai pinjaman 290.03 billion taka (RM 21.4 billion). Kemudahan ini telah berjaya mengeluarkan manusia dari kemiskinan, secara langsungnya dengan berkurangnya kemiskinan maka berkuranglah masalah sosial.

Mengikut para penganalisa ekonomi, jika konsep ini dilaksanakan secara global, maka ia akan menyelesaikan masalah 1.2 billion penduduk yang miskin. Oleh sebab itu anugerah nobel diberikan kepada beliau, kerana bukan sahaja beliau mengeluarkan penduduk dari kemiskinan tapi menaikkan taraf penduduk miskin yang biasanya tersisih dengan kasta-kasta yang dibuat.

Muhammad Yunus yang digelarkan Banker to Poor telah membahawa cahaya kepada mereka yang miskin mengakhiri Discovery Channel dengan berharap satu hari kemiskinan hanya boleh dilihat di dalam Muzium.

Apa yang menjadi pengajaran dari Muhammad Yunus

1. Pembelajaran yang kita belajar kadangkala kurang betul, banyak menguntungkan orang kaya
2. Jadikan apa yang kita belajar untuk dilaksanakan, bukannya hanya untuk lulus periksa
3. Berilah sumbangan dari ilmu yang didapati terutamanya memperbetulkan keadaan yang salah
4. Kekayaan bukan segala-galanya
5. Pastikan YB yang dilantik supaya berfikiran macam ni….

boleh dapatkan cerita beliau

http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/6047020.stm
http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/10/13/nobel.peace.ap/index.html

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?