Sunday, July 09, 2006
Tahniah Felda Chini 5 - projekku dulu
Aku memang suka projek Felda ni sebab felda ni lah bagi 'anchor' kepada pembangunan rakyat melayu dari dulu lagi. Di atas sebab inilah aku ada join projek anak angkat Felda Chini 5 pada tahun 1995 dulu yang mana aku ditugaskan untuk menjadi facilitator kepada anak-anak Felda untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang cemerlang. Aku di tempatkan di sana selama 10 hari duduk bersama keluar angkat ku yang aku hubungi sehingga sekarang.
Cuba bayangkan dengan kemudahan yang begitu daif - elektrik - malam kadang ada kadang tak ada, jalan tanah merah - kalau hujan becak giler, tak ada lampu jalan - kalau malam gelap giler dan bermacam lagi.
First day kami seramai lebih kurang 20 orang pergi ke sekolah, kami di sambut macam raja oleh guru-guru kat situ. Kami diletakkan di kelas-kelas.
Kesian aku tengok adik-adik ku :
a. Darjah 4, masih tak boleh baca
b. Tak ada duit nak beli buku tulis
c. Malas
d. Tak pernah baca suratkhabar
e. English ? Jangan harap nak faham, dan memang boring untuk belajar english
f. Ada seorang budak tu aku masih ingat dia cakap, 'saya nak belajar waktu petang, tapi ayah suruh tolong kat kebun' macam mana nak buat abang, malam dah penat ? budak darjah enam. 'Terpegun aku nak jawab' Aku doakan beliau akan berjaya dunia dan akhirat.
Selama 10 hari kami kat sana, mengajar aku erti pengorbanan, kepayahan, keberanian, kesempitan dan kesungguhan. Habis modul yang diberi kepada mereka.
Lepas 6 bulan kami adakan follow up dekat tempat yang sama. Alhamdullilah cikgu kat situ kata ada improvement walaupun tak semua.
Lepas projek itu, aku ada mengunjungi mereka sebanyak 3 kali. Aku pun dah kahwin dan pernah bawak anak-anak ku kesana, adik angkat aku seorang masuk UITM, seorang masuk kolej. Seronok aku melihatnya. Masa aku pergi pun keadaan tempat dah banyak berubah, elektrik, jalan, sekolah pun dah besar.
Tahun 1994 mengejutkan aku bila, tiba-tiba tengah aku dok leka dengan komputer. Tiba muncul yahoo-messenger dari yahoo-ID yang aku tak kenali, rupa-rupanya adik angkat ku yang bongsu- dah ada internet kat rumah bapa angkat ku rupanya. Peuhhhhh
DAN HARI INI aku baca dalam surat khabar BHarian, aku berbangga dengan apa yang aku gariskan dibawah
p/s nak kena carik balik gambar kenang-kenangan ku kat rumah parent ku balik ni.....imbasan
Generasi pewaris nadi Felda Jaya
Oleh Ahmad Ghazali Musa
PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata rancangan pembangunan Felda Jaya untuk menjadikan kawasan itu berciri perbandaran moden serba lengkap dengan masyarakat berilmu akan musnah, jika generasi pewaris Felda menjadi penagih dadah
Timbalan Perdana Menteri berkata, rancangan yang dilaksanakan di tiga kawasan Felda tidak lama lagi itu, pasti hancur jika generasi kedua dan ketiga Felda dibelenggu masalah penagihan dadah yang menjadi punca utama penyakit HIV/Aids.
"Kita memang berharap menerusi usaha ini kita dapat wujudkan ciri masyarakat baru moden dan canggih di luar bandar. Kita mahu muda mudi anak peneroka menjadi perintis masyarakat moden tinggal di kawasan serba lengkap, tinggi kemampuannya, celik komputer cekal hadapi cabaran, di samping berani dan mampu membawa negara ke arah kemajuan.
"Kalau generasi pertama jadi peneroka dan berani hidup dengan binatang buas, generasi kedua dan ketiga bertukar wajah untuk sama-sama menjadi aset dan penyumbang kepada Malaysia sebuah negara maju dan berjaya, jadi baru lengkaplah putarannya.
"Kita tak mahu lebih daripada apa yang diperjuangkan generasi pertama yang pada masa tertentu terpaksa menggadai nyawa berpindah ke kawasan luar bandar.
“Tetapi ingat, segala impian akan hancur lebur kalau generasi pewaris Felda menjadi penagih dadah. Kalau menjadi penagih, tiada masa depan bagi kita," katanya di hadapan lebih 2,000 peneroka termasuk generasi pewaris Felda sempena pelancaran program Kem Belia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang `Satu Tekad Satu Matlamat' bagi Kawasan Parlimen Pekan, di Sekolah Menengah Kebangsaan Chini Timur, di sini, semalam.
Kem itu anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) turut dihadiri Ketua Pengarah Jasa, Datuk Mohamad Amin Saleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chini, Abu Bakar Harun.
Mengikut rancangan, fasa pertama Felda Jaya akan bermula di tiga tanah rancangan iaitu Felda Mempaga, di Karak; Felda Chini, Pekan; dan Felda Serting, di Negeri Sembilan. Pelancaran pembangunannya akan disempurnakan tidak lama lagi sebagai salah satu program sempena sambutan ulang tahun ke-50 Felda.
Najib berkata, generasi kedua dan ketiga Felda perlu mempunyai keazaman dan bertekad menjadi manusia bebas daripada dadah dan HIV/Aids, jika mereka benar-benar mahu menjadi aset berguna kepada negara.
"Tak tahu saya macam mana nak nasihat, cakap banyak, ucapan pun dah banyak risalah dah keluar, kem sudah diadakan dengan belanja besar, sampai tak cukup minta lagi... janganlah tidak berbaloi apa yang dibuat.
"Tolong hidup dan semarakkan semangat generasi pertama yang berhijrah ke luar bandar menjadi peneroka dan perlu diwarisi generasi kedua dan ketiga menjadi aset ke arah kemajuan lebih gemilang," katanya.
Najib berkata, untuk menjadikan Felda sebagai sebuah komuniti contoh dan model ia tidak boleh dipisahkan daripada penyertaan dan tingkah laku generasi barunya.
Beliau berkata, hakikat yang perlu diterima ialah kumpulan teramai dalam masyarakat Felda ialah daripada generasi keduanya berjumlah 500,000, manakala generasi ketiga pula 1.5 juta.
"Cuba bayangkan komuniti sebegini besar kalau dapat kita bangun, isi dan mantapkan dengan ilmu dan nilai murni betapa besarnya sumbangan mereka dalam menjana pertumbuhan dan kejayaan negara," katanya.

Comments:
<< Home
Betul...ramai sebenarnya generasi lepas merdeka yg kurang minat membaca buku sejarah atau bahan2 lain dan tak mahu ambil tahu. Hairan kadang2 dibuat nya.....alangkah bagusnya ini diambil kira terlebih dahulu sebelum melangkah bicara politik...
aku tak pernah expose dgn life kat felda....waima aku tak de sedara mara yg duduk kat felda..tapi aku rasa pada dasar nya ia ditubuh utk tujuan yg baik..cuma kebelakangan ini dirasakan orang2 felda dijadikan sebagai batu loncatan utk parti kerajaan terus memerintah dgn mengungkit-ungkit apa yang kerajaan buat di felda..seolah2 di felda adalah berdosa utk sokong parti lain selain parti pemerintah......
Tidakkah itu semua adalah tanggungjawab kerajaan utk memastikan semua rakyatnya hidup dalam keadaan yg lebih baik..
p/s : tidakkah kewujudan felda juga menyuburkan budaya subsidi di kalangan orang melayu,,????

to anonymous, sejarah akan lebih diminati jika kita sama-sama merasainya, thats why kita kena bicara jugak politik, kalau tidak sejarah itu membosankan ?
To anynomous : kenapa orang ramai tak suka nak tahu sejarah Islam,? sebab dia bukan penyambung risalah Islam, mereka hanya tahu nak menghina dan mencaci Islam sahaja.
Common lah kalau nak bagi mudah? Kenapa kita kahwin,? kita perlu tahu sebab apa kita kahwin, tujuan, perjuangan bagi memastikan perkahwinan itu berjaya? kalau tak tahu tulah yang sebab cerai berai,
Kesimpulan nak belajar sejarah kena politik, bukannya kena tipu dengan Sejarah.

Saudara,
Ruangan komen boleh membawa maksud mengiyakan, bersetuju, membangkang, memprovok atau apa jua catatan.
`Komen' saya hanya berupa umum bertujuan sebagai perbincangan ilmiah dan melatih minda supaya terus berfikir & berfungsi. Pandangan kita mengenai definasi apa itu politik mungkin berbeza dan siapalah saya untuk berbicara hal politik. Bagi pandangan saya, suatu peristiwa yg. berlaku akan menjadi satu sejarah. Dan setiap individu itu melihat peristiwa itu dalam perpekstif yg. berbeza mengikut kepentingan dan kehendaknya. Tetapi kadangkala peristiwa itu diolah, diubah bagi tujuan politik.
Ikhlas.
Anonymous aka Mimosa
p.s/ Maaf sbb `terhantar' ditajuk' yg. salah.

Very nice site!
renault rental Patent law firms in northern virginia Effectiveness of ativan versus ambien for insomnia Patents by hung-wah anthony lau Finance major can't find a job Do it yourself divorce in texas make business card Arizona commission corporation articles of incorporation whirlpool dryer replacement parts William steadman patents Affiliate marketing network how much are my taxes

Keep up the good work Water filters by steven g conklin ambien Pharmaseuticule botox business card scanner and review Occhiali eyewear Propholactic hiv medications effexor causing missed period Soner ar ca Get your free fico score gordon pressure switch hot tub parts
Where did you find it? Interesting read sports nip slip service internet fax Rechargeable dvd battery Fuck that shit t shirt cheap moving companies 3 d printer http://www.chevrolet-window.info diazepam Adderall drug test hot master spa tub spam filter senior term life insurance quote in scotland Adderall suicide Grind and brew coffee makers Plotters presentation ppt
Post a Comment
<< Home