Wednesday, July 19, 2006

 

Kerajaan perlu buktikan DAP cetus tragedi 13 Mei

Menarik ni, sejarah akan kembali di semak, aku akan terus mengikuti nya.

Kerajaan perlu buktikan DAP cetus tragedi 13 Mei
Wed | Jul 19, 06 | 06:15:02 PM
Oleh Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Hrkh) - Pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya (UM), Profesor Emeritus Dato' Dr Khoo Kay Kim, meminta kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengemukakan fakta dan bukti kukuh yang mengatakan tragedi 13 Mei kononnya berpunca daripada DAP.

Beliau menegaskan, buku 'Hubungan Etnik' yang akan digunakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mengandungi beberapa perkara yang didakwa boleh menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan masyarakat.

Beliau yang turut meminta kementerian menarik semula buku itu, berkata jika pelajar-pelajar universiti ini mahu didedahkan tentang hubungan antara kaum di negara ini, tidak perlu dimuatkan perkara seperti 13 Mei, tuntutan Suqiu, dan tragedi Kampung Medan.

"Perlu difokuskan adalah kefahaman tentang budaya, adat resam dan kepercayaan semua kaum di Malaysia, kerana kekecohan, pergaduhan antara kaum berlaku kerana salah faham antara kaum itu," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan kenyataan wakil rakyat DAP, Chong Chieng Jen yang disiarkan di New Straits Times (NST) hari ini, yang menyebut bahawa beliau kononnya menyatakan Parti Gerakan yang bertanggungjawab terhadap tragedi 13 Mei itu.

"Saya bukan kata mereka (Gerakan) terlibat. Saya cuma kata, saya dengar-dengar. Ini desas-desus yang mengatakan Gerakan turut terlibat," jelas beliau lagi.

Sementara itu, wakil rakyat PAS, Dr Hayati Osman, turut meminta kerajaan supaya menarik semula buku berkenaan kerana boleh menimbulkan suasana tidak aman serta mengelirukan masyarakat.

"Jika buku itu lebih membawa kepada masalah dan kesangsian, lebih baik tidak perlu dipakai," tegas beliau. - mks.

Comments:
Dalam akhbar The Sun hari ini, kalau tidak silap..buku ini akan ditarik balik..tak boleh nak kongsi cerita sbb tak sempat baca habis.
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?