Monday, May 29, 2006

 

Da Vinci Code : Sejarah disiasat semula

Minggu lepas saya pergi tengok wayang sorang-sorang kat TGV KLCC dan first time masuk situ.

Komen ku terhadap filem ni

Filem ni membuka mata semua orang tentang penting sejarah kerana ada sejarah yang telah dilupakan dan sengaja dilupakan bagi memastikan manusia masa depan tidak mendapat gambaran yang jelas tentang apa yang telah sebenarnya berlaku. Pemahaman sejarah amat penting bagi manusia yang akan datang tahu dari mana asal usulnya dan ke mana nak manusia hendak tuju.
Filem Da Vinci Code hanya menggunakan karya peninggalan Learnado Da vinci yang terkenal dengan lukisan-lukisan Monalisa nya dan beberapa lukisan yang kononnya menceritakan tentang kisah Nabi Isa. Perkara pokok dalam cerita ini adalah Nabi Isa telah berkahwin dan mempunyai anak dan keturunan. Ia bakal mengugatkan kepercayaan orang kristian dan jika ini benar makna terdapat penipuan dalam agama Kristian selama 2000 tahun yang lampau. Adakah perkara ini betul ???? Saya tak mahu refer sangat jalan cerita ini , kerana ia ditulis oleh orang bukan Islam yang mana unsur manupulasi tetap ada serta panduan mereka ini bukan Al-Quran dan Al Hadis.

Bagi saya teknologi sekarang ini akan mencabar sejarah dan sejarah akan di periksa kembali kesahihannya. Sebab dahulu, banyak orang kena tipu sebab kegunaan teknologi hanya kepada mereka yang berkuasa sahaja.

Perkara yang menarik minda saya.

1. Nabi Isa berkahwin, tidak ada satu cerita pun yang menceritakan Nabi Isa tu berkahwin, tapi saya difahamkan bahawa ada ayat AlQuran yang mencerita semua Nabi itu berkahwin dan mempunyai anak.
2. Kalau ia pun Nabi Isa pun berkahwin, dan pada masa yang sama dapat dikenalpasti keturunannya. Ujian DNA yang ingin dibuat dalam cerita ini, tidak akan boleh dibuat kerana Nabi Isa tiada dan telah diangkat ke langit. Dan yang lebih menarik lagi, Nabi Isa tidak mempunyai ayah dan hanya mempunyai ibu sahaja . Maka DNA Nabi Isa tak lengkap dan semuanya adalah ilmu ALLAH
3. Priory of Sion yang diwujudkan di jurusalem pada tahun 1099, serta melatih satu kumpulan elit yang diberi nama knight templer untuk mencari ‘secret document. Dalam cerita ni tak dicakap apa dia secret document tapi dalam mukasurat 172 buku Da Vinci Code, ISBN 0-385-50420-9 ia menceritakan ‘something that made them wealthy and powerful beyond anyone’s wildest imagination'. Dan penjaga rahsia ini adalah turun temurun sehingga dalam buku ini mengatakan yang terakhir adalah Jean Cocteau. Antara yang nama-nama besar intellectual kristian seperti Isaac Newton, Leaonardo da Vinci, Victor Hugo dll – dapatkan senarai penuh di muka surat 352 buku Da Vinci Code. Adakah mereka ni benar-benar genious. Saya masih ingat lagi adik saya kata masa Palestin diserang satu masa dulu, banyak buku-buku Islam yang dilarikan dan dicuri ketika itu dan perkara ini ditunjukkan dalam filem tersebut Juruselam di serang oleh Knight Templer ini. Bagi saya pada masa inilah buku-buku Ilmu Islam telah jatuh ke tangan pihak kristian dan dengan ilmu yang ada inilah mereka mendakwa merekalah yang cipta gravity, waktu masa, greenwich line, roseline, penamaan planet-planet dan lain-lain. Pada hakikatnya ilmu ini adalah datang dari orang Islam
4. Kita selalu mendengar bahawa sebelum zaman Nabi Muhammad adalah zaman Jahiliyah, Cuma yang kita jarang tahu bilakah zaman Jahiliyah itu bermula, dalam cerita tersebut dikatakan mereka mencari keturunan Nabi Isa ini tapi tak jumpa so nak senang cerita mereka bunuh , rogol perempuan yang ada. Nabi Muhammad diturunkan bagi membetulkan keadaan dan menaikkkan kembali mertabat kaum wanita.
5. Kalaulah betul Da Vinci meletakkan kesemua ini sebagai satu puzzle, Kenapa dia berbuat demikian, kan lebih senang buat buku dan cerita sahaja apa yang telah berlaku ? Dalam cerita tersebut dia berbuat demikian supaya hanya keturunan Nabi Isa sahaja yang boleh menyelesaikan masalah tersebut tapi bagi saya dia berbuat demikian sebab dia tahu kebenaran yang sebenar tapi takut kepada kebenaran. Dan beliau adalah orang yang berprinsip. Cuba letakkan beliau macam kita, kat office, kalau kita tahu satu bende tu salah, apa kita buat? Kita akan cuba tak nak sign ler, letak sikit justification ke, letak remarks, tanya banyak soalan lah, dan lain-lain. Apa yang saya maksudkan, kalaulah satu hari nanti jadi case, kita akan tunjukkan remark-remark tersebut sebagai satu bukti….

Saya percaya sapa yang pergi buat research pasal bende ni tahu lagi banyak perkara tapi senyap jer. Dan dibelakang cerita ini adalah Yahudi Laknatullah, sebab sekarang ni mereka sedang bermain dengan pemikiran-pemikiran orang Islam dan orang Kristian. Kenapa tak pulak cerita penipuan dalam Agama Yahudi, banyak lagi untold story. Dan akhir sekali akan ada pertempuran terakhir antara Islam dan Yahudi sebab kristian sudah tiada lagi pada masa itu.

To umat Islam, dulu orang dok peleceh Islam kata kita cakap banyak khayalan dan tipu, tak logic serta Nabi kita Muhammad di cap orang gila. Sekarang teknologi akan menceritakan perkara yang sebenar sapa betul dan sapa yang tidak betul. Maka sebagai reminder kata-kata Nabi ‘Aku tinggalkan kepadamu 2 perkara Al-Quran dan As Sunnah, peganglah ia seumpama memegang bara api, nescaya kamu tidak akan sesat.

to kudin, aku tahu dihatimu, 'azrul, you are too much TV'

Berikut adalah gambar konterversi

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?