Thursday, February 16, 2006

 

Teknologi yang bergerak pantas untuk dikejar. 14 Feb 2006

Semalam aku ditanya oleh seorang garduasi IT dari sebuah universiti
terkemuka tanah air, 'kenapa saya dah hantar resume bermacam-macam company
tapi sampai sekarang tak dapat jawapan, dulu masa saya ambik course ni
ramai kata cerah masa depan'.

Daripada soalan ini aku yakin antara sebabnya ialah teknologi bergerak
pantas. Dan graduasi yang ada sekarang ini, pengetahuannya dah 4 tahun
dibelakang [4 tahun belajar di universiti]. Aku masih ingat lagi masa aku
kat matrikulasi dulu, aku pakai wordstar dan agak mahir sehingga boleh jadi
cikgu, sekarang ni tanya budak baru pernah tak dengar wordstar, Jawapan dia
dengan bertanya aku balik 'wordstar tu game ker' ?
Contoh lain masa aku belajar dulu SAP accounting system masih screen hijau,
marketable kalau teror SAP, aku pun antara yang teror, sekarang ni dah SAP
version 6 , dah semakin canggih dan kena belajar balik, budak junoir lagi
canggih.
Contoh lain lagi, cuba tengok webmaster yang sebaris dengan aku, mereka
hanya pandai buat website dengan layout-layout biasa, link sana sini,
gambar-gambar kartun, perkataan gerak sana-sini. Cuba tengok webmaster muda
sekarang dan link website dengan handphone, mms, xtml, rss, ipod, bukak
bisness jual grafik, bukan setakat boleh bayar guna maybank2u tapi visa dan
master card. Lagi. Lebih inovatif dan interaktif.

Semua ini kenapa ? Sebab teknologi bergerak pantas.

Jawapan aku kepadanya. Cuba kau tengok company-company yang kau nak join
ni, carik serba sedikit tentang teknologi yang mereka guna sekarang, dan
kalau boleh belajar sikit-sikit pasal teknologi tu ie pergi course or
belajar thru internet pasal aku jamin teknologi ni tak ada lagi masa kau
belajar dulu dan masukkan dalam resume kau' Try cuba


Comments:
This is very interesting site... » » »
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?