Thursday, February 16, 2006

 

Sumbangan kita bagi generasi akan datang. 12 February 2006


Dua hari lepas, saya sembahyang kat Surau Ibnu Sina, HUKM. Selepas
sembahyang saya pun melepak kat luar surau tersebut sambil membaca artikel
yang ada dan menariknya Muhammad Fuad Kamaludin anak murid Prof Dr Sheikh
Muhamad Alawi Al Maliki yang dianugerahkan Tokoh Muda Maal Hijrah Negeri
Sembilan. Beliau telah mengarang 3 kitab tafsir, 19 karangan Hadis, 14
Kitab Fekah, 9 kitab Tasauf, 6 Kitab sirah, 10 kitab tokoh dan 44 kitab
amalan. Bila ditanya mengapa beliau mengarang kitab. Jawapan beliau ia
adalah untuk rujukan generasi akan datang. Saya tersentak bila membaca
jawapannnya. Ini kerana beliau akan meninggalkan satu bahan yang akan
digunakan oleh generasi akan datang. Kenapa ia penting ?. Bagi saya zaman
akan terus berubah, masalah turut sama berubah. Dengan ada peninggalan bagi
rujukan ini, maka pengetahuan-pengetahuan yang ada pada zaman tersebut
boleh dikongsi bersama di masa akan datang.
Kita generasi sekarang kena memikirkan apakah peninggalan/bahan rujukan
yang kita boleh tinggal kan untuk masa depan bahkan untuk anak-anak,
cucu-cucu dan generasi kita. Antaranya :
1. Pengetahuan tentang keluarga kita, tok, moyang, sanak saudara dan
lain-lain
2. Pengetahuan tentang keadaan di zaman kita ie, tempat tinggal kita,
suasana di zaman kita, teknologi yang ada.
3. Pengetahuan tentang pekerjaan kita kepada pekerja-pekarja yang akan
datang
4. Pengetahuan tentang ilmu kita dan lain-lain.

Kita akan mati satu hari nanti, dan kita perlu fikirkan apa yang akan kita
tinggal untuk kita selesa di alam akhirat nanti ie Ilmu yang ditinggalkan,
sedekah amal jariah dan anak-anak yang soleh yang akan mendoakan kita.

Yang penting ilmu yang ditinggal dan dapat dimanafaat kan jalan yang
diredhai. InsyaAllah.


Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?