Tuesday, February 21, 2006
Kembali ke Rahmatullah
Kembali ke Rahmatullah
Sesungguhnya dari Allah kita datang , dan kepada Allah juga kita kembali.
Ibu ku Allahyarhamah Hasnah Binti Jaharah telah dengan selesa dan tenangnya kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad bersamaan 20 Muharam 1427 / 19 Februari 2006 jam 2.05 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Allahyarhamah telah kembali dengan muka yang senyum dan tenang buat kami yang terakhir dan memulakan hidup barunya di alam barzakh. Sesungguhnya saya yakin beliau telah berjaya di dunia dan seterusnya akan berjaya di akhirat dengan segala amalan beliau di atas mukabumi ini. Pengurusan jenazah beliau juga cukup mudah, cepat dan tiada halangan bermula dari kami adik beradik bersama menantunya memandikan seterusnya mengkafankan jenazah di bilik mandi jenazah HUKM dengan dibantu oleh seorang ustazah pada jam lebih kurang 3.30 pagi. Sembahyang jenazah sebanyak 2 kali di HUKM. Jam 7.00 pagi jenazah dibawa ke Melaka di rumah kelahirannya dan sampai jam 9.30 pagi dan diberi peluang kepada semua saudara mara dan sahabat handai bagi menziarahinya bagi kali terakhir. Tepat jam 10.30 jenazah di bawa Surau Al Jariah Bukit Baru [Jariah adalah nenek kepada ibu kami dan moyang kepada kami] bagi penyempurnaan sembahyang jenazah untuk kali ke tiga dan seterusnya dibawa ke tanah perkuburan Bukit Baru bagi penyempurnaan pengkebumian jenazah.
Sesungguhnya Ibuku telah menyempurnakan amanahnya sebagai isteri, ibu serta individu yang bermasyarakat di atas muka bumi ini. Kami redha permergiannya dan InsyaAllah kami akan berjumpa semula di akhirat kelak. Kami sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sembahyang hajat berjemaah dan telah mendoakan ibu saya. Tidak dilupakan juga Ustaz Zaini dan Ustaz Rosli yang sama-sama merawat ibu saya secara perubatan Islam. Semua pertolongan ini akan dibalas oleh Allah SWT kelak.
Dikesempatan ini, saya bagi pihak ibu saya, ingin memohon jutaan kemaafan jika ibu saya pernah menyinggung perasaan sahabat sekalian, halal kan makan minum ibu saya dan jika ibu saya ada berhutang walau sebanyak mana pun nilainya sila telefon saya di talian 0193263334.
Terima kasih atas email dan sms yang dihantar.
Terima Kasih sekali lagi
Al Fatihah
Azrul Faizi B Abdul Rahman@Melaka
Zawaliah Bt Ishak