Sunday, May 22, 2005

 

Bukan sekadar bola

Aku meminati bolasepak dari sekolah rendah lagi. Daripada main petang-petang bersama kawan-kawan, tengok bola kat stadium, tengok kat TV sehinggalah main game kat kedai videogame. Main video game tulah yang membuatkan ayah aku marah kerana menghabiskan duit sekolahku. Dulu kalau main petang-petang tu tak pakai kasut, hanya berkaki ayam, dan kalau terror sikit tu pakai ‘gad’, macam setokin tapi separuh dari tapak kaki dan nampak tumit. Antara kawan sepermainan bolaku yang aku masih ingat lagi – rahmat, murshidi, kefli, kesevan, jonathan dan ramai lagi. Aku masa tu dok kat Ipoh Perak, pasukan kegemaranku pun Perak-. Dan kalau tak salah aku, di awal 90an Liga Semi Pro Perak memang kuat.
Selepas Liga Semipro menghadkan pemain import sebagai menyahut hasrat kerajaan supaya mengawal perbelanjaan pada waktu tu disebabkan negara mengalami kejatuhan ekonomi, mulalah landskap bolasepak negara menjadi hambar. Dan mulalah pemain Malaysia main kerana duit sebab belajar dari pemain-pemain import yang lepas di dalam Liga Profesional ataupun Liga Premier yang sekarang ni dikenali sebagai Liga Super. Mana taknya, gaji pemain-pemain KL pada awal 90an lebih kurang RM5,000 seorang, belum campur elaun menang dan melangkah ke separuh akhir dan ke akhir. Ingat lagi pemain Singapore yang dikatakan antara pemain kaya di arena ASEAN.
Pada masa yang sama,peminat bola nampak betul kemerosotannya.
Aku pun dah tak mengikutinya lagi.
Tapi tiba-tiba pada tahun ini, aku mula meminati bolasepak Eropah. Ia bermula daripada adikku yang ketiga, Azran-Assocazione Calcio Milan = AC Milan Gila Fan. Kalau balik rumah orang tuaku, kalau ada bola dialah yang akan jadi commentator kat rumah. Habis nama pemain dia kenal, pengurus pasukan, pemilik pasukan, sponsor, dibelakang tabir. Sampai aku pun cakap dari teruk-teruk kau hafal nama pemain bola baik kau hafal Quran lagi bagus. Lepas tu bila bukak egroup semua cakap pasal bola, tak kira group kawasan perumahanku, group alumni universitiku, group sekolah ku semua cakap bola. Bukak TV bola, bukak paper bola, Gila bolalah orang Malaysia ni. Yang lebih extreme lagi, boss aku kat office pun, perempuan pulak tuh, tahu nama pemain Chelsea.
Di sebabkan ia memeningkan aku, aku pun mulalah melayari website-website bola di eropah antaranya English Premier League, SPANISH premier League, Italian Serie A, German Bundesliga, dan banyak lagi. Tapi bagi aku EPL adalah yang terbaik pengurusan industri bolasepaknya. Ia banyak memberi kesan sampingan kepada peminat bolasepak secara global. Aku berkata begitu kerana sekarang ni game di EPL bermula pada pukul 4pm local time di UK kerana nak memastikan penonton-penonton disebelah timur dapat mengikuti secara live pada pukul 11.00malam.

Industri bolasepak mereka cukup berjaya dan aku boleh mengatakan ianya bukan sekadar bola.

1. Sponsorship yang menyeluruh, ada yang prime sponsor, commercial sponsor, partners, affliates dan event sponsors dan berbagai-bagai jenis sponsor yang datang dari seluruh pelusok dunia termasuklah dari negara ku sendiri iaitu protoncars yang sponsor Norwich
2. Teknologi internet, mobile, digunakan dengan sepenuhnya daripada keputusan perlawanan hingga ke booking tiket. Permainan interactive internet video game yg seperti dinamakan ‘fantasy game’ dibangunkan untuk entertainment. Pertandingan dibuat di antara fan-fan club yang ada.
3. Perlawanan ditayangkan secara LIVE ke seluruh pelusok dunia menyebabkan event-event di sesebuah negara terpaksa ditelitikan bersama calender bolasepak dunia untuk memastikan perlawanan-perlawanan penting dapat disaksikan oleh rakyat negara tersebut tanpa diganggu
4. Pemain bola di EPL dilayan mengalahkan artis, dengan sidang medianya, menjadi duta-duta barangan, iklan TV, lawatan-lawatan peminat untuk mendapatkan tandatangan, fans club, memberi ceramah dan bermacam lagi
5. Pengurusan souvenir juga dibuat secara meluas, boleh membeli secara online, dibuat francais negara-negara yang banyak peminat dan boleh juga dibuat penghantaran pos.
6. Pengurusan stadium yang dianggap world class standard dari banyak segi dari penjualan tiket, tempat penginapan yang berhampiran, bumbung stadium yang mengambilkira naik-turun matahari - supaya fair kalau main pada waktu petang, penjagaan rumput, facilities catering untuk makan-makan dan lain-lain lagi
7. Ada komuniti sendiri dari segi forum chatting peminat bola infact perbincangan pun dibuat secara online satu dunia kadangkala ada gathering-gathering informal dibuat
8. Kelab mempunyai agen travel yang profesional – macam tourist guide,corporate hospitality dan package2 lain yang menyeronokkan.
9. Menubuhkan akademi bola sepaknya tersendiri di kebanyakkan kelab di EPL.Akademi ini banyak membantu melahirkan pemain ternama dunia. Mereka dilatih dari umur 15 tahun lagi. Antaranya kelahiran -Owen pemain Liverpool yang sekarang bermain untuk Real Madrid.
10. Kebanyakkan kelab mempunyai TV dan radio sendiri, fans suka mengikuti TV club mereka sendiri kerana commentator dan dj radionya akan berpihak kepada club mereka dalam semua pertandingan.
11. Dah jadi macam bank, setengah kelab ada Credit card macam club Chelsea dan MU, dan yang lebih menarik lagi boleh buat loan dengan club mereka. Dah jadi macam kooperasi pulak kelab bolasepak ni. Insuran pun ada, macam-macam ada, semua ada.

Yang paling menarik hatiku ada satu team bola tu tu pengurus dan jurulatih mendapatkan pendapat dan opinion dari fans/peminat mereka. Meraka boleh menghantar pendapat mereka terus ke email dan forum jurulatih tersebut seperti :
1. Kelemahan team yang akan di lawan diperlawanan yang akan datang seperti pertahanan, serangan dll
2. Kekuatan team sendiri dan apa-apa yang perlu dibaiki.
3. Strategy-strategy yang menarik
4. Pemain yang perlu diturunkan.
Aku rasa ini disebabkan kadang-kadang fans lagi banyak idea-idea dan arahan-arahan tambahan dari luar padang yang pada mulanya menyakitkan hati je, tapi pengurus pasukan ini mengambil perkara ini sebagai positif dan mengganggapnya satu peluang.

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Dan yang penting team baruku ARSENAL yang baru menjuarai piala FA untuk kali ke 10, Tahniah diucapkan. Kelebihan pasukan ini daripada yang lain ialah mereka memang mempunyai teamwork dan strategi bersama berbandingkan yang lain kebanyakkan mengharapkan skill individu2 tertentu

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
P/s pengurusan sesuatu badan-badan kebajikan, ngo, parti politik perlu mengambil contoh sedikit-sebanyak macam pengurusan EPL jika ada baiknya

Comments:
What a great site 256mb 3 3v sdram 168 pin dimm u Crm microsoft training uk
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?