Wednesday, November 22, 2006
Bila lah aku nak pakai camera DSLR ni ?
Tuesday, November 21, 2006
Buku diari dan buku rekod
Hari ini my BIG BIG BOSS, bagi nasihat, beliau berjaya sekarang ni pasal buku diari dia. Dulu-dulu tak ada komputer, tak ada blog, tak ada PDA dan lain-lain. Yang ada hanya buku diari. So start dia sekolah sampai dia kerja dia simpan buku diari. Masa mula-mula selalu dia tulis apa dia buat tiap-tiap hari, cth bangun tidur pukul berapa, makan apa, meeting berapa banyak. Kemudian dia jadikan diari dia macam KPI, IPC dan lain-lain. Sebagai contoh, apa yang dia nak achieve atau dia nak capai pada satu-satu tahun - perlulah praktikal dan mencabar. Tu sebab kalau nak buat performance review kat pejabat, dia tak ada masalah sebab dia selalu buat bende ni dari kecik lagi Jadi dia akan set apa yang dia nak buat untuk personal life dan juga ofis, kemudian akhir tahun dia review balik diari dia sendiri dan dia akan buat post mortem. So, every year dia akan buat improvement dan satu bende baru dalam hidup dia. Boleh dikatakan buku diari beliau boleh di tukarkan nama ke buku rekod prestasi peribadi. Nasihatnya lagi - perkara penting ialah kita perlu berusaha dan kemudian kita perlu berdoa.......... Life goes on.....
This year he shall retires with MD CEO title as his last lap of his working life

Tuesday, November 07, 2006
Panorama tempat tinggal ku
Saturday, November 04, 2006
Rumah besar wakil Rakyat
Minggu ni dan minggu lepas heboh satu negara pasal seorang ADUN atau wakil rakyat bina mahligai besar di kawasan orang-orang miskin di negeri Selangor. Kadangkala aku pun tak boleh faham kot mana logik wakil rakyat boleh buat rumah besar harga berjuta-juta.
Cuba kita congak - kalaulah gaji nya RM 10,000 sebulan, maka kalau setahun = RM 120,000 maka kalau 20 tahun maka RM 2.4 juta dia dapat kumpul, jika dia guna semua duit ni pun tanpa makan, minum, beli baju, keluarkan zakat, paling tinggi RM 2.4juta sahaja, tapi kalau mahligai dah sampai 8 juta, tak tahulah nak cakap apa lagi....
Jika ditanya saya, "apakah perkara yang menyebabkan anda rasa respek kepada pemimpin anda..." Saya tak akan sekali-kali menjawab KERANA DIA ADA RUMAH BESAR DAN KERETA BESAR.
Kalaulah dia seorang ahli perniagaan bukan setakat mahligai, tapi ada private jet sekali pun, aku berbagga orang melayu boleh sampai ke tahap itu.
Tapi ini yang terjadi ke atas pemikiran sempit sekarang ini, sapa ada kereta besar, sapa ada mahligai besar, sapa ada duit besar, sapa ada gelang besar...dia akan di pilih menjadi pemimpin. NI YANG MENYEBABKAN PEMIMPIN SEKARANG NI SEKALI SEKALA BESAR KEPALA.
Ni rumah ADUN yang disebut-sebut baru-baru ini
Ni pulak rumah exco negeri yang dibina untuk kemudahan exco - harga puluh-pulh juta
Ni rumah pemimpin lain yang didapati dalam internet
Dengan ini saya ingin mengesyorkan agar membangunkan satu website - mahligai wakil rakyat dan pastikan sesiapa yang tahu sila ambil gambar dan postkan ke website tersebut supaya Rakyat membuat penilaian

Mana lah anak aku tahu ni ?????
Pagi ni aku breakfast lambat sikit, sebab dok layan internet ni lah....
Tiba-tiba aku terdengar perbualan anak dengan bini aku.
Isteri aku : Ibu nak tengok channel 4 astro tuh, bagi peluanglah, asyik adik ngan kakak je tengok astro ni...
Adik : Adik nak tengok jugak channel ceria lah, nak tengok kartun ni....ibu ni sibuk jelah
Isteri aku : Kesianlah kat ibu...
Adik : IBU BELILAH ASTROMAXXXXXX
terkejut badak aku, anak aku ni tahu pasal astromax ...peuhhhh
kunjungi lah http://www.astro.com.my/astromax/ untuk keterangan lanjut.

Friday, November 03, 2006
Singgah di tempat persinggahan burung
Kami singgah sebentar di kawasan persinggahan burung di Kuala Gula, on the way back to KL. Menarik gak tempat ni, kalau nak tengok burung-burung yang menyinggah kat situ kena sewa bot, harganya lebih RM 160 untuk lima belas orang. Ada chalet dan tempat minum-minum kat situ. Mulanya rasa nak pergi tengok burung-burung tu, tapi dah petang lepas tu pulak musim hujan, maka tak jadik. Lain kali jelah kot.
Kalau ada camera yang boleh zoom jauh lagi syok...DSLR ? sesiapa yang nak buang DSLR anda harap hubungi saya dengan segera
Bolehlah layari website berikut, untuk dapat maklumat lanjut
http://www.pbase.com/christopher_choong/kualagula
http://www.pbase.com/simedarby/kuala_gula
http://tim.at.twofishy.net/?p=201
http://www.endemicguides.com/Birding.htm

On the way balik raya ke KL,
Kami menyeberangi Sg Kuala Kurau melalui Jambatan Kuala Kurau yang menghubungi Kuala Gula dan Tanjung Piandang. Sila lihat Berita Perak. Saya sempat merakam beberapa imej dari atas jambatan tersebut. Sg Kurau tersebut mengalir terus ke Selat Melaka.