Wednesday, February 28, 2007

 

Semua Remaja Perempuan Bermasalah Pernah Terbabit Hubungan Seks

Kajian sensasi yang telah dibuat oleh seorang Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja Dr Khaidzir Ismail dari UKM yang menyatakan bahawa dari 887 pelajar perempuan sekolah menengah yang bermasalah (20 dari setiap sekolah di Selangor) (bermakna lebih kurang 44 sekolah), 886 membuat pengakuan bahawa mereka pernah terlibat dalam kegiatan seks.

Tajuk kajiannya : "Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah".


Gambar hiasan sahaja

Dan dalam radio pagi tadi pun isu ini menjadi perbincangan hangat........menyebabkan pelbagai pandangan dan cadangan diberikan.....

Bagi saya masalah sosial ini dah tak perlu lagi dibuat kajian lagi, perkara jijik ni boleh nampak depan mata sahaja sekarang, jalan sahaja di mana-mana kita dapat tengok.....adakah kita hanya tengok tanpa berbuat apa-apa ?

Kalau orang tanya saya, jawapan saya seperti biasa

Dekat rumah Mak Bapak jaga....
Dekat sekolah Guru dan Cikgu jaga......
Dekat luar rumah dan sekolah KERAJAAN yang kena jaga

Bagi mengubah 'mindset' kita, saya percaya Undang-undang Islam perlu segera dilaksakanakan bagi mengatasi masalah sosial yang semakin melanda orang Malaysia kini dan selamanya

 

Response untuk postingku yang bertajuk "Masjid Cina Ditolak ?"


Sudah ada 2 comment on Masjid Cina Ditolak ? Thanks for visiting my blog… i like your comments……cakap pasal ukhwah ni oleh Sdr anynomous, saya masa belajar dulu terlibat dengan Saudara Baru di universiti– dulu dikenali sebagai Muallaf. Antara yang menjadi kawan saya ialah Patmanathan yang sekarang nama barunya Syazwan dan baru menghabiskan PHDnya di UK. Semasa dia baru masuk Islam dulu, saya memang dok teman dia pergi PERKIM kat jalan Ipoh sebab dia nak mendalami Islam. Beliau sungguh tekun dalam mendalami ilmu agama walaupun di tentang hebat oleh keluarganya. Tapi dengan cara professional beliau akhirnya beliau diterima oleh keluarga walaupun telah masuk Islam.

Antara komen-komen awal beliau ialah ramai orang Islam yang promote/menyeru orang bukan Islam untuk masuk Islam. Tapi lepas mereka masuk Islam tak ramai malahan ramai orang Islam yang sedia ada tidak mengendahkan samada Saudara Baru ni sembahyang ke idak, puasa ke idak dan kebajikan-kebajikan yang lain…...kalau kita tanya diri kita ini, adakah kita pernah terfikir tentang nasib saudara baru kita ?……..komen ini memang ada betulnya daripada apa yang saya perhatikan…..dan saudara baru perlukan sokongan terutamanya daripada kaumnya sendiri sebab kebanyakkan mereka ini bila masuk Islam tidak diterima oleh keluarga lagi. Dr Syazwan juga mendapat kawan barunya di Masjid India

Berbalik kepada Masjid Cina ini, mungkin Masjid Cina dijadikan satu tempat dimana Saudara baru Cina ini dapat berkumpul dan bersama dalam hal-hal keIslaman mereka. Ia merupakan Syiar bagi kaum Cina yang mana Islam bukan sahaja untuk orang melayu [dalam konteks Malaysia] tapi terbuka untuk semua kaum. Dan Masjid ini terbuka juga bagi semua kaum dan bukan sahaja untuk kaum cina sahaja.

Kita mesti letakkan diri kita ditempat Saudara Baru, sebab kita boleh membuat aktiviti-aktiviti untuk saudara baru malahan kita boleh membantu mereka dalam pembelajaran agama, tapi mereka juga memerlukan komuniti untuk meneruskan kehidupan mereka. Dan saya yakin dan percaya dengan ada Masjid Cina ini, networking akan terbentuk, mungkin cahaya terang boleh kelihatan dari perspektif mereka.

Tentang Masjid PAS dan Masjid UMNO, yang tu saya tak setuju……………

Masjid Cina ni mungkin satu negeri satu Masjid kot, bukannya setiap kampong ada Masjid Cina. Jika hari biasa mungkin dia bersama dalam jemaah Masjid di kariah masing-masing

Mungkin kita boleh cuba membinanya satu Masjid Cina atau 2 Masjid Cina buat permulaan ? Belum cuba belum tahu kan ...............

Sunday, February 25, 2007

 

Peminat camera , jom kita lawan Malaysia @ 50

Pertandingan photography Malaysia @50 sempena meraikan kemerdekaan Malaysia untuk 50 tahun diadakan. Aku dok fikir macam mana nak tarik perhatian penganjur. Anyway ini adalah antara gambar 5 terbaik ku untuk dihantar bg pertandingan tersebut...aku memilih tugu negara ini sebab dah lama orang lupakan tugu ni, mungkin sebab ia patung. Tapi simbolik kepada tugu ini ialah mengingati perjuangan askar terdahulu yang menyambung nyawa untuk kebahagian anak cucunya. Persoalan sudah kita memainkan peranan mereka yang terdahulu ?

aku nak masuk pertandingan

 

Bapak Mentuaku maju setapak lagi dengan Jentaninya

Selepas bapak mentuaku menerokai dalam bidang baja yang aku pernah tulis dulu dalam tajuk Bapa mentuaku petani moden @ biotecnologist kini beliau maju selangkah lagi dengan pembelian JENTANI bagi memudahkan lagi pekerjaannya serta pada masa yang sama projek membajak sawah lain. InsyaAllah akan beliau akan perolehi perolehi projek membajak sawah di tempat lain berdasaran keupayaan jentani yang telah dibelinya. Mungkin angan-angan ku supaya satu hari nanti bapa mentuaku akan berjaya menguruskan kilang padinya sendiri akan tercapai.


 

Tahniah KELANTAN kerana berjaya menganjurkan Nisa' Games 2007

Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana berjaya menganjurkan Nisa' Games baru-baru ini. Ia di warnai dengan kehadiran Ruqaya Al Ghasari dari Bahrain yang memenangi Pingat Emas 200m Sukan Asia Doha 2006 baru-baru ini.
Di harapkan agar kejohanan seperti ini dapat diteruskan mungkin akan ke peringkat antarabangsa satu hari nanti walaupun sesetengah golongan yang cuba mencari kelemahan dalam kejohanan ini. Jadikan komen-komen ini sebagai satu post mortem bagi kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Sekali lagi TAHNIAH saya ucapkan.

Komen Dato Nik Aziz, Mursyidul Am PAS

Wanita kini dilihat lebih teruk tanggungjawab berbanding lelaki kerana memikul peranan sebagai isteri, pekerja dan ibu secara serentak. Ini menyebabkan mereka memerlukan tenaga yang lebih dan berstamina tinggi maka wanita perlu bersukan bagi menjaga stamina mereka.

Kini kerajaan Kelantan cuba melangkah lebih jauh dengan sila klik sini
dan sini 1

 

Masjid Cina di tolak ?

Refer to online harakah

Penolakkan Dato Seri Mohd Ali Rustam untuk membina masjid cina di Melaka merupakan satu kerugian dalam melebarkan lagi syiar dan dakwah Islam di atas muka bumi Malaysia yang kita cintai ini.

Bagi saya dengan adanya Masjid Cina, banyak kelebihan yang boleh dinikmati bersama seperti :

1. Dakwah seperti kelas mengaji, ceramah agama boleh dibuat dalam bahasa cina
2. Komuniti Cina muslim boleh berkumpul serta berkomunikasi serta menjalinkan ukhwah antara mereka
3. Menunjukkan Agama Islam itu Universal, 'fit' untuk semua kaum.
4. Saudara Baru kita ada tempat berteduh dan tidak akan janggal bila masuk Islam sebab disana mereka akan sentiasa akan mempunyai networking.

GREAT MOSQUE OF XIAN, CHINA


Kita tengok banyak Masjid India yang ada di Malaysia yang mana India Muslim selesa dengan Masjid Indianya

 

Kenapa MLM jadi haram ?

Semalam aku di'offer' lagi untuk masuk MLM....aku malas nak join sebab kena cari orang jadi member dibawah aku dan macam biasa kena kekal point-point tertentu....
dengan senang jawapan skema aku kepada MLM businessman ialah :

aku boleh masuk jadi member dan register, tapi ada syaratnya ialah orang yang offer aku tu carik orang dan letak bawah aku, dan dalam masa 6 bulan aku nak return seperti yang dijanjikan....
lepas dia orang akan jawab balik, kalau nak bisness kena usaha lah
response aku 'thats the rule if you want to business with me, ....................'

bukan aku nak sombong dan bongkak, tapi aku tengok business MLM ni macam ada tak betul...sebab nabi pun tak ada perkenal konsep business macam ni...kawan-kawan aku banyak yang gagal dalam business MLM dan ada yang bankrap sebab dah labur macam macam untuk berjaya dalam MLM

anyway tiba-tiba aku terbaca website Ustaz Zaharuddin


MLM yang jelas haram ;

1. Harga tinggi dari biasa
2. Jualan target sebagai syarat komisyen
3. Tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya.
4. Memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.

Beliau menyarankan agar bagi peniaga MLM ni memastikan supaya
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya
2.
Produknya bukan emas dan perak
3.
Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.
4.
Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja
5.
Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu
6.
Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya
7.
Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.
8.
Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami
9.
Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah


keterangan lanjut tentang MLM ni sila rujuk Website Ust Zaharuddin

Saturday, February 24, 2007

 

TV3 diarah henti rancangan Sensasi

KUALA LUMPUR 23 Feb. - TV3 diarah menghentikan rancangan Sensasi yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen itu setiap Selasa.

Arahan itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 16 Februari lalu berikutan rancangan yang disiarkan pada 30 Januari lalu tidak mematuhi syarat yang ditetapkan. SELANJUTNYA

Ini adalah akibat mulut celupar dalam video clip ini.....


Komen saya : TAHNIAH SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA KERANA BANNED MULUT-MULUT CELUPAR YANG SENTIASA MENGHINA DAN MELEKEH-LEKEHKAN ISLAM. SEMUA MASYARAKAT KENA AMBIL PENGAJARAN DARI PERISTIWA INI.



Tuesday, February 20, 2007

 

Inilah rupa orangnya yang suruh motosikal bukak lampu siang hari

TEKNOLOGI: Dr Radin Umar menunjukkan
Radin's Formula yang dibangunkannya.

Masa aku dengar idea suruh bukak lampu moto waktu siang, aku dengan sendiri kata- giler ker? tak pernah orang buat. Dan waktu aku nak balik ke Perak sempena Tahun Baru Cina tahun ini, baru aku tahu siapa yang bagi idea ni dari muka depan berita harian, namanya Professor Dr Radin Umar Radin yang baru dilantik sebagai Ketua Pengarah Pertama, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Tahniah saya ucapkan. Idea bukak lampu moto ini diterimapakai di Indonesia dan Thailand.

Sekarang beliau dan MIROS tengah develop modul keselamatan jalanraya untuk dimasukkan dalam kurikulum sekolah rendah. Lagi cepat lagi bagus....teringat dulu masa sekolah ada pelajaran SIVIK menyebabkan aku sampai sekarang tak buang sampah merata-rata....... hehehehe

Satu info baru dari Prof Radin - Objek seberat 1 kg dibelakang tempat duduk akan mejadi berat 40kg ketika kemalangan pada kelajuan 50 km sejam.

 

Siapa kata PAK LAH tak pandai ekonomi

Rekod beliau setakat ini

Tahun lepas projek sebanyak 1077 projek dapat dilaksanakan dengan harga RM 41 billion

Jumlah dagangan RM 1.06 trillion dengan nilai ekspot RM 588.95 billion dan nilai import RM 480.49 billion.

Cuma berlingo nak bagitau sikit

kalau kita dah berjaya tu, bagi-bagilah sikit kat kami sebagai rakyat ni seperti kurangkan harga minyak, api, air, gula, buku teks, naikkan gaji kami.........

bak kata Saram Singh Walia - kalau bapak dah kaya, bagi anak-anak merasa juga yerrrr

 

Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam

Pada kebiasaannya kalau aku bawak anak-anak aku tengok pameran, selalunya mereka nampak boring. Tapi kali ini bila aku bawak tengok Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam anjuran MOSTI dan kerjasama Institut Sejarah Sains Arab-Islam di Johnn Wolfgang Goethe University Frankfurt, Jerman, anak-anak aku nampaknya penuh berminat. Ini disebab pameran sebegini semacam pengetahuan baru bagi mereka serta ada model pameran menggunakan teknologi 'touch screen'. Lagipun model-model binaan, bangunan yang bergeometri memang memainkan peranan bagi menarik minat anak-anak aku yang aku tengok kecik-kecik ni mereka cenderung ke arah 'engineering'.

Walaubagaimanapun aku teramatlah kagum melihat keupayaan akal fikiran tamadun Islam Zaman Dahulu sehingga boleh mampu mendepani dalam segala hal. Ini termasuklah
Matematik, Seni & Arkitek Astronomi Islam, Geografi, Pengembaraan, Penemuan Perubatan Teknologi & Reka Cipta


Dari pameran ini, aku ingin buat kesimpulan seperti berikut :

1. Orang Islam amat meminati geometri kerana mereka terpaksa menggunakan matematik serta kiraaan geometri bagi menentukan peredaran waktu seperti waktu sembahyang, waktu puasa, arah kiblat dan penentuan bulan-bulan yang disebutkan dalam Al Quran. Minat mereka ini diterjemahkan dalam architecture yang ditunjukkan dalam bangunan seperti masjid, istana-istana dan lain-lain. KLCC pun dibina mengikut geometri-geometri Islam seperti yang ditunjukkan dalam pameran ini.

2. Aku cukup yakin dan percaya bahawa orang Islamlah yang menemui ilmu astronomi, matematik, arkitek, kejuruteraan sebab mereka terpaksa menjawab soalan-soalan waktu sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain yang telah difardhukan ke atas mereka termasuklah membangunkan kalender Islam. Barat tahu menciplak sahaja - sebab apa guna kalender, pembahagian waktu dalam satu hari, masa 24 jam dan lain-lain sebab sebenarnya masa dalam sehari tidak berguna dalam proses ibadat mereka. Mereka hanya tahu breakfast, lunch and dinner sahaja dalam satu hari, serta bila nak serang orang Islam di Palestin, Iraq dan lain-lain sahaja.

tepatlah tema pameran kali ini

SAINS ISLAM MENDAHULUI ZAMAN

 

Deejay Radio sekarang tak sensitif


Deejay Radio lama berkata

Deejay sekarang tak sensitif, tidak ada nilai, budaya sopan yang baik, gelak serta memekik-mekik, cakap lepas, tak ada adab, merapu dan lain-lain

Deejay Radio baru menjawab

Deejay kena berubah mengikut peredaran zaman dan kehendak pengguna bagi menarik perhatian pendengar- kena versatile bagi menarik perhatian, talk mengapalah sekali sekala merapu. Lagipun dulu hanya ada satu stesen radio sekarang dah banyak stesen - kena buat kelainan.

APA-APA DIA ORANG NAK CAKAP, AKU TETAP DENGAN STESEN RADIO KEGEMARAN KU IAITU WWW.KL.FM



 

Lawatan Ke HSC



Aku mendapat call dari HSC - Heart, Stroke and Cancer Medical Center mengataka aku dan family terpilih untuk mendapat rawatan percuma dengan teknologi perubatan yang terbaru dalam dunia. So kami pun pergilah nak tengok macam mana teknology terbaru tu kat PNB darby park.

Secara ringkas, teknologi ini dilengkapi dengan peralatan scanner terbaru sehingga boleh detect kebanyakkan penyakit termasuk penyakit jantung, kanser dan penyakit-penyakit berat lain dari stage pertama lagi. Speacialist ini menyediakan perkhidmatan 'top to toe' check up sehingga dari anak mata sehingga jantung dan otak. Report terperinci serta gambar jantung, otak, urat dan lain-lain lagi imej dalam badan kita akan diberikan setebal lebih 100 muka surat termasuk VCD dalam tubuh kita. Dan laporan kesihatan ini digunapakai di semua hospital.
Maklumat tentang HSC ini boleh didapati dari http://www.hsc.com.my

p/s dekat HSC nilah yang aku diberi amaran untuk kurangkan 19 kilo berat badan ku

 

Azam Tahun Baru

Hari dah 20/2/2007 semalam merupakan tarikh kalender masihi yang sudah 1 tahun genap mak aku meninggalkan aku...ALFatihah..

Dah lama aku tak masuk blog aku ni semenjak Taiwan Earthquake....entah kenapa hari ni aku nak sambung balik


Azam Tahun Baru aku tahun ini

1. Memperhebatkan lagi amal ibadat aku kepada yang Esa
2. Menggunakan sistem IT bagi menyenangkan kehidupan ku seharian
3. Menguruskan kewangan keluarga ku dengan lebih efisyen termasuklah merekod serta menyimpan bil/resit bagi tujuan analisa dan perancangan di masa hadapan
4. Mengajar anak-anak aku sendiri terutamanya matematik dan english....lebih-lebih lagi cara mereka berfikir
5. Dan lain-lain lagi....................

This page is powered by Blogger. Isn't yours?